Friday 29 March 2013

Pari- Pari Jadian

 Assalamualaikum...

Tertinggal bas, tertinggal keretapi, Tertinggal lrt, tertinggal komuter  mahupun tertinggal basikal *eh ada ke?.. tulung la kata xde.. rasa macam sedih sangat  kalo tertinggal beskal * dan tertinggal apa apa saje sekalipun  selalunya akan meninggal perasaan sadis yang sangat mendalam…


Inikan pula tetinggal dalam mengucapkan hepi birthday dalam masa yang di tetapkan oleh sijil kelahiran terutamanya kepada orang yang sangat rapat dengan kita.. fuh memanglah akan menyebabkan  rasa bersalah sampai rasa tido x nyenyak beberapa hari.. makan pun macam malas nak tambah 2, 3 kali seperti selalu…

Sebenarnya dah beberapa hari  aku cuba menyelami  jiwa dan sanubari serta  memikiorkan apa yang dapat aku tulis sempena hepi birthday sahabat susah senang ku yang dolunya tidak lain tidak bukan merupakan   rakan sebumbung sekatil  dan juga sebantal .. Bukan itu saja ya adik2.. selain dirimu menjadi rakan sebumbung sekatil  dan juga sebantal.. dikau juga merupakan rakan sejemaah rapatkan saf, rakan seusrah dan rakan seperjuangan kesopanan dan ketatasusilaan…

Malah persahabatan kita juga boleh lah juga aku kategorikan telah melangkau ke tahap melampaui batas kerana dikau juga adalah merupakan teman secawan kopi cap hang tuah ku.. dan jugak merangkap rakan sepinggan nasi dan rakan setupperware Maggi..dan rakan  se-ngap burger mahupun rakan seperkongsian roti canai yang di beli di cafĂ©  itm di gerai hujung sekali.. dan bukan itu saja… malah rakan secekedis, rakan sekrakers, rakan secekelat rakan seeskrem rakan se-colgate rakan se-darlie rakan se-panteen rakan se-vidal sassoon rakan se -shukubutsu dan kadang2 rakan setelekung sesejadah  dan rakan se se yang lain pung dikau jugak…
oh lupa ko juga merupakan rakan sebaldi … sebab baldi pun ada 1 jer.. jadi haruslah kita menjadi rakan sebaldi  jugak....  ish mmg melampaui batas ekau ini..

Almaklumlah.. nama pun time belajar...  jauh dari mak bapak… jauh dari keluarga… jauh dari haiwan2 ternakan di kampung….  Maka sapa yang ada time tu.. ketika susah dan senang.. ketika sakit dan sihat.. ketika hujan dan panas.. ketika berwang dan beruang.. eh salah.. ketika berwang dan ketika kering... haruslah teman2 sekampus yang sekepala  dan yang sekompompong sahaja…  motip perkataan sekepompong terpampang kat situ walau xde kaitan pung dengan mana2 ulat beluncas.. adalah sajer bajet nak menunjuk konon pandai sains... harap maklum.

Disebabkan duit kat poket pun masing2 ciput jer maka semuanya haruslah kita berjemaah saje dengan  sahabat2 rapat time tu supaya rezeki yang sikit akan menjadi lebih berkat…  wah gitu.… semua makanan ketika itu  walau seciput dan sekangkang kera sahaja namun ati  tetap besar serta suci lagi menyucikan n kalo boleh nak panggil semua orang join makan sekali macam nak buat kenduri panggil satu kampung....
..Oleh sebab yang demikian burger  sebijik pun ketika itu haruslah makan  share 5 orang dengan  hati yang redha,  ikhlas dan penuh kesabaran….  Terutamanya sabar dalam menunggu turn bila la burger aku nih nak sampai ke  mulut.. har har har.. namun di atas rasa perpaduan ummah yang amat amat tinggi..  maka burger ciput yang di makan secara berjemaah ramai2, comot momot dan dengan penuh wasatiah dan istiqamah itu sememangnya telah mendatangkan keseronokkan dan kelazatan nya  ko jgn cakaplah.. memang maksimum dan tiadalah  tolok tandingannya ..  Priceless ok priceless..

