Monday 28 January 2013

Hikmah ketika Sakit...

Assalamualaikum semua..
'Sabda nabi Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara…. . sihat sebelum sakit... muda sebelum tua... kaya sebelum miskin... lapang sebelum sempit... hidup sebelum mati…'

Baru-baru ni keluarga aku mengalami tragedi sakit berturut turutan… mula dari si kecik Qaleef yang sakit.. lepas baik jer si kecik dia pass plak baton kat umiena merangkap bespren aku merangkap PA aku serta merangkap ahli pengakap kat sekolah dia dulu.. pastu tanpa segan segan umiena pass pulak baton kat aku.. hazab ok sakit kali nih.. rasa insaf sehingga ke jiwa kelbu… x abis insaf aku.. aku pas plak baton kat abg apiz…. Dan akhir sekali baton dapat kat daddy apiz untuk melengkapkan putaran ganas yang sangat menginsafkan dan memberikan pengajaran.
Pengajaran yang mahal harganya sebab silibus nya xde pun dalam mana 2 sistem kbsr atau kbsm atau di cover di mana2 pusat taska, tadika, sekolah rendah sekolah menengah ataupun mana2 pesantren universitas sekali pun.…
  • Pengajaran nombot 1   Antara pengajaran yang paling penting aku belajar kali ni ialah… janganlah memandai mandai untuk menjadi pandai apa yang kita x berapa pandai… huish.. pandai betul aku buat ayat..  ini adalah kerana antara sebab aku sakit teruk hari tu ialah  bila aku pandai2 jer prescribe ubat aku sendirik.

  1. Ni sume happen bila badan dah start rasa demam sakit suam suam kuku sebab sibuk jaga banyak patient kat umah.. aku pun mula lah buat buat pandai aku jer mencilok teh detox bespren aka cik PA  yang tertinggal kat atas meja kat umah aku dengan niat konon2 nya untuk aku menyah segala toksin dalam badan..
    konon konon nyer kalo minum teh ni maka segala tok nenek  syaitonn toksin akan ternyah dari badan aku dan aku pung akan kembali  sihat trang tang tang seperti sedia kala semudah A,B,C gamaknyer..  walhal ubat teh detox tu cik bespren aka cik PA pun x try lagi.. aku lak yang pandai2 try dulu…. ini lah yang di katakan harapkan pandai..rupanyer x ler pandai sangat…. Eh bukan.. harapkan  pagar pagar makan padi…
    ok baru betul.. sekarang baru terasa sedikit pandai…

    Pagi esok nyer bila rasa xder apa2 happen.. aku tambah plak 1 sachet susu kambing dengan konpiden dan tanpa was was..  ensem ok gambar kambing depan kotak tu… tu yg aku berkobar kobar nak minum tuh…         
    Namun walopon  ensem mana gambar kambing kat depan kotak susu kambing tu tapi itu x bermakna yang aku akan terlepas dari racun dan keracunan lagi meracunkan perut dan segala sistem penghadamanku..
    rupa-rupanya X lama lepas tu bermula lah kejadian vicious cycle yang sgt memilukan… dan segala-galanya berubah dengan hanya sekelip mata.. ewah

    Pakej Marathon back to back 4 dalam 1 termasuk diarrhea, muntah non-stop sampai abis satu napas  dan perut cramp sampai guling2 serta gastric n demam panas cukup la buat aku tumbang sekejap …  keadaan time tu mak ai memang lah memilukan ngan x glamer lansung sebab muka manjang dalam besen.. terima kasih lah kepada suamiku yang banyak membantu menyediakan  pelbagai variasi besen  baldi  berbagai  kaler dan size kerana dengan tenaga yang tinggal seciput itu mmg  adalah x wajar sungguh untuk aku membuat marathon mahupung  berlari lari anak untuk ke toilet.. tapi kalau sempat lari  pegi toilet pung memang kemudiannya akan tersadai di tepi toilet bowl jua akhirnya.. sob! Sob!
    Ni kalo Badang tgk keadaan aku time muntah tu pun kompen dia pun turut berasa belas dan pilu dgn aku….

    Memandangkan keadaan yang kritikal dan tenaga yang dah jatuh ke paras negative dan tinggal nyawanyawa ikan keli jer maka incik bos xde pilihan lain melainkan mengangkut  aku dgn paksa rela  ke klinik berhampiran pada pukul 4 pagi…

    Bila dokte tengok jer muka aku yang pucat dan berpenyakit  tu.. maka dokte pun  x cakap banyak terus cucuk  pastu drip ntah bape gelen pain air n drip masuk ubat sekali… merasa la tdo sat kat klinik depan umah..  makseh dokte.. dengan ini saya berjanji akan cuba bersungguh sungguh untuk menjadi lebih pandai selepas ini…

    Sampai umah .boleh plak sambung balik  drama diarrhea, muntah diarrhea, muntah pastu perut cramp, pastu gastric pastu demam panas lagi se round…sob!

