Untuk memulakan karangan di malam
yg barokah ini, tiba2 wa terasa agak2 malu2 kucin dan mahu sahaja seperti menyorok
di bawah katil untuk menunjukkan yang daku ini pemalu sebenarnya… Ini adalah
kerana tema karangan aku pada malam nan barokah ini sumenya berkisahkan citer
cinta, cintun, cintan, kasih, syg, kawin, I lep u.. u lep me.. we r hepi femili
dan semua seangkatan dan sewaktu dengannya. Namun bak kata org2 lama sorong
papan tarik papan, buah keranji di dalam perahu, aku dengan malu2 kucingnya ini akan tetap
teguh dengan pendirian ku untuk terus menulis karangan yang bertemakan jiwang
karat tak hengat ini sehingga ke 3 juta patah perkataan. ( pantun 2 kerat
tersebut memang takde kaitan sangkut paut langsung dengan kejadian yang
berlaku.)
Untuk memulakan cerita, haruslah
aku pun mengikut method jalan penceritaan cerita2 jiwang cintan cintun tangkap
leleh pecah panggung Hindustan.. iaitu penceritaan haruslah bermula dari
episod zaman lampau….. maka rakyat2 yang
membaca cerita ini sekelian haruslah juga cuba dengan bersungguh sungguh
membayangkan cerite ini di dalam versi
hitam putih… baru la bila membacanya ada
feel dan ada hujung pangkal… Baru lah
org paham … dan baru lah box office cerita nih…
dan baru org tak bakar laptop diaorang bila baca cerita aku… tapi kalau nak bakor jugak.. ah suka ati
koranglah.. almaklumlah bukan laptop aku pung… har har har ... sila ketawa sambil
menutup mulut… kerana aku nih sopan orangnya..
So Bermulalah alkisah cerita di
zaman lampau.. time tu aku masih kecik kiut miut lagi.. kasut pun saiz tecik jer.. tapak tangan pun
tecik dan tomei lagi hatta nak melempang
nyamuk pun.. mungkin tidak akan mati nyamuk tersebut.. mata pun masih sihat dan
tiada rabun lagi.. eja nama sendiri pun
x reti.. nak masak sume x reti lagi termasuklah masak megi atau masak air pun x
reti jugak… namun walopung demikian
kecik dan demikian kiut dan miut ku itu.. itu tidak bermakna aku tidak reti
untuk menyuarakan pandangan dan isi hati aku nih… Time tu dalam hati sanubari aku..
aku dah pun mempunyai planning jangka panjang iaitu siapakah calon hasben bila
aku besar nanti.. (walopung bunyinya mmg tersangat
poyo tetapi sila lah jangan muntah
merata rata, kerana muntah itu mudah berjangkit..)
……….... dan nasib baik statement yang sgt bimbo nih
aku yang ckp.. kalau anak aku yg cakap mcm nih, mmg kompom aku dah baling ngan
kuali..
Di pendekkan cerita aku yg
meleret leret tak tontu hala nih..
jejaka yang aku plan nak kawin suatu hari nanti itu bukan lah jejaka fofular
sgt diseantero taman aku sampai dapat
vote tertinggi dan mendapat kedudukan yg
terunggul dalam jiwang dan ragang ku ketika itew.. tp mungkin dialah antara org aku kenal dalam
hidup aku time tu.. almaklumlah kecik lagi, maikel jeksen yang femes tu pun aku kompius sapa.. dan orang itu x lain x bukan ialah abang aku sendiri.
Y? y? y? apo xdo hero lain ko milah… (den buat2 terporanjat pulak) bukan den patut kato den nak kawen dengan lawyer ko,
majistret ataupung ahhlil miyuzik ko milah... ?
Tanya den kepada detektip conan yang menyamar menjadi milah dalam versi org soromban …
Tetapi setelah aku membuat soal
selidik ke atas diri aku sendirik, maka antara sebab2 x lojik aku kata nak
kawin dengan abang aku ketika itu.. pertamanya,
sememangnya aku sendirik x tau pun kawin tu ape… dan sebab kedua adalah kerana tiap2 pagi
sebelum lalat, semut dan pijat bangun dan sebelum bas sekolah abg aku datang. Aku akan bangun tdo dan slowly slowly menyelinap
keluar tanpa pengetahuan orang2 lain didalam rumah.. tujuan nyer adalah satu..
bukan satu malaysia… tetapi satu bangla.. kerana sememangnya aku dok tunggu
sorang mamak roti berwarganegara Bangladesh lalu depan rumah dan seterusnya memeras abang aku
tanpa belas kesian untuk membelikan roti yang berharga 25 sen tunai itu..
