Monday 25 November 2013

Semangat Mummy!

Assalamualaikum

Soalan yang agak popular masa kecik dulu yang mana sume orang nak tanya tak kira ibu bapa, guru, datuk nenek, pakcik makcik dan termasuklah jiran sebelah rumah ialah mengenai cita-cita. 

Seingat-ingat aku cita-cita pertama aku ialah menjadi seorang polis. That was wayy before aku masuk sekolah tadika.. Sebab utama aku berangan nak jadi polis time tu adalah kerana aku sangatlah  teruja dengan kasut hitam polis sampai aku pun memasang angan-angan satu hari nanti aku akan menjadi polis supaya dapat memakai kasut dasat macha kaler hitam itu tiap-tiap hari. 
Disebabkan ayah aku pun ada kasut kaler hitam macha serupa macam kasut polis time tu.. maka  aku pung ingat ayah aku jugak adalah seorang polis memandangkan kasut pun dah sama. Ok memang tak pun sebenarnya.
sobs! kecewa sangat ok.
Tapi nasib baik ayah aku ada kasut kaler hitam time tu.. so aku ingat dia adalah polis.. kalo dia ada kasut kaler grey.. mesti aku ingat yang dia adalah seorang Ultraman. 
mesti kekecewaan aku adalah lebih dahsat lagi..

Bila obsession aku dengan kasut macha kaler hitam macam kasut polis tu berakhir. Aku bercita-cita pulak untuk menjadi seorang  Pam attandan ataupun senang cite keje dekat stesen minyak. Memang tulus sungguh sume cita2 aku dulu.  Sebab musabab nak jadi pam attandan ni plak adalah kerana time aku kecik aku suka sangat main dengan kunci kete pastu cucuk kunci kat kerusi rotan pastu berangan masukkan minyak.
Huish..  Bes oo..  kalah main masak2 ngan jiran depan umah yang asik nak nangis jer time tu. hik

Lepas aku masuk darjah 1.. biasalah sume orang nak jadik cikgu termasuklah aku.. Tapi aku ingat lagi time tu aku nak jadik cikgu sebab aku suka sangat  main dengan kapur dengan blackboard.. sangat kool ok bermain tulis2 dengan menggunakan kapur dan blackboard lepas tu denda orang berdiri atas kerusi.

Dan cita-cita aku waktu kecik  sentiasa jer berubah rubah mengikut season.. kadang2 aku rasa nak jadi mata2 gelap.. .  kadang2 aku rasa nak jadi Macgyver..kahkahkah.. ok tak kelakar pun. kadangkadang nak jadik hakim.. kadang2 nak jadik lawyer.. kadang2 nak jadi  ustazah.. kadang2 nak jadik sailormoon.. 
Bila dah besar sikit baru lah konsisten sikit cita2 aku tu..

Dan, bila aku dah ada  anak.. aku pun tanya la soalan yang sama dekat anak aku Hafidz. 
Ha jawab cepat.. dikau ingat senang mummy nak jawab time mummy kecik2 kiut2 dulu tu ha.. 

Amazingly, Masa dia umur 4 tahun dia jawab.. 'I wanna be an Astronout..' 
Wah!..  memang advanced budak2 kecik zaman teknologi nih.. 
rasa masa aku umur 4 tahun kecik Hafidz ni dulu.. Memang takde la lansung astronout ni dalam vocabulary cita-cita aku.. mungkin jugak time tu aku ingat astronout itu adalah sejenis kuih yang di makan ketika minum petang.. 

Then, sekarang dah 6 tahun dia kata 'mummy can i add one more.. selain astronout Hafidz wanna be an architect.. boleh ker mummy?

what shall i say... 

alhamdulillah... amin.. 

aku pun sebenarnya tak kisah pun apa cita-cita anak2 aku nanti... yang penting anak2 berjaya dunia akhirat.. nak jadi astronout ke.. nak jadi architect ke.. nak jadi engineer ke.. nak jadi cikgu ke.. tak kisah lah.. Apa-apa pun yang penting haruslah memilih jalan yang betul di dunia ni dan semoga berjaya dunia dan akhirat.. itu pun aku dah syukur sangat. and after all the ultimate objektive kita di dunia ni pun adalah untuk mempersiapkan diri untuk berjumpa yang maha Pencipta.. 

Dan yang penting asalkan dia tak de la ada cita-cita yang bukan-bukan.. ye lah  mana tau tiba2 dia kata bercita cita nak jadik ikan paus ke.. nak jadik pokok ke.. nak jadik kapal selam.. haruslah time tu aku akan menentang habis habisan. 