Mengimbau balik memori lama…. Aku dengan sahabat aku nih.. memang macam dah di takdirkan berjumpa dan dah termaktub dalam luh mahfuz aku rasa ...
jadi di sempena hari nan spesel buat dirimu ini yang telah berhari hari berlalu meh kita flashback sikit siapa dirimu di hati daku. ewah

************************************************************************************

Macam mana aku jadi rapat dengan sahabat aku nih aku pun x tau… clueless.  nak kata sekufu sgt pun x jugak.. malahan  di hari pertama saje ketika aku menjejak kan kaki di universiti itu pun  dikau dah memasang niat untuk mem-buli diri ku sepanjang semester…  wah… enak saja pikiran ko itu mau membuli aku ya….suka suka ati saja berpikiran begitu....  ini adalah kerana menurut diri mu aku nih kelihatan seperti wanita yang harus di buli saja…

hoh? cuba dikau ulang balik. Dah lah hidup agaknya dikau ini.. 

…Tetapi ingatlah wahai insan2 dan rakyat2 jelata ku semua..  jangan lah dikau mengadili sebuah buku itu melalui kulit nya sahaja kerana akibatnya mungkin buruk padahnya…  Kejadian buli itu sememangnya  x berlaku lansung di dalam sejarah idop aku dan dirimu tapi dikau pula yang aku buli kerana harus menjadi kawan aku seumur hidup… huahauahauaeh haruskah aku ketawa begitu… 
ok harus.

Wahai sahabatku.. menyorot sepanjang perkenalan kita.. apa yang boleh daku katakan ialah ko sememangnya merupakan manusia yang sangat baik dan berertika tinggi…  dah la masa sekolah menengah dulu ko tu ketua pengawas… ketua kelab pertanian.. Jawatan kuasa untuk Pembimbing Rakan Sebaya pulak tuh… Pengakap sekolah pun ko jugak.. Tu belum masuk homework yg memang kompem manjang siap… tulisan pulak cantik.. tulis hurup pun sebijik2… nak buat garis pun pakai pembaris… sume tu jer dah menunjukkan ko nih x de similarity lansung untuk jadi pembuli ok..  Kalo ko kata nak jadi pegawai RELA pun aku rasa ada jugak persamaannya di situ… jadi bila ko kata nak buli aku dulu.. mmg la aku rasa macam nak ketawa guling2…  tulunglah…  tulung lah kata semua ini dusta… ngehehe..

Sahabatku.. walopun membuli diriku ada dalam angan2 dikau dulu tapi aku sudah lama lupakannya malah haruslah aku akui bahawa  kalo dikau xde… maka tawar dan hambar lah hidup daku ini … bagaikan makan roti tanpa butter dan kaya…
bagaikan makan pancake kehabisan  honey..
bagaikan makan fish and chips tanpa sour cream..
bagaikan makan nasi lemak  xde timun..
dan  bagaikan makan keropok lekor xde sos..

eh  berkeroncong pula tiba2 perut ku ini..  

… tapi kalo ko ader.. maka akan terang bersinarlah  hidupku bak cahaya spotlight yang berwarna warni memancor mancor di dalam kegelapan malam yang suram..   wah gitu... ada jer hiburan percuma yg ko bagi kat diri ku nih… dan ada ada sajer perkara dan perbuatan dikau yang x terjangkau imiginasi aku nih… kadang2 aku rasa dikau berada di salah zaman saja…

Wahai sahabat…

Aku selalu sahaja merasa takjub dan terkasima terhadap unsur saspen yang sering ko berikan di suatu waktu dolu…  ini sume kerana ko suka sangat buat adegan akrobatik depan aku secara tidak tontu hala dalam keadan dikau sedar maupun separa sedar…  sume tempat ko nak buat akrobatik, nak jatuh, nak tergolek, nak  tersplit, nak tersungkur dan semua yang seangkatan dan sewaktu dengannya… ko cuba cakap betul2 kat aku adakah dikau ini merupakan seorang warga alien yang berwajah manusia… sebab nampak sgt ko ni mmg macam x serasi dengan tarikan gravity dekat dunia yang fana nih…

Pernah sekali hampir2 aku nak buat macam x kenal sajer dengan dirimu ketika insiden ko tergolek2 manja depan medan selera dekat town kuching dulu… ramai ok rakyat2 jelata sedang menjamu selera ketika itu… baru jer aku plan nak buat catwalk bila nampak ada sorang mamat berwajah selebriti yang sedang asik makan di situ.. Namun bila ko tiba2 jatuh tanpa bagi aku signal terlebih dahulu dan semua orang memandang kearah kita..  mau saja aku menyorok bawah meja dan berpura2 mencari duit seposen di situ.. namun semuanya berubah sbb  x pasal2 kita pulak yang jadi selebriti ketika itu… semua orang berdiri nak tulung dikau… har har har.. dalam sekelip mata dikau dah overshadow dan steal the limelight dari abang berwajah selebriti itu tadi.…dan alhamdulillah.. x jadi aku nak carik duit seposen bawah meja seperti yang telah aku rancangkan tadi…

Tu belum masuk beratus ratus insiden2 lain yang selalu membuat aku hampir2 saja mendapat heart attack…. Saja jer ko nak buat aku terkejutkan…
kadang2 memang tak nampak lansung akan  kerasional-lan atau kerelevannan   untuk ko jatuh gedebuk ketika itu… jangan kata ribut.. angin pun x mengacau dikau di waktu itu..