Di sebabkan perasaan tamak haloba
nak makan roti free tiap2 hari.. aku ambik keputusan kawin jer lah ngn abang
aku… ..yer mmg biadap budak itu,kalau aku jumpa budak itu sekarang.. aku piat
telinga dia..
..tp bila pikir2 balik.. kenapa
la aku x terpikir kawin dgn tokey kilang roti tu jer terus kan lagi senang…
namun mungkin kerana ilmu2 dan kepakaran aku time tu blm ke tahap
membanggakan seperti hari ini, maka ke
tahap itu sajer la aku boleh pikir.. :p
..Dan bila sahaja aku dah pandai
sikit, aku dah tau dah mana boleh kawin dengan abg sendirik.. dan roti 25 sen tu bukan lagi the only makanan
ruji aku kerana aku sudah kenal bon bon, twisties,mamee, ding dang, dan jajan2 lain yang seangkatan
dengannya.. dan dah reti layan tv.. time tu bila main masak2 member2 tanya sapa boipren aku.. aku dengan konpiden
yang tinggi tanpa malu2 kucing seperti hari ini akan menjawab.. “boipren saya
P.Ramlee.. “
Yer macam la P.Ramlee tu boipren
aku sorang jer...
Yang 21 juta rakyat Malaysia yang
lain aku nak letak mana… ( no 21 juta tu aku sesuka hati letak.. harap
maklum..)
********************************************************************************************************************
Malam bertukar siang, siang
bertukar malam..malam bertukar siang balik.. lepas tu malam balik.. siang..
malam… mlm… siang…. Siang… malam… malam…siang… siang malam… ok berapa byk da mau tulis.. tgk2 aku dah dalam universitas….
Time tu hidup cuma buku, class,
assignment, buku, class, assignment, class, assignment, buku, assignment,
class, buku, buku, buku, buku, classsssssssss .. assignment, assignment,
assssignment..buku, class..…dan itu lah
yg aku lalui setiap hari… -ok,
mmg tipu….. byk lagi anasir2 dan pekara2 x berfaedah yang lain yg aku buat sebenarnya….
Time akhir semester 4.. ntah mcm
mana ntah aku telah terpilih untuk menjadi vice secretary perwakilan kolej..
time zaman batu aku dulu tu, Cuma ada 12 blok.. 6 blok siswi 6 blok siswa… dan
setiap blok ada lagi 2 wings… tapi bukan wings group penyanyi rock kapak tu dan
wings kepak ayam keepsi tu pung bukan…
Menjadi Vice secretary untuk
kemajuan ummah ni bukanlah satu kerja yg senang… ewah.. especially bila secretary
nya manjanggg hilang… jadi terpaksalah aku memangku keja2 org hilang itu
sepanjang kareer ku sebagai vice-secretary cum secretary untuk majlis perwakilan
kolej ini… ewah lagi sekali… dan lagi susah tok nadok sbb kena berurusan dengan
incik bos aka presiden perwakilan kolej yg x reti senyum, x reti cakap thank
u.. dan x reti cakap manis2 sikit bila dah bagi kerja.. yg incik bos reti
adalah memberi kerja.. dan bagi byk2 kerja….
Dan byk byk byk kerja lagi sampai kalah assignment aku.. dan mengambil balik kerja.. dan mereject keje2
aku.. dan memberi lagi banyak keje sebagai denda kerana menjadi pekerja yg efisen….
Bukan itu saje, incik bos juga
dengan sesuka ati incik bos sajer telah menyelar kepada sume exco yang sedang
meeting ketika itu supaya serius dan tidak ketawa x tontu hala ketika meeting
sedang berjalan.. walopun x sebut nama namun siapa lagi kerana aku sorang la yang
sedang ketawa ketika itu sebab time tu aku tgh membaca citer2 kelakar tanpa
pengetahuan umum… hasilnya sume memandang aku sambil menggeleng2kan kepala… mmg
kompom rasa mcm nak nyorok bawah meja dan x keluar2 sehingga akhir semester…
nak saman malu pung ada….
Di sebabkan kekurangan hormon
incik bos untuk tersenyum, tersengih dan ketawa dan jeles pulak bila tgk orang
bergumbira itu.., aku membuat kesimpulan bahawa mungkin incik bos adalah mangsa dera
ketika incik bos kecik.. atau incik bos yang mendera orang atau mendera haiwan2 ternakan.. atau mungkin
incik bos tak pernah makan roti 25 sen time kecik.. ataupun incik bos x pernah
tgk citer P.Ramlee…
Di pendekkan lagi cerita, segala
ketidak adilan dan kekuku besian incik bos itu telah membuahkan perasaan dendam kesumat
kepada incik bos.. ikutkan hangin satu badan aku mau je aku pancitkan ke empat empat
tayar kereta incik bos, dan spray kete incik bos dengan spray kaler merah, biru
dan pink.. tetapi di sebabkan incik bos xde kete time tu, aku simpan kan jer
lah plan itu dalam hati..