Sekitar Ihtifal day - 16 Nov hari tu..
















 Few minutes sebelum masuk hall untuk recitation ayat Quran








Recitation ayat Kursi dah ayat dari Surah Yassin 1-8









 Ahhhh.. indahnya zaman kecik..  











  Pure smiles.. n Pure Heart..









 Nasib baik YB datang melawat..



 Performance tarian.. Alolo nomei nomei sangat semuanya tau.. 





























 Yippie!!





Alhamdulillah.. 
Seems like it was just yesterday i was holding you in my arms n proudly welcome u to the world.  Thank u Hafidz sebab jadi anak mummy yang baik.. yang selalu tolong mummy.. yang selalu ceriakan mummy n family.. 

Thank u Hafidz sebab selalu aminkan doa mummy.. selalu pinjamkan bahu n hugs me bila mummy needs it.. semoga syurga buatmu anakku..

Bila aku miscarriage dulu.. he was the very first person yg datang n hug me without saying any words n then the next day he told me to be happy because "adik is in heaven now.." 
ahh  my heart melted when I heard those precious words...  

Kadang-kadang budak2 kecik ni selalu buat.. pikir.. cakap.. beyond our expectation. 
sebenarnya banyak la perkara yang Hafidz selalu jer buat aku amazed. 

Masa aku tanya pendapat Hafidz ok tak kalau kita stop buying and eating McDonalds sebagai tanda protest dengan Yahudi yang manjang nak menindas sedara2 seislam kita di Palestine.. Alhamdulillah.. untuk budak kecik umur 5 tahun time tu Hafidz memang mendapat standing ovation aku sebab tanpa cakap banyak dia menyokong penuh dengan keputusan aku tu.. Till now dah almost dua tahun.. Hafidz lah yang berdiri teguh di belakang aku dan yang selalu je ingatkan semua ahli famili tentang kesepakatan mengenai McDonalds dan tentang penderitaan sedara2 kita dekat Palestine tu.. 
Thank u Hafidz sebab menjadikan keje mummy tersangatlah mudah.. 

Terima kasih jugak la Hafidz sebab rajin tolong mummy sopping barang-barang rumah.. Sebab selalu jer ingatkan mummy untuk cek ada logo halal ke tak.. aku kadang2 amazed betul dengan apa yang budak2 sekarang2 achieved. Masa aku lebih kurang baya Hafidz tak de lah seingat ingat aku nak remind mak aku soh berhati-hati beli barang ke.. cek logo Halal ke hapa... insaf ok soping dengan Hafidz nih...

Sebenarnya aku tak sangka banyak betul stok air mata ni kena ada bila dah jadi ibu especially kalo ibu yang congek macam aku nih.. tengok anak sukan pun nak nangis.. tengok anak baca buku nangis.. tengok anak orang lain baca pun nangis.. tengok anak masuk spital nangis.. tengok anak abis belajar sekolah tadika pun nak nangis walopon belum sampai part kena nangis lagi.. tu blm masuk bab tengok masterchef.. pon nak nangis...  ngada sangat tau mummy nih..

To my Hafidz.. mummy doakan semoga berjaya dunia akhirat.. dan semoga dikurniakan  masa depan yang cemerlang.. di berikan akhlak yng mulia.. semoga dipermudahkan untuk belajar.. mendapat sahabat2 yang baik insyaAllah.. 
dan kepada daddy, atok nenek pak nek mak nek..all aunties uncles di sana di sini dan di sinun semua.. guru2 yang banyak berjasa.. umina yang baik hati.. mak tiri bawang merah bawang putih pun dia jugak.. Ibu Dah..  jiran2.. thank u thank u sebab selalu mendoakan Hafidz..

ha.. tu baru ucapan graduate kindergarten.. kalo graduate Universiti ke pesantren ke.. mau satu kampung wa sebut..


Dan yang paling penting ucapan syukur ku yang tak terhingga kepada yang mengurniakan segalanya.. Thank u Allah! Syukur alhamdulillah..


Ok.. Thank u for reading ya to all my sayangs!

Wednesday 13 November 2013

Pada zaman dahulu..

Assalamualaikum...