Tapi kini..  gud 4 u... sekarang nih ko seperti semakin serasi dengan tarikan gravity di dunia ini… adegan akrobatik x tontu hala yang membahayakan kesihatan orang lain itu  pun dah lama aku x nampak… kalo x mesti aku dah nasihatkan ko supaya pulang sahaja ke planet asalmu kerana aku takut ko akan tergeliat tulang sebab hobimu itu yg suka jatuh tanpa henti…

Wahai sahabat…

Masihkah ko ingat ketika kita baru kenal dahulu… aku selalu kagum akan ke-YB-an dikau.. kemeja lengan panjang corak x tentu hala kaler kuning terang bersama seluar slack yang ko pakai tika itu sgtlah menjadikan dikau kelihatan seperti YB2… Bila aku tanya baju sapa yg dikau pakai nih… bes jer ko kata pakcik ko yang bagi..
jujur sungguh jawapan dikau itu.. tapi diriku pula seperti nak tercekik tulang  ikan kod yang di hidangkan di dewan makan  pada hari itu….
Tapi memandangkan dikau memang di kelilingi oleh abang2 dan adik laki dan pakcik2 ketika dirimu kecik… maka aku maafkan lah ke- YB-an diri mu itu… apa2pun ko memang sempoilah.. idop YB!
tapi kini… jangan kata YB.. YB pun x mcm diri mu…  eh ayat apakah ini… senang citer sekarang ni dah la tomei.. macam model butik najjah pulak tuh..  Malahan kiut miyut dan ayu pula…  jangan lupa belanja cendol aku selepas ini.. aku nak pulut lebih...

Wahai sahabat..

masih kah dikau ingat akan siri siri kebakaran yang berlaku di dapur kita… kadang2 aku merasa sangsi apa lah kaitan kebakaran dengan kewujudan dikau di dapur…  kenapalah kadang2 aku rasa ko macam ahli silap mata David Copperfield saje… asal masuk dapur jer tebakar.. asal terbakar jer ko rupanya ada kat dapur.. memang meriah hidup aku dengan adanya diri mu di sisi ku…

Wahai sahabat..

.. Pabila kawan ngn dirimu  baru aku sedari yang ada juga manusia  yang begitu serius seperti mu..  bukan saja serius ketika berjalan… serius ketika membuat assignment .. dan serius ketika memandu kereta... malahan dikau juga begitu serius  bila nak menjemur kain… spesel sungguh diri mu ini… dah la jemur kain  kena ikut kaler coding.. ikut saiz…  tapi dikau juga  sgt serius  dalam mengikut kategori variasi baju… nasib baik baju tu x de jantina.. kalo ader mesti kono jugak jemur  baju secara serius ikut perbezaan jantina aku rasa… waloapaapa pung maafkan lah daku… kerana selalu  saja gagal dalam mengikut kaler coding yang telah ko tetapkan dulu kini dan x tau sampai bila…. M trying ok.. m trying…

Wahai sahabat..

sehingga kini.. aku masih lagi takut untuk menonton cerita berunsur thriller dan seram dengan diri mu.. dari zaman kita belajar sehingga lah kini… Dikau memang x abis2 nak bagi aku heart attack… x sempat aku nak terperanjat dengan  antu antu kat tv tuh sebab aku dah terperanjat dulu dengan diri mu dulu.. jeritan mu memang banyak kali buat aku hampir2 pitam… xde can aku nak terperanjat dengan antu shuhaimi baba tu… ko jerit lagi seram aku rasa…

Wahai sahabat

Yang paling aku terharu.. tentulah di atas ke concernan diri mu setiap kali nyamuk menggigit diriku..  walopon dah banyak kali tutorial macam mana nak memukul nyamuk ko bagi.. tapi hingga kini… antara aku VS nyamuk.. aku memang selalu jatuh di tempat terakhir… tapi nasib baik dikau ada... ko memang terer la… nasib lah nyamuk tu carik pasal lagi dgn aku.. kan dah kena banteras abis abisan  sampai ke seluruh keturunan nenek moyang nyamuk tu xde can nak hidup di muka bumi ni lagi…  aku memang yakin nyamuk tu mesti jeles  sbb dia  xde member bes macam dikau ini…