    itu lah pengajarannyer rakyat2 jelata sekelian.. ini lah akibatnyer kalau buat2 pandai suka ati aku jer prescribe ubat sendirik…  dari sakit sengal demam manja2 jer jadi sakit sengal demam x manja lansung….
    .Dan pengajaran lain yang aku dapat time sakit nih ialah walopun ensem mana pun gambar kambing yang di paparkan di kotak tapi kalau dah di campur dengan ubat ubatan lain yang x tontu hala mungkin akan menjadi racun di perut dan amat parah akibatnya…

  • Pengajaran nombot 2
    • Time sakit ni jugak lah teringat segala nikmat yang Allah dah beri sebelum ni.. nikmat minum air.. nikmat makan.. nikmat ketawa guling2 ngn anak.. nikmat tengok tv… nikmat solat berdiri…

  • Time sakit nilah nak makan x dapat.. tdo x lena.. mandi x basah..  minum x dapat… asal  minum jer.. kluar balik..  asal minum jer.. kluar balik..sampai kering giler rasa tekak ..  sore pun dah jadi macam ala2 sore yusni jaafar tertelan jagung dalam citer 'Baik Punyer Gila' time dia cakap.. ‘baru balik mid…?’ kat Hamid Gurkha time abg Hamid balik keje n lalu dopan umah Yusni Jaafar.. ha gitu lah kritikalnya keadaan sore aku… insaf ok..

    ..dan time  awal2 demam suam2 kuku tuh… masih lah boleh berdiri tegak nak solat.. tapi bila dah start masuk demam sakit pakej 4 dalam 1 tuh terus x dapat berdiri tegak lansung n terpaksa lah solat duduk jer.. solat duduk pun dah tukar 2 kali stail position sebab gastrik teruk n buat perut pun makin lama2 makin cramp x leh sujud.. dan bila tenaga dah jatuh ke paras sifar n jatuh lagi n jatuh lagi sampai ke paras negative terpaksa lah tukar stail solat baring pulak… wah sgt insaf rasa kek hati.. terasa agak2 aku nih  dah nak pi kot… huhuk… 
    padahal tuhan baru uji sakit pakej 4 dalam 1.. tu pun dah nak black out jer rasa macam nyawa nak melayang  keluar setiap kali bermuntah muntahan…

    Dan mmg ader hikmahnya Allah mengupgrade incik bos dari size S ke size Arnold Schwarzenegger  itu… kerana dalam kes2 genting mcm ni kekuatan dan keenseman seperti Arnold Schwarzenegger  memang lah amatlah di perlukan. 
    Selain dari membantu menjadi nurse tiap kali aku muntah, dan membasuh besen2 itu kembali.. incik Arnold juga lah yang membantu memapah pegi toilet time aku nak ambik air semayang…. Terima kasih incik Arnold Schwarzenegger  … Saya doakan encik Arnold di berikan rahmat kesihatan yang baik selalu….

  • Pengajaran nombot 3
    • Memang benar lah sangat2 kata nabi S.A.W bahawa antara punca kesejahteraan seseorang insan adalah dengan mempunyai jiran yang baik….
    Memang itulah antara doa aku siang malam selain untuk mendapat sahabat2 yang baik berjiwa seri murni  dan sebersih sunlight.. jiran yang baik adalah antara apa yang aku doakan juga



    Sabda Nabi:
                     مِنْ سَعَادَةِ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ الْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ وَالْجَارُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيُّ

    Ertinya : Antara sumber kebahagian dan kesejahteraan seseorang Muslim, adalah mendapat rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa 
     (Riwayat Ahmad, At-Tabrani & Ibn Hibban ; Ibn Hibban, Albani menilainya sebagai sohih )- credit Zaharuddin.



    Terima kasihlah x terhingga di ucapkan kepada jiran aku yang kebetulan merangkap bespren aku jugak dan merangkap pengakap kek atas tu tadi…. Disebabkan mummy bizi dengan urusan muntah permuntahan mummy jadi terpaksa lah mummy mengimport jiran sebelah utk menjaga hafidz n qaleef n tdo dengan 2 hero mummy nih …

    Alhamdulillah… cantik betul perancangan tuhan untuk kita…. 
    Masa awal2 aku kawan dengan pengakap sekolah nih memang kitaorang ada macam2 impian.. impian yang mulanyer cakap2 kosong jer time malam2 mengadap bintang time nak tdo kek hostel dulu… yang akhirnyer dari impian cakap2 kosong jadi impian cakap betul2…. impian nak berjiran… impian nak bisnes sama..  impian keja sama…. Jenjalan sama… dan macam2 lagi impian jangka panjang jangka pendek jangka xbape panjang pendek semua lah…. Syukran to Allah… selagi niat kita baik…. Bukan untuk memberikan kemusnahan kepada bangsa dan Negara… huihihui.. insyaAllah tuhan akan permudahkan untuk merealisasikan impian2 kita… kalau x tertunai pun… mesti ada yang lebih baik insya Allah… terima kasih wahai jiran...