Tahukah anda-anda semua, 

masa aku kecik dulu.. aku mati-mati pecaya yang aku ni anak tembikai…



Menurut cerita kakak aku.. pada suatu hari nan indah mak aku telah ke pasar dan membeli sebijik tembikai.. dan bila pulang ke rumah dan mau membelah tembikai tersebut untuk santapan seluruh rakyat jelata di rumah dan tiba-tiba keluarlah daku dari tembikai tersebut  ..

dan petir pun sabung menyabung2 dan  hujan turun dengan lebatnya 7 hari 7 mlm..…. Maka kawasan itu dinamakan tembikai sempena peristiwa penuh sejarah itu…. 


Eceh... sebenarnya kakak aku cuma citer yg  mak aku pegi kedai beli tembikai n aku pung  kluar dari tembikai tersobut…. Jadi sah lah aku ni anak tembikai.  The end.

Dan citer macam tu punyer gila simple pun aku pecaya…. 


Beginilah lebih kurang kronologi cerita kakak aku tu..




Tapi nasib baik dia kata aku anak tembikai..
kalau dia kata aku anak tauge ke.. atau anak kacang botol.. atau anak kedondong.. atau anak jering.. pon mesti aku pecaya jugak..

Begitu lah dasatnya ke-naif-an  dan ketulusan aku ketika itu... hanya orang-orang yang behati serbia jer sanggup mempermainkan hati aku yang suci ketika itu..

Apa-apa pun.. Walaupun dikau sesuka hati jer mengait kan daku bersedara dengan buah tembikai  dan pelbagai lagi buah buahan tempatan semasa hayat kecik ku dulu..
 dan penah melepuk aku hingga tinggal kesan 5 jari di kaki ku sebab aku x nak kasi pinjam barang.. Dan pernah jugak mengunci aku dalam rumah sebab x nak aku ikut dikau ke sekolah untuk aktiviti ko kurikulum PBSM ketika dikau darjah tiga dulu.. Tapi kalo dikau tiada.. xde la geng daku untuk main congkak.. main nyorok2..main  cikgu2.. main masak2.. main hujan.. main zeropoint.. main lat talilat.. dan segala main2 yang lain yg ada di asia tenggara ini..

Dan x di nafikan.. dikau jugak suka membelikan aku dengan macam-macam barang-barang mainan paling best dalam dunia bila balik dari sekolah dulu sampai terbit kekaguman daku kepada dikau di atas sifat kedermawan dikau itu...
walopon harga mainan time tu hanya la seposen duaposen jer..  tapi kekaguman itu kekal sehingga ke hari ini..
Apapun terima kasihlah sebab mewarnai hidup aku nih wahai kakakku..




Ha ni lah budaknya.. 
Tengok cara pegang pistol pun dah tau dikau memang berhati koboi kan.. 
sanggup mempermainkan hati dan ketulusan batin daku  
dan mengaitkan aku dengan buahbuahan tempatan Malaysia..



Mohon jangan terpedaya dengan kesucian muka budak kaki rapat stokin renda 
ngan bawak beg tangan mak dia tu ok.. 
Wa memang tak puas ati arr macam nih..



semasa ekau menjadi gadis litar .. 



  Hari makan-makan nasi minyak orang-orang kampung..
Gambar paling retro di seantero nusantara..




Mesti ekau ingat tangan tu buah papaya kan.. 



Alhamdulillah.. ni lah hasilnya setelah dikau membesar sebagai juara.. 
weewitt..



OO omak ekau yo yang mengatokan omak den buah tombikau dolu.. Kato anak den..


Anakku: 
Tapi den pon tak pecayo omak den boleh mempecayoi gosip gosip macam tu yo.. kah kah..
 Anak-anakmu: 
ha ha.. your mother is so funny.. 



Yay! This is us! wuhuu!


We laugh.. We cry.. We fight.. because We are sisters! Hip hip hore! 


Ok sempena hepi birthday mu yg ke seratus lima puluh tahun ini..  Daku dengan besar hatinya ingin mengucapkan  Hepi birthday to u kakak ku Baya Hamzah yang santek menawan rupawan.. Selamat panjang umur dan dimurahkan rezeki..  Semoga bahagia selalu dunia dan akhirat..

enjoy ur day sistah!




Thank u for reading to all my sayangs!

Sunday 10 November 2013

Mohon Doa Wahai Sahabat-Sahabat ku..

Assalamualaikum...

Cepat sungguh masa berlalu...  dari last entry september hari tu sampai la ke hari nih rasa dah bermacam-macam peristiwa yang berlaku dekat dunia nih...

Qaleef pon dah x tau berapa kali... keluar masuk... keluar masuk... hospital ngan klinik ..