Wahai sahabat… apa lagi aku x buat dengan dikau sahabat….  Banyak dah kita tempuhi selama kita dah bersahabat bertahun2 ni… kadang2 aku rasa  yg kita nih macam Bilbo Baggin n d gang saja .. Hobbit kecik yang tempuhi  macam2 pengalaman luarbiasa dalam dunia kecik kita..  Terima Kasih Sahabat
   
.. kerana bersama dirimu aku ada macam2 pengalaman yang mengajar aku tentang kehidupan...Bersama dirimu jugalah  aku dapat banyak sangat  pengalaman berlari larian keluar peluh marathon lari x cukup tanah..  contohnya:

  1.  lari kejar class…
  2.  lari kejar bas..
  3.  lari kejar flight…  
  4. lari naik bukit kena kejar penjahat.. 
  5. lari 1hostel kena kejar anak kucing
  6. lari bersepah kena kejar anjing…  eii x penah dalam hidup aku kena kejar anjing ko tau.. tapi bersama dirimu...  ada plak anjing berminat nak kejar aku… dan dengan dikau jugak lah  aku  lari kejar anjing tu balik… ok tipu …. Sumpah takut nak kejar balik… muahaha..

.. Dan bersama dirimu … slalu jer kita di jadikan pasangan duo untuk jadik bidan terjun jadik tok moh bila ada kes2 seram di kolej kita… sampai budak2 pun dah panggil kita kakak ghosbuster dulu.. Ghosbuster ok.. harus lah terasa fefeeling seperti selebriti hollywood sahaja..

Dan yang penting dikau jugak lah tempat aku tumpang bahu untuk menangis dulu kini dan selamanya… dikau jugaklah insan yang sama sama memandang langit melihat bintang bintang melakar mimpi2 kita…  

Dan dikau jugalah yang sangat sibuk kalah mak pengantin ketika di hari perkahwinanku.. dan dikau lah juga orangnya  yang sgt aku nantikan untuk aku peluk lama2 sebaik sahaja aku sah menjadi  isteri kepada incik bos…
dan ko jugalah yang menelefon semua sahabat2 yang lain untuk buat solat hajat untuk aku bila dokte beritahu  bahawa ada  komplikasi dengan kandunganku ketika aku menanti kelahiran pertamaku di bilik bersalin…   dan dikau jugalah satu2 sahabat yang  menunggu  aku dengan sabar sambil x putus berdoa  di luar bilik bersalin ketika aku sedang bertarung dengan nyawa melahirkan anakku… jazakallah… jazakallah wahai sahabat….  

Maka hari ini wahai sahabat…. Walopon lambat lebih kurang beratus ratus jam… March pun dah sipi2 nak abis...  aku nak mengucapkan selamat hari lahir untuk sahabatku Izra Inna bt Md idris yang merangkap PA ku..  merangkap orang kananku.. merangkap guru ku.. merangkap jiran sebelah rumah ku… merangkap pengakap.. dan merangkap semua yang telah aku nyatakan tadi...  Semoga Allah menghadiahkan dirimu jannah.. rahmah.. barakah.. rezeki yang melimpah ruah… kesihatan yang baik.. jodoh yang baik.. dan kebahagiaan dunia dan akhirat….

Haruslah dikau ingat wahai sahabat.. Tinggi2 si matahari.. anak kobau mati tertambat… Dikau bukan sahaja sahabat dunia akhirat .. dikau juga adalah pari2 jadian hadiah tuhan untuk aku…

 Hepi Birthday!



Yay... inilah birthday gegirl aka pari-pari jadian saya.... 


                  

Birthday gegirl aka Pari2 jadian ketika menjadi seorang pekebun...



     birthday gegirl aka pari2 jadian ketika pulang ke kampung di
 Gua batu belah batu bertangkup

                                                            ************************************


Diriku n Dirimu... 
     Di sana,  Disini  dan Disinun........


Diriku n Dirimu ketika membuat iklan ubat gigi 



                                              Diriku dan Dirimu atas puncak Mount Everest. 
                                     Sejuk jgn kata lah.. almost nak jadi ais pecayalah kata kak ton





Diriku dan Dirimu ketika menculik anak pelancong jepun




                                             Diriku dan Dirimu bersama burung yang berterbangan...
                                                           baby qaleef masih dlm peyut.