  • Pengajaran nombot 4 : Time musim sakit-sakit nih.. sume perkara rasa menginsafkan…. Tengok citer  fear factor pon rasa insaf tobat xmo nak buat dosa lagi hatta nak mengspray lipas pun rasa aku sudah mengorbankan satu nyawa…. Huihuihi..

  • Citer fear factor yg di tonton ketika badan n perut masih berbaki sakit n sengal2 tu memang lah menguji emosi…. Pulak bila salah satu task abang aaron bagi pada sume mangsa kejadian fear factor tersubut  ialah dok dendiam dalam kotak sebijik macam keranda pastu keranda tu pulak masuk dalam tanah..  then untuk menambahkan kengerian mangsa kejadian yang dok dalam keranda sempit n gelap bawah tanah tu.. mangsa2 ini akan di temani dengan CIK TI saiz reksakse yang berekoq ekoq banyaknyer …  wah ini dah kira takut giler melangkaui tahap kengerian menonton citer sundel bolong di waktu malam jumaat keliwon…. 
    aku nih la plak mmg la dah tahap phobia giler boleh pengsan dengan binatang berhati binatang bernama cik ti nih… sajer jer abg aaron nih nak bagi wa cemas …
    Time tengok citer nih.. xtau lah kejap tutup mata ngan tangan… kejap tekup muka ngan bantal sampai x leh napas.. kejap nyorok bawah kusyen.. menandakan aku mmg xde tokoh lansung untuk masuk  bertanding sekali dalam program fear factor untuk musim yang akan datang..  

    Dan yang buat aku rasa insaf sangat bila aku bayangkan kalau lah tuhan mencabut nyawa aku time sakit2 nih… begitu lah jugak lebih kurang keadaannya dengan aku… akan ke tanah jua akhirnya…  dok dalam tempat sempit dan gelap dan x tau la bintang apa lagi yang ada di bawah itu.. ya Allah adakah aku sudah bersedia.. cukupke amalan ku ya Allah untuk aku bawa temani di dalam dunia yang di bawah tanah itu.. series menggelatar jiwa dan kelbu ok….. sampai la ni time dok taip ni pun bila ingat2 balik rasa dup dap dup dap jer jantung aku nih.. …. wei insaf wei tengok citer fear factor nih..

  • Pengajaran nombot 5 :Seperkara yang para para sakura dan para para sahabat sekelian tidak ketahui.. salah satu cara incik bos menenangkan aku bila aku kesedihan atau menahan sakit ialah dengan bercerita pasai cerita2 indah dengan aku.. begitu lah juga yang incik bos buat ketika aku kehilangan baby akibat keguguran dulu supaya aku menerima segala2 seadanya.. selain dari itu time aku menahan sakit time bersalin pun incik bos guna jugak formula yang sama ni.. walopung sebenarnya aku pun x tau berkesan ke x nak guna  formula incik bos ni bila time dah  rasa sakit yang amat nak bersalin.. sebab time tuh cuma ingat nak melepuk orang jer..
    Jadik bila sakit  x berdaya kali nih hati pun turut menjadi gundah gulana … incik bos pon mula lah bercerita ngan aku… citer dia kali ini ialah perancangan dan persiapan untuk kami sekeluarga sehingga 30 tahun akan datang…. Huish lamanyer incik bos..

    Citer incik bos kali nih mmg sangat lar  indah sampai aku pun dah boleh start tersonyum sonyum time sakit sakit tuh especially bila incik bos bayangkan aku dah jadi nenek bila dah masuk tahun ke 20 yang akan datang… tapi sedeh la pulak bila incik bos citer bab2 berjauhan dengan anak bila anak2 dah besar n sambung belajar nanti… citer time dorang dapat licence kete… licence motor.. x termasuk licence kapal terbang dan licence kapal selam… citer time anak nak ambik ijazah.. time diorang kawin.. time diaorang  dapat anak pulak….  Macam2 lah..

    Perasaan bercampur baur la plak dalam hati… hepi campur sedih… again, sudah sedia kah aku? Dan yang paling penting ada kah aku ada dalam semua moment penting  itu… huwaaaaaaaaaaa…..
    ya Allah panjang kan lah umur ku… berikan lah kesihatan kepada ku…  berilah aku peluang untuk aku melihat setiap saat progress pembesaran , jatuh bangun dan  kejayaan mereka….  Ya Allah plz have mercy on me…. Berikan lah aku peluang untuk berada di setiap momen itu..

