Wednesday 31 July 2013

Cerita Bulan Puasa: Kisah Aku, Dia, dan Mangsa kejadian

Assalamualaikum..

Back to zaman lampau di suatu malam di bulan puasa yang gelap kerana blackout.. aku dan umiena yang merangkap sahabat  baik aku tu dan merangkap PA dan  merangkap pengakap sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat terawikh di dalam bilik. Walopon time tu pun dah agak lewat.. dah pukul 11 lebih dah pun.. tetapi seperti yang selalu di ingatkan oleh ustadku di sekolah dulu..fadhilat solat terawikh haruslah di kejar kerana ia hanya datang  selama sebulan dalam setahun iaitu hanya ada di bulan ramadhan yang mulia sahaja wahai rakyat2 jelataku sekalian.. eceh

Hari tu weekends jadi keadaan kampus malam tu pung agak2 sepi dan lengang sebab ramai students yang balik berbuka puasa di umah saja… yang tinggal pun mostly hanyalah students yang sebatang kara yang mana ayahanda bonda serta haiwan ternakan adalah berada jauh di perantauan .. sobs! tsk.. sedeh ok.

.. Dan aku masih ingat suasana sememangnya agak suram malam itu..

Di sebabkan blackout malam tu.. maka adalah lebih afdhal untuk aku bukak jer la tingkap bilik yang menghala ke hutan hujan tropika kat belakang blok 4 aku tuh supaya cahaya bulan penuh malam tu masuk terus ke bilik.. 

sapa yang masih belum mengenali tempat belajar aku dulu  dengan dekat boleh la tekan kek bawah nih.


Sebelum start solat.. seperti biasa soalan wajib untuk aku tanya dekat member sebelah saf time tu ialah samaada rambut aku ada yg terkeluar dari telekung ataupun tak..
maybe time tu tengah perasan yang remos aku macam remos Elvis Prestley

Walaubagaimanapun.. malam tu x lah seperti biasa…
soalan feveret yang aku slalu tanya tiba2 jer hari ni tiada balasan yang aku dapat..  memang  xde respon lansung dari kawan aku nih yang berdiri tegak macam tiang letrik dekat sebelah aku nih. Bukan kata xde respon maupun mengeluarkan sebijik perkataan.. pandang aku pung tak.. Memang senyap dan sunyi. 

 Memandangkan soalan aku tadi tu tak di jawab jadi aku pun ulang balik..  “ada, nampak rambut x?

Dan aku pun dah start merasa kompius sebab masih xde respon lansung..  kawan aku nih masih berdiri tegak sambil kepala tunduk ke lantai..

suram ok malam tu.. dah la bilik gelap.. dari luar tingkap boleh nampak cahaya bulan dari celah –celah pokok kek hutan belantara hutan hujan tropika belakang bilik.. Suasana bilik memang senyap xda bunyi..  Tambah suspen ada pulak sorang pompuan berdiri tegak pakai telekung putih  dok senyap keras macam tu.  Tolongla merasa suspen seperti yang aku rasa time tu..

Jadi untuk menghilangkan rasa suspen yang mula menguasai aku.. aku pon berani berani ayam untuk tanya lagi untuk kali ke tiga..

 ‘er.. Nampak rambut x..?

Sememangnya dah xde soalan lain yang aku boleh compute bila dah start keadaan suspen macam ni.. nak tanya pasal keadaan cuaca ker.. masalah ekonomi ker.. masalah harga ayam naik ker.. sume dah xde dalam pemikiran aku time tu.. maka pasai nampak remos elvis presley jer la  soalan yang paling relevan yang dapat aku pikirkan ketika berada dalam keadaan yang segenting itu. 
susah ok nak mereka soalan dalam keadaan suspen.

Di sebabkan soalan aku yang kali ketiga itu pun masih jugak xde respon lansung dari pompuan bertelekung putih depan aku nih.  Dok keras macam tu jer...sambil dok pandang bawah lantai dari tadi.. Jadi untuk mengawal keadaan yang sudah pun tak tenang.. Aku pun apa lagi terus pegang dua2 lengan badan sahabat aku tuh yang merangkap PA dan  merangkap pengakap dan merangkap  perempuan telekung putih yang dok berdiri  keras depan aku tu  sambil menggoncang2 badan dan memanggil nama dikau sekuat hati supaya dikau kembali ke alam nyata yang fana ini dan pulang ke pangkal jalan.