                                                   

                                                 


                             Alhamdulillah... kami ada bersama dalam apa jua acara dan keadaan... yip yip hore...
                                                       
                                           
                  


Ok.. shhh shh.. Ketuo kampung den nak bagi ucapan nih

                                             

                                   ayark tersahsul pulok ketuo kg den nih.. xpe tok.. one more time....


take duoploh ompek......


alhamdulillah... Hi-5 tok.. Hi-5!!



Ok tok..  K-POP  sikit... yeah to legit to legit to quit.. ice ice baby..


                                             * sila abaikan suara latar doeramon tersobut




                                                       HEPI BIRTHDAY MINA!!


Thank you for reading.. tatatititutu.

Saturday 9 March 2013

Kita Semua Sedang Berperang


Assalamualaikum....




Sesungguhnya saat ini tika ini kita semua sedang berperang….

Buka sahaja tv.. berita… internet…  FB… surat kabar.. radio..  semua orang sedang sibuk bercerita tentang  perang…

Ada yang berperang kerana agama… ada yang berperang kerana kuasa….

Ada yang berperang memperjuangkan tanah… ada yang berperang kerana berlainan ideologi.. berlainan fahaman.. berlainan kepercayaan … berlainan mazhab…

Ada yang berperang kerana lapar.. ada yang berperang kerana terlalu kenyang dan mahu kenyang lagi…

Ada yang berperang kerana cinta.. ada yang berperang kerana benci.. ada yang berperang kerana terpaksa.. ada yang keluar berperang tapi x tau kenapa…

Ada orang berperang untuk Negara… ada berperang sesama bangsa.. ada org perang saudara…

ada orang berperang dengan jiran sebelah… ada orang berperang dengan bos.. dengan isteri.. dengan suami.. dengan mak bapak.. dengan anak anak…

Ada orang berperang dengan diri sendiri…  berperang dengan akal.. berperang dengan nafsu… berperang dengan syaitan beraja di hati… 

ada yang berperang guna mesingan.. ada yang guna senapang.. ada yang guna kapak..  ada yang perang guna saraf… ada  jugak yang perang pakai mulut..  ada orang berperang duduk atas meja saja ketuk keyboard…  kita bertembak menembak di alam maya… ko tembak sekali.. aku tembak sekali..

..tapi tembak berdas das  badan steady  x lut senjata… luka satu pun xde.. tapi dekat hati ada yang cedera parah luka teruk abis berdarah…  dan ada yang  parut luka x sembuh2 sampai bila2…

Tiap2 hari tiap2 saat kita berperang kita berjuang… berperang atas jalan nak pegi keja sbb jem.. balik keja perang lagi… berperang dengan perasaan nak makan tapi on diet… ada yang berperang nak dapat parking…. Ada yang berperang sbb poket kosong.. ada yang  berperang dengan boss soh naik gaji.. bos berperang takmo bagi..  ada yang berperang dengan lecturer nape bagi markah sikit je…  ada yang berperang dengan member baju sapa paling santek…  ada yang berperang dengan jiran anak sapa paling terer..  kuih sapa yang paling sedap.. umah sapa yang paling bersih..  . ada yang berperang dengan nyamuk (aku lah itu)… kadang2  kita menang… kadang2 nyamuk  yang menang ( itu juga aku)

Ada yang  berperang dengan rasa marah… dan ada yang berperang untuk tidak marah…. 

bangun pagi solat subuh di waktu cuti.. bangun malam solat sunat.. juga adalah satu perang... 

Apaapa pun perang kita…

Biar kita menang….

Biar jatuh… bangun balik… angkat senjata terus berperang…..

…. Dan Ustad aku kata…. Senjata terbaik untuk orang orang mukmin adalah DOA….



Selawat/ doa ini maksudnya terbuka menjadi lapang.. Jika di amalkan dapat membantukan ketika dalam kesempitan dan kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah
kredit: blog ustazah azimah





Untuk saudara2ku yang sedang berperang berjuang di Gaza, di Syria.. 

Untuk pahlawan ku yang mempertahankan negara di Sabah...

dan juga kepada semua jiwa2 yang sedang berperang…. 

Teruskan perjuangan… kerana setiap saat adalah peperangan dan perjuangan…

Semoga kalian semua akan menang dalam peperangan anda…. Pastikan menang….Menang di akhirat nanti…. 



Peperangan datang dari mana2 arah atas bawah depan belakang... 

pastikan angkat dua tangan… pandang ke atas… dan aim ‘senjata’…. Kerana kita semua sedang berperang.





Tenkiu for reading…