  • Pengajaran nombot 6 Finally, apa yang aku belajar dari hikmah sakit nih… segala ubat tok nenek yang dokte berikan itu hanya sokongan sahaja.. tapi bila tengok senyuman orang2 yang aku sayang…. Ketawa anak2… bantuan sahabat…  doa suami… .. itu lah yg sebenarnya sebaik2 ubat untuk aku….  


antara mangsa kejadian tragedi sakit berturut turutan.


lagi imej mangsa kejadian tragedi sakit berturut turutan dari jarak atas helikopter


lagi imej mangsa kejadian tragedi sakit berturut turutan tukar posisi pulak



             mangsa kejadian tragedi sakit berturut turutan yang insaf lepas teman mummy tengok fear factor.



            mangsa kejadian abang adik tragedi sakit berturut turutan telah bersepakat membawa berkat    
                                         untuk berikrar bersama sama untuk sentiasa listen kepada mummy




             Selepas 2 jam mangsa kejadian abang adik tragedi sakit berturut turutan masih lagi x abis abis ikrar.  
                                                          Memang kompem panjang berjela jela ikrar..





                                                                     ubat paling mujarab....

                           saat2 bahagia ketika sihat walafiat walopon abang superman kat tepi  macam rupa x
                                                                              puas ati jer..





              Syukran ya Allah…..

Bila sakit2 ni teringat pulak mak bapak yang dah berumur di kampung….. Semoga Allah menjaga mereka… Ya Allah jaga lah mereka2 ini Ya Allah… ibu bapaku.. ibu bapa mertuaku.. ibu bapa angkatku.. ibu bapa sahabat sahabatku yang sedang membaca entry ini.. ibu bapa sahabat sekelian yang lain ..saudara mara kami… saudara mara seislam.. saudara saudara kami di Gaza, Syria.. Ya Allah selamatkan lah Dr. Aafia Siddiqui dan keluarganya yang dipenjara diseksa dan dipisah kan dengan anaknya bertahun2 lamanya.. yang kisah dia sempat aku baca  time aku sakit hari tu… Ya Allah berikanlah rahmat kesihatan dan keselamatan dan rezeki yang baik dan juga tenaga untuk kami terus berjuang di bumi mu ya Allah…..
Wasalam J





Wednesday 9 January 2013

Kita Hanya Mampu Merancang....

untuk pengetahuan umum sekarang sudah masuknya waktu tido bagi wilayah kolumpo dan tempat2 lain yang sewaktu dengannya kerana jam sekarang sudah menunjukkan pukul 2 pagi dan cuaca sgt sojuk diluar kerana musim hujan dan juga sgt sojuk di dalam kerana aircond. Askar2 sudah tdo dan cip kapten juga sudah lama di ulit mimpi..  Yang mana ini menunjukkan kepenatan cip kapten di skala yang tinggi kerana sepanjang hari membantu mommy menjaga kemashlatan askar2 mommy di rumah  kerana hari ini daddy cuti .. yay!-harap maklum-


Untuk memulakan karangan di malam yg barokah ini, tiba2 wa terasa agak2 malu2 kucin dan mahu sahaja seperti menyorok di bawah katil untuk menunjukkan yang daku ini pemalu sebenarnya… Ini adalah kerana tema karangan aku pada malam nan barokah ini sumenya berkisahkan citer cinta, cintun, cintan, kasih, syg, kawin, I lep u.. u lep me.. we r hepi femili dan semua seangkatan dan sewaktu dengannya. Namun bak kata org2 lama sorong papan tarik papan, buah keranji di dalam perahu,  aku dengan malu2 kucingnya ini akan tetap teguh dengan pendirian ku untuk terus menulis karangan yang bertemakan jiwang karat tak hengat ini sehingga ke 3 juta patah perkataan. ( pantun 2 kerat tersebut memang takde kaitan sangkut paut langsung dengan kejadian yang berlaku.)

Untuk memulakan cerita, haruslah aku pun mengikut method jalan penceritaan cerita2 jiwang cintan cintun tangkap leleh pecah panggung Hindustan.. iaitu penceritaan haruslah bermula dari episod  zaman lampau….. maka rakyat2 yang membaca cerita ini sekelian haruslah juga cuba dengan bersungguh sungguh membayangkan cerite ini di  dalam versi hitam putih… baru  la bila membacanya ada feel dan ada hujung pangkal…  Baru lah org paham … dan baru lah box office cerita nih…  dan baru org tak bakar laptop diaorang bila baca cerita aku…  tapi kalau nak bakor jugak.. ah suka ati koranglah.. almaklumlah bukan laptop aku pung… har har har ... sila ketawa sambil menutup mulut… kerana aku nih sopan orangnya..

So Bermulalah alkisah cerita di zaman lampau.. time tu aku masih kecik kiut miut lagi..  kasut pun saiz tecik jer.. tapak tangan pun tecik dan tomei lagi hatta nak melempang nyamuk pun.. mungkin tidak akan mati nyamuk tersebut.. mata pun masih sihat dan tiada rabun lagi..  eja nama sendiri pun x reti.. nak masak sume x reti lagi termasuklah masak megi atau masak air pun x reti jugak…  namun walopung demikian kecik dan demikian kiut dan miut ku itu.. itu tidak bermakna aku tidak reti untuk menyuarakan pandangan dan isi hati aku nih… Time tu dalam hati sanubari aku.. aku dah pun mempunyai planning jangka panjang iaitu siapakah calon hasben bila aku besar nanti.. (walopung bunyinya mmg tersangat poyo tetapi sila lah jangan muntah merata rata, kerana muntah itu mudah berjangkit..)