Dan dalam fasa makan dalam makan
hati makan nasik berulam jantung dengan incik bos, aku masih lah meneruskan aktiviti2 aku yang
lain sebagai seorang pelajar yang berdedikasi contohnya join kumpulan usrah,
gigih study di library, bermain bola jaring di waktu lapang, menyertai badan2
NGO secara aktif, join kelab alam sekitar, kelab tae kwan do, kelab wushu,
kelab catur, debate dan mewakili universiti untuk perbahasan dalam tajuk kemerosotan rumah
hijau. * ok, mmg tipu jugak… yang x tipu join usrah tu jer.. yang lain tu sume
aku berangan jer… dan aku sekali lagi terpilih menjadi amirah
bukan amirah nuraisyah anak sedara ku tu.. tapi macam jawatan incik bos jugak untuk
kumpulan usrah aku…
..xtau la macam mana boleh
terpilih…. Only Allah knows..-
Tapi yang x besnya… incik bos
yang juga ahli kumpulan usrah bahagian
lelaki tu pun terpilih menjadi amir….. oh y? y? y? kenape? Kenape? Kenape?
Namun bak kata lisa surihani dalam citer ong bak 2.. redha itu ikhlas, pasrah
itu menyerah… aku kira termasuk dlm kategori pasrah jer la time tuh…
Di pendek kan lagi citer…. Hari2 terakhir aku sebagai warga universitas
selepas bertahun-tahun duduk kek situ mmg meruntun jiwa kelbu ku… rasa nak
peluk jer sume tiang2 kat depan library tuh…. Maka untuk meninggalkan universitas aku nih dgn lebih bermakna
aku pun menyertai la satu program anak angkat kat Bintulu yg mana program tu
Jawatan Perwakilan Surau yang anjurkan..
Jadi bila semester berakhir jer..
dan sume orang termasuk classmate aku
sume dah bai bai antara 1 sama lain ketika itu… dan caucincau ambil bas, naik
kete, naik flight balik kg.. aku pulak angkat beg pegi ke bintulu untuk program
anak angkat yang julung2 kali aku join.. tahniah lah kat aku… dan x sangka
bekas incik bos pun join… dan aku kata
bekas sbb ketika dan saat itu aku bukan lagi di bawah kuasa jajahan kuku besi incik
bos lagi kerana aku sudah merdeka……. Yay…! Yer Yay la sgt……
Sepanjang dalam bas ke Bintulu
yang ambil masa 15 jam termasuk sesat tuh.. aku duduk dengan bespren aku
merangkap PA aku … tp ntah kenapa perasaan sedih yg aku rasai 2, 3 menjak dok
la datang dan datang lagi… dah mcm iklan mat sentul dalam iklan tora datang
lagi tuh…. Walopon aku buat buat hepi… dan nampak cam mmg hepi.. tapi sebenarnya dalam hati nih ewah.. x la
hepi seperti yang di gambarkan di kaca televisyen….
Dok kat Bintulu selama 4 hari mmg
bes… udara nyaman jgn ckp la… rasa cam kat Copenhagen jer… aku boleh imagine yg
kompom penuh jer paru2 aku dengan oksigen segar terus dari ladang… orang orang kampong dia pon serius sangat la
baik hati dan berbudi bahasa macam aku jugak… har har… jadi hati pon rasa
bahagia girang dan berbunga2…
.. Dan dalam2 hepi aku menikmati
keindahan alam semula jadi ciptaan Allah ni ada jugak perkara aneh tapi benar yg berlaku
kat aku n rasa mcm nak terbalik kerusi… orang yang x pernah senyum, gelak,
tersengih dan seangkatannya hatta nak
bercakap berbual2 dengan aku kecuali bab kerja itu tiba2 boleh la plak bagi
senyuman manis kek aku.. dan bukan sekali je, atau 2 kali, atau 3 kali, tapi
adalah berkali2 darab bahagi dan
sebagainya..