Namun perbuatan  aku tu hanya menyebabkan  perempuan keras  telekung putih ni tiba2 jer bergerak dan slow slow mengalihkan pandangan  dari bawah dan dengan penuh slow dan stail.. pandangan itu berhenti terus ke muka daku sambil tangan pun secara slow motion dok letak kat leher aku nih.. 
uish seram dan stail sungguh.

Cemas ko jangan citer la time tu.. wa rasa nak terkucil jer. Boleh pulak ada perempuan keras  telekung putih nak  cekik orang bulan2 posa nih.. memang ngada-ngada betul la.. macam la xde bulan lain nak buat aktiviti seram macam nih..  Dan memandangkan kegelabahan aku yang dah melebihi tahap normal..  nak lari pung dah xde can dah.. sebab leher dah tersekat kat  tengah2 tangan perempuan keras  telekung putih nih.. maka apa yang aku dapat buat time tu apalagi haruslah aku mengambil langkah yang paling drastik sekali iaitu menjerit sekuat hati..

AHHHHHHHH….ahhhhhhhh…ahhhhhhhh…ahhhhhh

.. arr lebih kurang macam tu lah jeritan daku pada malam tersebut.. yang mana superman kalo dengar pun kompem cuak nak pegi rescue.. thehehe..

Di sebabkan jeritan yang sekuat hati tu..  baru lah perempuan keras  telekung putih ni insap sikit.. rupa-rupanya sajer jer  dikau plan nak buat wa cemas malam tuh .. almaklumlah orang jiwa sepi jauh dari ayahanda bonda  serta  haiwan ternakan ni memang suka buat pekara-pekara yang menyalahi undang2  untuk mengisi masa lapang..

Namun di sebabkan jeritan daku yang padu itu telah menyebabkan perempuan keras  telekung putih tu pulak yang panik.. dan dalam banyak2 pekara relevan yang dia boleh kaitkan dengan jeritan aku nih.. boleh pulak dia suspek akan kewujudan antu sedang berdiri kat belakang dia yang mungkin aku dah nampak sampai menyebabkan aku menjerit sakan macam tu sekali..
hoh..?

Maka untuk memeriahkan suasana.. kawan aku merangkap perempuan keras  telekung putih tu  pun join sekaki menjerit secara berjemaah dengan aku sekali.. sebab dia pulak ingat ada antu yang tunggu masa jer nak ngap dari belakang.. eii kamon la.

Dan sambil menjerit boleh pulak ko lupa yang tangan dikau masih di leher daku..  dan bila dah kono sampuk macam tuh.. haruslah semakin kuat dikau mencekik.. sikit lagi aku nak menjadi mangsa korban kezaliman malam tu..  memang sedeh arr macam nih.. ni lah yang di katakan harapkan pagar pagar makan padi.. ha macam ni lah.

Dan disebabkan daku dah kena cekik secara zalim.. jadi  nak tak nak makin kuat lah aku jerit…

Ahhhhhhhhh…ahhhhhhhhh…ahhhhhhhhh.. nasib baik suara aku sedap

Dan ditambah..

Warghhhhhh…Warghhhhhhh…Warghhhhhhh…  sore dari perempuan keras  telekung putih pulak yang x berapa nak soprano tuh.

Sangatlah memecahkan kebuntuan malam yang sepi ok. Hihik. Memang kekurangan kasih sayang la aku rasa depa duaorang nih

Di pendekkan citer… Aku dan kawan aku ni akhirnya tersedar sendiri setelah menjerit untuk seberapa ketika tanpa sebab. Dan bila saja aku dan kawan aku ni berhenti menjerit .. boleh plak kwn aku ni  tanya aku nape lar aku menjerit tadi..

Aik.. dah la dikau yg membuat roleplay seram sebabak tadi.. pastu boleh ada plak scene cekik cekik leher orang.. lagi mau tanya nape aku menjerit…
Try ko letak orang cekik dikau di malam malam buta dengan berkain putih di bawah bulan purnama.. tgk macam mana ko menjerit ke tak….. hei la kalau x di ikutkan aku yang berada di dalam bulan remadhan yg mulia.. mau jer aku piat telinga dikau laju2..

.. Dan bila aku plak tanya naper plak dia menjerit.. dia kata dia ingat aku jerit kat antu belakang dia dan rasa dah xde can dah untuk dia nak lari nyorok bawah katil.
Itulah kan wa dah kata.. What you give u get back...