………....  dan nasib baik statement yang sgt bimbo nih aku yang ckp.. kalau anak aku yg cakap mcm nih, mmg kompom aku dah baling ngan kuali..

Di pendekkan cerita aku yg meleret leret  tak tontu hala nih.. jejaka yang aku plan nak kawin suatu hari nanti itu bukan lah jejaka fofular sgt  diseantero taman aku sampai dapat vote tertinggi  dan mendapat kedudukan yg terunggul dalam jiwang dan ragang ku ketika itew..  tp mungkin dialah antara org aku kenal dalam hidup aku time tu.. almaklumlah kecik lagi, maikel jeksen yang femes tu pun aku kompius sapa.. dan orang itu x lain x bukan ialah abang aku sendiri.

 Y? y? y? apo xdo  hero lain ko milah… (den buat2 terporanjat pulak) bukan den patut kato den nak kawen dengan lawyer ko, majistret ataupung ahhlil miyuzik ko milah... ? Tanya den kepada detektip conan yang menyamar menjadi  milah dalam versi org soromban … 

Tetapi setelah aku membuat soal selidik ke atas diri aku sendirik, maka antara sebab2 x lojik aku kata nak kawin dengan abang aku ketika itu.. pertamanya,  sememangnya aku sendirik x tau pun kawin tu ape…  dan sebab kedua adalah kerana tiap2 pagi sebelum lalat, semut dan pijat bangun dan sebelum bas sekolah abg aku datang.  Aku akan bangun tdo dan slowly slowly menyelinap keluar tanpa pengetahuan orang2 lain didalam rumah.. tujuan nyer adalah satu.. bukan satu malaysia… tetapi satu bangla.. kerana sememangnya aku dok tunggu sorang mamak roti berwarganegara Bangladesh  lalu depan rumah dan seterusnya memeras abang aku tanpa belas kesian untuk membelikan roti yang berharga 25 sen tunai itu..

Di sebabkan perasaan tamak haloba nak makan roti free tiap2 hari.. aku ambik keputusan kawin jer lah ngn abang aku… ..yer mmg biadap budak itu,kalau aku jumpa budak itu sekarang.. aku piat telinga dia..

..tp bila pikir2 balik.. kenapa la aku x terpikir kawin dgn tokey kilang roti tu jer terus kan lagi senang… namun mungkin kerana ilmu2 dan kepakaran aku time tu blm ke tahap membanggakan  seperti hari ini, maka ke tahap itu sajer la aku boleh pikir.. :p

..Dan bila sahaja aku dah pandai sikit, aku dah tau dah mana boleh kawin dengan abg sendirik..  dan roti 25 sen tu bukan lagi the only makanan ruji aku kerana aku sudah kenal bon bon, twisties,mamee,  ding dang, dan jajan2 lain yang seangkatan dengannya..  dan dah reti  layan tv..  time tu bila main masak2 member2  tanya sapa boipren aku.. aku dengan konpiden yang tinggi tanpa malu2 kucing seperti hari ini akan menjawab.. “boipren saya P.Ramlee.. “

Yer macam la P.Ramlee tu boipren aku sorang jer...

Yang 21 juta rakyat Malaysia yang lain aku nak letak mana… ( no 21 juta tu aku sesuka hati letak.. harap maklum..)

********************************************************************************************************************
Malam bertukar siang, siang bertukar malam..malam bertukar siang balik.. lepas tu malam balik.. siang.. malam… mlm… siang…. Siang… malam… malam…siang… siang malam… ok berapa byk da mau tulis..  tgk2 aku dah dalam universitas….

Time tu hidup cuma buku, class, assignment, buku, class, assignment, class, assignment, buku, assignment, class, buku, buku, buku, buku, classsssssssss .. assignment, assignment, assssignment..buku, class..…dan  itu lah yg aku lalui setiap hari…  -ok, mmg tipu….. byk lagi anasir2 dan pekara2 x berfaedah yang lain yg aku buat sebenarnya….

Time akhir semester 4.. ntah mcm mana ntah aku telah terpilih untuk menjadi vice secretary perwakilan kolej.. time zaman batu aku dulu tu, Cuma ada 12 blok.. 6 blok siswi 6 blok siswa… dan setiap blok ada lagi 2 wings… tapi bukan wings group penyanyi rock kapak tu dan wings kepak ayam keepsi tu pung bukan…

Menjadi Vice secretary untuk kemajuan ummah ni bukanlah satu kerja yg senang… ewah.. especially bila secretary nya manjanggg hilang… jadi terpaksalah aku memangku keja2 org hilang itu sepanjang kareer ku sebagai vice-secretary cum secretary untuk majlis perwakilan kolej ini… ewah lagi sekali… dan lagi susah tok nadok sbb kena berurusan dengan incik bos aka presiden perwakilan kolej yg x reti senyum, x reti cakap thank u.. dan x reti cakap manis2 sikit bila dah bagi kerja.. yg incik bos reti adalah memberi kerja..  dan bagi byk2 kerja…. Dan byk byk byk kerja lagi sampai kalah assignment aku..  dan mengambil balik kerja.. dan mereject keje2 aku.. dan memberi lagi banyak keje sebagai denda  kerana menjadi pekerja yg efisen….