Mula2 aku ingat incik bos nih dah
buang tebiat agaknya sbb trauma sangat nak abis belajar sampai phobia n sampai boleh
senyum kat aku.. atau aku yang dah buang tebiat sbb trauma sgt nak abis blajar
sampai nampak orang senyum kek aku… tapi bila bespren aku pun ckp yang dia pung
nampak otot otot mulut incik bos mcm tengah tersenyum baru la aku pecaya
sbb bespren aku tuh mmg tiada langsung unsur2 buang tebiat atau trauma yg
melanda dirinyer J… oo baru sekarang nak senyum
dengan aku yer… sekarang sudah terlambat….. ewah..
hari hari berjalan…. Rasa
seronok… rasa hepi dan rasa sedih dalam hati.. tgk2 esok pagi ialah hari last di
Bintulu dan nak balik dah ke kuching dan tandanya makin hampir jugalah aku kena
balik dan keluar dari bumi Sarawak nih… sedeh ok… Kat Swk
ni lah tempat aku tgk byk kali bespren aku jatuh.. jatuh kat dalam bilik.. dalam toilet.. dalam dewan
makan.. luar dewan makan.. kat town.. kat depan parkson.. kat depan orang… eh
byk kali lah… mana aku x syg swk nih… bila lagi aku nak tgk org jatuh banyak
macam tuh… kat swk ni lah pecah rekod…
huhuhuk…. series x penah aku tgk tarikan graviti sepelik mcm ni skali...
Esok pagi2 dah ramai berdiri
depan surau…. Sesi peluk2 n say bai2 kat family angkat yg banyak berjasa selama
beberapa hari nih… makseh lah mak angkat
pak angkat sebab beri layanan first class kat aku n bespen aku nih semasa menginap di rumah mereka… time kasih lah bwk
aku p warung ABC dia kat kampung.. n tu lah first time aku pusing mesen ABC tu
dalam idup n buat ABC sendiri… bes oo ABC aku… first time aku naik bot kecik…
ee takut…. Dan first time dalam idop aku p pancing ikan… walopon sekor
ikan pon x dapat aku tangkap tapi hepi mengalahkan orang dapat tangkap ikan jaws… har har.. mungkin ikan ikan kat sungai
tuh segan ngn aku la aku rasa.. n first time aku nampak udang galah besar
gedabak sekor penuh satu kuali.. bapak angkat aku tangkap khas utk aku yang
ngengada nih.. hihi… n first time aku mandi kat toilet pintu dia magik boleh
angkat tutup lagu tuh.. n first time jugak aku rasa nak nangis kuat2 sbb x lama
lagi I will say good bye to everybody... my family n my frens.. n my homeland Sarawak….
Tempat jatuh lagi di kenang.. ini kan pulak tempat kawan sendirik jatuh…..
huwaaaaaa….
Ntah macam mana time ramai2 ngan
mak bapak angkat, ketua kampong.. tok siak dan 1 kampung yang keluar hantar kitaorang.. tiba2 datang kawan
aku ckp yg incik bos nak ambik gambar ngan aku… biar betik…
tapi yg kelakar nye aku x cakap banyak terus p kat tempat incik bos n
posing… .. bhahaha.. lagi kelakar (kelakar ker?) kamera yg nak ambik gambar tuh
rosak…. Berapa kali 1,2,3 senyum daa…
dari sume org x pasan.. jadi sume org pasan n pandang kat aku dengan
incik bos yg tengah posing macam kayu tuh… hihi…. Malu ok…. Malu kat mak bapak
angkat dan rakyat2 jelata sekalian… ntah dah masuk 1,2,3 senyum yg kali ke berapa ntah baru lah terakam gambar aku dan cik bos akhirnya…. Malu jgn ckp lah…
hehehe…
Bila dah naik bas n bas pun
bergerak.. teringat balik kwn aku yang panggil aku ambik gambar tadi bagi 1 berita terkini hiburan x lah
sensasi mana… dia kata yg incik bos mintak maap ngn aku sbb dia x dapat
balik sekali… n pass kad buatan sendiri incik bos kat aku.. Di pendek kan citer lagi sebab aku dah nak
kena bangun n solat nih… campur dengan
ketaklaratan aku nak tu taip citer yang
dah berkajang2 pak malau kajang berlipat nih… aku pon bukak kad incik bos tersobut dengan
perasaan marahnya… nak tau kenapa aku
marah.? Ha ni antara sebab2 aku marah:
- Sebab pertama: incik bos sebenarnya x payah mintak maap ngn aku pon pasal x leh balik sekali.. sebab aku bukan ada apa2 pon ngan incik bos.. tapi kalo incik bos nak mintak maap sgt pon .. incik bos tolooong la ckp sendirik
- Sebab kedua: kenapa incik bos x balik…… y? y? huhuk.. marah nih… marah….