Qaleef and Elmo..
dua-dua adalah pesakit harap maklum





Harus la hired soldier of fortune  dekat hospital nih
memandangkan  nurse-nurse manjang siang malam buat ambush.. 
Cemas ok..







take position!  take position! 
move! move! 
jap lagi nak kono ambush nih.. 





 
Bodyguard from Beijing nih pon wa hired jugak  kasi jaga tingkap.
Mana tau nurse masuk ikut tingkap.







Bodyguard from Beijing sempat mengajar Qaleef  jurus satu dan jurus dua..
 boleh di gunakan ketika kono ambush dan ketika test market depan nurse..

Yang penting senyum mesti manis kata beliau.. 






Tak cukup hospital... kat klinik.. kat rumah pon kono neb jugak..

Memandangkan Qaleef kena nebulizer setiap 4 jam..
jadik  dokte pon kasi pinjam nebulizer machine bawak balik rumah..
alhamdulillah..

 rasa-rasa next time nak pinjam stethoscope plak..  pastu pinjam injeksen..
pastu pinjam baju dokte skali.. 





Refer Hospital lagi dan lagi..
 Kalo dapat refer hotel beh gak... 




Hadiah dari dokte sempena krismas..


time nih penat jgn cakaplah.. ni kalo agak terlanggar semut pon mau rebah rasanya..


Tu baru citer Qaleef  kluar masuk hospital..  Belum masuk citer-citer hal-hal duniawi yang lain..
citer harga barang yang naik sana sini sinun.. harga minyak.. harga gula... harga nasik lemak.. harga kuih pau.. harga ikan paus..

Dan termasuklah citer-citer duniawi pasal kes orang tembak tembak sesuka hati mereka dan keluarga mereka.. citer laporan audit negara yang menyentuh perasaan dan akal fikiran.. citer kehilangan senjata api jatuh dalam laut.. citer anak hilang...  citer pengasuh pengasuh Taska zalim kalah mak tiri bawang Merah Bawang Putih... citer Pahang juara Piala Malaysia.. (Tahniah Pahang!) dan termasuklah citer istri Mat Yo naik kereta kerabat...  Che' Ta sarung cincin dekat Carcosa Negara.. cerita wartawan orang kawin pon nak jeles.... citer tauke- tauke bergabung tenaga dan kawin sesama tauke (alhamdulillah....) dan byk lagi la citer yang seangkatan serta sewaktu dengannya...

Tu pun baru citer-citer dan isu-isu semasa dalam negeri.. Belum masuk citer-citer dan isu isu semasa kecik dan besar dari luar negara yang lain.. citer-citer dari Pakistan.. Hindustan.. Afganistan.. Turkistan.. Congostan.. Go head go stan pon tak masuk lagi.. 

Apapun.. Tiada lah kuasa kita untuk menghalang masa dari terus berdetik dan berlalu.. Semoga Allah bersama-sama kita... Semoga kita semakin kuat... dan semoga kita di hindari dari segala bahaya..   dan semoga kita masih boleh tersenyum walau apa yang mendatang.... :)

Dan dalam masa  pelbagai citer yang berlaku di sana sini... ketika anak kluar masuk hospital..  dan ketika segala citer-citer di atas yang menyesak kan nafas dan dada itu berlaku.. 

Aku adala  dapat satu citer dari Universiti Malaya hari tu..





alhamdulillah... adala jugak citer yang menyenangkan hati dalam banyak2 citer yang serabut jiwa tadi... 

apa-apapun perjalanan masih jauh.. mohon doa ya sahabat-sahabat dan rakyat-rakyat jelata ku sekalian... semoga Allah mempermudahkan perjalananku ini dan para sahabat semua....

Baru teringat yang aku belum lagi buat apa-apa pon untuk study nih... memandangkan akan kebizian yang di tahap ekstrem jaga anak sakit lately nih..  yang penting anak kena sihat dulu.. 

Jadik.. sebagai usaha pertama malam ni.. aku sambar je lar dulu buku citer itik ngan buku mewarna Ultraman Cosmos abg Hapiz ni ha... sebab buku ni jer la yang ada dekat dekat ngan  katil masa nih.. ngahngah.. 

Tak pe, apa-apa buku pun kira ilmu jugak tuh... untuk malam nih aku menuntut ilmu pasal itik dengan pasal ultraman Cosmos dulu.. esok baru carik buku nak buat chapter 1..


Macam comel jer pulak itk nih... 



Ok.. x sabar plak nak baca nih... berkobar-kobar nih...
nite nite semua...! sweet dream....




Thank u for reading..! lep u..