Bukan itu saje, incik bos juga dengan sesuka ati incik bos sajer telah menyelar kepada sume exco yang sedang meeting ketika itu supaya serius dan tidak ketawa x tontu hala ketika meeting sedang berjalan.. walopun x sebut nama namun siapa lagi kerana aku sorang la yang sedang ketawa ketika itu sebab time tu aku tgh membaca citer2 kelakar tanpa pengetahuan umum… hasilnya sume memandang aku sambil menggeleng2kan kepala… mmg kompom rasa mcm nak nyorok bawah meja dan x keluar2 sehingga akhir semester… nak saman malu pung ada….

Di sebabkan kekurangan hormon incik bos untuk tersenyum, tersengih dan ketawa dan jeles pulak bila tgk orang bergumbira itu.., aku membuat kesimpulan  bahawa mungkin incik bos adalah mangsa dera ketika incik bos kecik.. atau incik bos yang mendera orang  atau mendera haiwan2 ternakan.. atau mungkin incik bos tak pernah makan roti 25 sen time kecik.. ataupun incik bos x pernah tgk citer P.Ramlee…

Di pendekkan lagi cerita, segala ketidak adilan dan kekuku besian incik bos  itu telah membuahkan perasaan dendam kesumat kepada incik bos.. ikutkan hangin satu badan aku mau je aku pancitkan ke empat empat tayar kereta incik bos, dan spray kete incik bos dengan spray kaler merah, biru dan pink.. tetapi di sebabkan incik bos xde kete time tu, aku simpan kan jer lah plan itu dalam hati..

Dan dalam fasa makan dalam makan hati makan nasik berulam jantung dengan incik bos, aku masih lah meneruskan aktiviti2 aku yang lain sebagai seorang pelajar yang berdedikasi contohnya join kumpulan usrah, gigih study di library, bermain bola jaring di waktu lapang, menyertai badan2 NGO secara aktif, join kelab alam sekitar, kelab tae kwan do, kelab wushu, kelab catur, debate dan mewakili universiti  untuk perbahasan dalam tajuk kemerosotan rumah hijau. * ok, mmg tipu jugak… yang x tipu join usrah tu jer.. yang lain tu sume aku  berangan jer…  dan aku sekali lagi terpilih menjadi amirah bukan amirah nuraisyah anak sedara ku tu.. tapi macam jawatan incik bos jugak untuk kumpulan usrah aku…

..xtau la macam mana boleh terpilih…. Only Allah knows..-

Tapi yang x besnya… incik bos yang juga ahli kumpulan usrah  bahagian lelaki tu pun terpilih menjadi amir….. oh y? y? y? kenape? Kenape? Kenape? Namun bak kata lisa surihani dalam citer ong bak 2.. redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah… aku kira termasuk dlm kategori pasrah jer la time tuh…    
                
Di pendek kan lagi citer….  Hari2 terakhir aku sebagai warga universitas selepas bertahun-tahun duduk kek situ mmg meruntun jiwa kelbu ku… rasa nak peluk jer sume tiang2 kat depan library tuh…. Maka untuk meninggalkan universitas aku nih dgn lebih bermakna aku pun menyertai la satu program anak angkat kat Bintulu yg mana program tu Jawatan Perwakilan Surau yang anjurkan..

Jadi bila semester berakhir jer.. dan sume orang  termasuk classmate aku sume dah bai bai antara 1 sama lain ketika itu… dan caucincau ambil bas, naik kete, naik flight balik kg.. aku pulak angkat beg pegi ke bintulu untuk program anak angkat yang julung2 kali aku join.. tahniah lah kat aku… dan x sangka bekas incik bos pun join…  dan aku kata bekas sbb ketika dan saat itu aku bukan lagi di bawah kuasa jajahan kuku besi incik bos lagi kerana aku sudah merdeka……. Yay…!  Yer Yay la sgt……

Sepanjang dalam bas ke Bintulu yang ambil masa 15 jam termasuk sesat tuh.. aku duduk dengan bespren aku merangkap PA aku … tp ntah kenapa perasaan sedih yg aku rasai 2, 3 menjak dok la datang dan datang lagi… dah mcm iklan mat sentul dalam iklan tora datang lagi tuh…. Walopon aku buat buat hepi… dan nampak cam mmg hepi..   tapi sebenarnya dalam hati nih ewah.. x la hepi seperti yang di gambarkan di kaca televisyen….