- Sebab ketiga: ntahlah aku dah x ingat.. aku ingat sebab 1 n 2 jer
Jadi dengan perasaan marah yang
meluap2 tuh aku pon bukak kad tuh… ntah
mcm mana dari marah terus rasa sedeh giler tahap kasim selamat ngn combi time
hujan ribut kat scene terakhir lepas
mata buta lagi sekali sebab kena cucuk ngn garpu… punya sedeh sampai aku nangis non- stop 10 jam weii lama tuh
straight dari bintulu sampai kuching…
series lama aku nangis… naseb bek x jadik kasem selamat gak…. Huishhh
naseb….. hihi…
x tau la nape aku perlu nanges utk incik bos
aku yang garang tuh…. tapi yang
confirm time aku balik ke semenanjung tu aku balik dengan separuh hati dah
tinggal kat Sarawak… J
Itu lah dia.. kita hanya mampu
merancang… merancang untuk menggulingkan kuasa.. merancang nak boikot..
merancang x nak turun meeting 1 semester…
merancang nak pijak kasut… tapi
Allah is the best planner….
Hish.. kan aku dah kata aku nak
tulis citer nih sampai 3 juta patah
perkataan… J
So, sempena ulang tahun anniversary aku yg ke- 6 dengan lelaki yang aku pernah
plan nak gulingkan dulu.. Lelaki yang aku rasa nak pijak kasut dia kalau
boleh.. lelaki yang x pernah senyum dengan aku dulu.. x pernah ambik kesempatan
dgn aku .. my only ketua… my presiden…
my tulang rusuk.. my soul mate.. n the father of my two wonderful sons…. Thank
u abang…. Thank you Allah… May our
marriage remains till jannah… Love u syg… J
Ok … aku nak p sembahyang…. J
Ini adalah roti 25 sen yang di
maksudkan itu…
Ni antara kerja kerja yang incik bos suruh buat... ada beratus-ratus lagi .... sume aku simpan.. mana tau aku nak buat report polis...
Di sebabkan meeting kadang2 tu ambik masa terlalu panjang, terpaksa lah aku mengisi masa lapang dengan menyalin nota dan mengulangkaji pelajaran cara2 membuat kek pisang.
Ini dinamakan multi-tasking.
gambar retro ok...
Gambar di ambil semasa hari kejadian posing macam kayu depan surau sebelum bertolak ke Kuching. Motip tutup muka tidak di ketahui.
Gambar depan kad buatan sendiri incik bos. Takde di jual di mana2 kedai runcit
6 tahun selepas hari kejadian posing macam kayu depan surau.
tambah lagi 6 tahun selepas itu...
Wasalam..
ahahh! baru mak habis baca kajang pak malau kajang belipat hang duhai my bespren mybeslawak fren my dear Mala...
ReplyDeleteSyukur kehadrat Illahi kerna Allah kurniakan dan rancangkan yg terbaik untuk hambaNya terpilih mencari RedhaNya... Thank You Allah.. May Allah always Bless u, husb n family.. Syukur sekali lagi.. n dah tak tau nak fikir lagi sebab terharu, tergelak ngan citer hang.. n rushing jap lagi kelas huhuh... last yg bukan last... Selamat Hari Ulang tahun..ke 6...
alhamdulillah.... syukran sidah ku syg.... thank u sidah for the doa... syukran syukran kerana bermurah hati mendoakan perkara yg baik2.... Moga Allah membalas perkara yang lebih baik for u n d whole family wahai sahabat ku yg baik hati :)... love u buddy!
DeleteMuh ni lawak bermesej... aku suke baca tulisang muh... Ust. Azhar pong mesti suke... Muh berdakwah lah cara mana yg muh buleh...asal pembaca muh suke hati..dalam masa yg sama diorg belajar... Tahniah lah atas tulisang muh... jangan stop menuleh..aku nak baca lagi...
ReplyDeletebaik tok
Deletekak!!!!!!!!!!! kesah hidup mu... hihihiiiiii.. saya baca separuh dulu nnt sambung hihiiii bru trilling sambung2 ni kikikikikikikiki.. ni ader project baru utk dicube slain kek pisang.... nk tak?
ReplyDeletesambung jgn x sambung... :)
Deleteape projek? antar ar sini sikit.... :)
tahniah Ma!!! semoga kebahagiaan kalian till Jannah........punyalah melampau ko punya 3 juta perkataan ni wei....dalam pada tu gelak jugak...ayo...tak terpikir nak tulis camni...hebat hebat!!!!
ReplyDeleteamin... alhamdulillah... syukran syukran.... segala puji bg Allah..
ReplyDeletealamak segan la pulok org hebat puji nih... tenkiu tenkiu... ni yg wa rasa mcm nak sembunyi bwh meja jer nih... hihik :))