Dok kat Bintulu selama 4 hari mmg bes… udara nyaman jgn ckp la… rasa cam kat Copenhagen jer… aku boleh imagine yg kompom penuh jer paru2 aku dengan oksigen segar terus dari ladang…  orang orang kampong dia pon serius sangat la baik hati dan berbudi bahasa macam aku jugak… har har… jadi hati pon rasa bahagia girang dan berbunga2…

.. Dan dalam2 hepi aku menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Allah ni  ada jugak perkara aneh tapi benar yg berlaku kat aku n rasa mcm nak terbalik kerusi… orang yang x pernah senyum, gelak, tersengih dan seangkatannya  hatta nak bercakap berbual2 dengan aku kecuali bab kerja itu tiba2 boleh la plak bagi senyuman manis kek aku.. dan bukan sekali je, atau 2 kali, atau 3 kali, tapi adalah  berkali2 darab bahagi dan sebagainya..

Mula2 aku ingat incik bos nih dah buang tebiat agaknya sbb trauma sangat nak abis belajar sampai phobia n sampai boleh senyum kat aku.. atau aku yang dah buang tebiat sbb trauma sgt nak abis blajar sampai nampak orang senyum kek aku… tapi bila bespren aku pun ckp yang dia pung nampak otot otot mulut incik bos mcm tengah tersenyum baru la aku pecaya sbb bespren aku tuh mmg tiada langsung unsur2 buang tebiat atau trauma yg melanda  dirinyer J… oo baru sekarang nak senyum dengan aku yer… sekarang sudah terlambat….. ewah..

hari hari berjalan…. Rasa seronok… rasa hepi dan rasa sedih dalam hati.. tgk2 esok pagi ialah hari last di Bintulu dan nak balik dah ke kuching dan tandanya makin hampir jugalah aku kena balik dan keluar dari bumi Sarawak nih… sedeh ok… Kat Swk ni lah tempat aku tgk byk kali bespren aku jatuh..  jatuh kat dalam bilik.. dalam toilet.. dalam dewan makan.. luar dewan makan.. kat town.. kat depan parkson.. kat depan orang… eh byk kali lah… mana aku x syg swk nih… bila lagi aku nak tgk org jatuh banyak macam tuh…  kat swk ni lah pecah rekod… huhuhuk…. series x penah aku tgk tarikan graviti sepelik mcm ni skali...

Esok pagi2 dah ramai berdiri depan surau…. Sesi peluk2 n say bai2 kat family angkat yg banyak berjasa selama beberapa hari nih…  makseh lah mak angkat pak angkat sebab beri layanan first class kat aku n bespen aku nih semasa menginap di rumah mereka… time kasih lah bwk aku p warung ABC dia kat kampung.. n tu lah first time aku pusing mesen ABC tu dalam idup n buat ABC sendiri… bes oo ABC aku… first time aku naik bot kecik… ee takut….  Dan first time  dalam idop aku p pancing ikan… walopon sekor ikan pon x dapat aku tangkap tapi hepi mengalahkan orang dapat tangkap ikan jaws… har har.. mungkin ikan ikan kat sungai tuh segan ngn aku la aku rasa.. n first time aku nampak udang galah besar gedabak sekor penuh satu kuali.. bapak angkat aku tangkap khas utk aku yang ngengada nih.. hihi… n first time aku mandi kat toilet pintu dia magik boleh angkat tutup lagu tuh.. n first time jugak aku rasa nak nangis kuat2 sbb x lama lagi I will say good bye to everybody... my family n my frens.. n my homeland Sarawak…. Tempat jatuh lagi di kenang.. ini kan pulak tempat kawan sendirik jatuh….. huwaaaaaa….

Ntah macam mana time ramai2 ngan mak bapak angkat, ketua kampong.. tok siak  dan 1 kampung  yang keluar hantar kitaorang.. tiba2 datang kawan aku ckp yg incik bos nak ambik gambar ngan aku…  biar betik…  tapi yg kelakar nye aku x cakap banyak terus p kat tempat incik bos n posing… .. bhahaha.. lagi kelakar  (kelakar ker?) kamera yg nak ambik gambar tuh rosak…. Berapa kali 1,2,3 senyum daa…  dari sume org x pasan.. jadi sume org pasan n pandang kat aku dengan incik bos yg tengah posing macam kayu tuh… hihi…. Malu ok…. Malu kat mak bapak angkat dan rakyat2 jelata sekalian… ntah dah masuk 1,2,3 senyum yg kali ke berapa ntah baru lah terakam gambar aku dan cik bos akhirnya…. Malu jgn ckp lah… hehehe…

Bila dah naik bas n bas pun bergerak.. teringat balik kwn aku yang panggil aku ambik gambar tadi bagi 1 berita terkini hiburan x lah sensasi mana… dia kata yg incik bos mintak maap ngn aku sbb dia x dapat balik sekali… n pass kad buatan sendiri incik bos kat aku.. Di pendek kan citer lagi sebab aku dah nak kena bangun n solat nih…  campur dengan ketaklaratan aku nak tu taip  citer yang dah berkajang2 pak malau kajang berlipat nih…  aku pon bukak kad incik bos tersobut dengan perasaan marahnya…  nak tau kenapa aku marah.? Ha ni antara sebab2 aku marah:

  • Sebab pertama: incik bos sebenarnya x payah mintak maap ngn aku pon pasal x leh balik sekali.. sebab aku bukan ada apa2 pon ngan incik bos.. tapi kalo incik bos nak mintak maap sgt pon .. incik bos tolooong la ckp sendirik

  • Sebab kedua: kenapa incik bos x balik…… y? y? huhuk.. marah nih… marah….

  • Sebab ketiga: ntahlah aku dah x ingat.. aku ingat sebab 1 n 2 jer


Jadi dengan perasaan marah yang meluap2 tuh aku pon bukak kad tuh…  ntah mcm mana dari marah terus rasa sedeh giler tahap kasim selamat ngn combi time hujan ribut  kat scene terakhir lepas mata buta lagi sekali sebab kena cucuk ngn garpu… punya sedeh sampai aku nangis non- stop 10 jam weii  lama tuh  straight dari bintulu sampai kuching…  series lama aku nangis… naseb bek x jadik kasem selamat gak…. Huishhh naseb….. hihi…

 x tau la nape aku perlu nanges utk incik bos aku yang garang tuh…. tapi yang confirm time aku balik ke semenanjung tu aku balik dengan separuh hati dah tinggal kat Sarawak… J

Itu lah dia.. kita hanya mampu merancang… merancang untuk menggulingkan kuasa.. merancang nak boikot.. merancang x nak turun meeting 1 semester…  merancang nak pijak kasut…  tapi Allah is the best planner….

Hish.. kan aku dah kata aku nak tulis citer nih sampai  3 juta patah perkataan… J So, sempena ulang tahun anniversary aku yg ke- 6 dengan lelaki yang aku pernah plan nak gulingkan dulu.. Lelaki yang aku rasa nak pijak kasut dia kalau boleh.. lelaki yang x pernah senyum dengan aku dulu.. x pernah ambik kesempatan dgn aku ..  my only ketua… my presiden… my tulang rusuk.. my soul mate.. n the father of my two wonderful sons…. Thank u abang…. Thank you Allah…  May our marriage remains till jannah… Love u syg… J


Ok … aku nak p sembahyang…. J



      
             

             Ini adalah roti 25 sen yang di maksudkan itu…




                                                    Ini bukan lah incik bos yang di maksudkan..



Ni antara kerja kerja yang incik bos suruh buat... ada beratus-ratus lagi .... sume aku simpan.. mana tau aku nak buat report polis...


Di sebabkan meeting kadang2 tu ambik masa terlalu panjang, terpaksa lah aku mengisi masa lapang dengan menyalin nota dan mengulangkaji pelajaran cara2 membuat kek pisang. 
Ini dinamakan multi-tasking.



gambar retro ok... 



Gambar di ambil semasa hari kejadian posing macam kayu depan surau sebelum bertolak ke Kuching. Motip tutup muka tidak di ketahui.




                  Gambar depan kad buatan sendiri incik bos. Takde di jual di mana2 kedai runcit




                                             6 tahun selepas hari kejadian posing macam kayu depan surau.

                                                                               
                                                                         
                                                 tambah lagi 6 tahun selepas itu...


Wasalam..




Tuesday 1 January 2013

Ahlan Wa Sahlan 2013


                                                          
  

                                                                  Assalamualaikum


Banyak peristiwa suka duka yg kita dah lalui selama 365 hari utk 2012… untuk 365 hari 8765 jam 525949 minit 31,556,925.9747 saat apa yang dah aku lakukan…? Untuk aku 2012 adalah taun yg penuh ujian kesabaran … macam2 happen utk 2012 …. Rasa nak ambik tisu 3 kotak pun x cukup…..  untuk 2012 masuk kluar klinik n hospital dah macam pegi Tesco ngan Giant beli barang rumah.. eksiden pun dah xtau berapa kali eksiden dan macam macam lagi ujian minda.. ujian fizikal.. ujian emosi.. ujian hati.. ujian perasaan.. ujian iman…. Kadang2 rasa macam nak jatuh sangat2…. 


….. terima kasih sahabat2 yang  banyak membantu… menarik tangan ketika jatuh… mendengar ketika aku berkata… berkata ketika aku perlukannya… 
… Terima kasih Ya Allah… kerana masih mengizin aku berjalan di bumi mu…..

Bak kata seseorang bijak pandai; hidup mesti terus berjalan. Tidak boleh menyerah,. Mesti menjalani hidup dengan penuh tanggung jawab… Jalan terus ke hadapan…. 


2013 plz plz have mercy on me…. Ya Allah bantu lah aku…. Bantu lah kami…. Bantu lah saudara2 kami di Gaza, Syria dan seluruh dunia yang memerlukan bantuan Mu ya Allah… Kau hantar ujian… Kau hantarlah juga bantuan Mu ya Allah… 



Semoga hati kita semakin kuat… iman semakin kuat.... … Good Luck everybody.. Have faith in Allah… Jom kita harungi 2013! :)