Di pendekkan lagi cerita yang x berapa senonoh ni.. aku dan kawan aku yang bertuah teramat amat tu pun terus dok melepak sekejap kat atas katil berhampiran.. penat weyh menjerit x tontu pasal nih.. haruslah kono cari tenaga balik nak start balik ke tujuan asal nak buat solat terawikh tadi tuh.. memang suci niat asal tu..
Tiba2 dalam sayup2 baru aku perasan.. ada pulak suara orang menangis dekat dalam sudut katil  tuh..

Dalam gelap2.. mak ai baru aku teringat.. sebelum aku nak solat tadi.. member daku yang tomei2 tiyut2  slim2 dari blok 2 yg aku panggil Yak  ada datang ke bilik..   Disebabkan aku baru jer nak solat.. aku soh dia lepak atas katil dulu sambil tunggu aku abis menunaikan solat terawikh…

Dan paling aku simpati.. thehehe..
Yak ni adalah sesungguhnya sorang insan yang sangat berjiwa murni dan amat sensitip dengan citer citer berunsurkan seram.. jadi time dia dok tunggu dengan aman atas katil tersebut maka terdengarlah dia sume scene2 seram menjerit x tontu hala dari aku dan kawan aku tadi tuh..

Jadi memandangkan aku baru teringat kawan aku si yak nih.. maka di malam yang gelap.. haruslah aku meraba sajer untuk mencari yak dia atas katil itu.. bayangkan jer lah 2 orang bertelekung putih sedang merangkak perlahan2 diatas katil.. JU-on pun x lah seseram seperti scene di atas ini ok.

Dalam gelap2 tu akhirnya dapatlah aku terpegang kaki si yak nih.. maka apalagi si Yak nih pulak menjerit macam x ingat suruh aku lepaskan dia.. har har.. tulunglah bayangkan situasi pelik ini di minda sekarang. Memang sebijik terasa macam penunggu gua bila orang dah menjerit macam tu skali mintak aku lepaskan kaki dia…  ngahngahngah

Malam tu.. di akhiri dengan yak demam… thehehe..
sian yak.. memang la trauma kalo aku kat tempat dia... :)  kalo aku jumpa balik 2 orang nih.. memang aku piat piat telinga biar insap seumur hidup..  thehehe.. i lepiyu Yak!


Itu lah antara pengalaman daku yang paling pelik, aneh dan x senonoh sekali ketika di bulan remdan.. Citer pelik tapi benar yang terjadi ketika bulan puasa antara aku.. sahabat aku yg merangkap PA dan  merangkap pengakap dan juga sahabatku syg Yak yang x pasal2 menjadi  mangsa kejadian… 

Besar la harapan aku supaya kes2 ganjil macam ni tak lah akan berlaku lagi di masa akan datang kerana ia bukan sahaja menyusahkan jiran tetangga tapi ia juga adalah  aktiviti yang sangatlah tak mendatangkan faedah untuk di lakukan di bulan puasa yang mulia ini. Ye lah orang suruh pegi solat secara berjemaah yang aku pegi menjerit secara berjemaah memanglah sangat bertindak tidak mengikut arahan.. Apa-apa pun mintak maap la banyak2 kepada sahabatku Yak yang secara tanpa di sengajakan menjadi mangsa keadaan di malam ramadhan itu. :)

  *****************************************************************************

.. Dan sempena bulan ramadhan yang hanya tinggal berapa hari lagi. And we are already in our last 10 ramadhan.. Aku doakan semoga kita semua dapat mempertingkatkan amalan.. dan menjadikan ramadhan ini yang terbaik yang dapat kita lakukan.. Dan semoga terhindar dari perkara2 yang tidak senonoh seperti di atas..

Kepada ibu Norzatusy Hazwa Abdul Rahim takziah di ucapkan.  Semoga kuat dalam mengharungi ujian Allah ini dan sesunguhnya anda  tidak berkeseorangan kerana ramai  insan insan yang dekat dan jauh  walau yang tidak anda kenali berada di belakang mu berkongsi rasa sedih dan  menadah tangan untuk mu memohon supaya  anda sentiasa kuat dan tabah.
Syukur.. anak itu sudah terpilih untuk ke  syurga dan kita pula  yang masih hidup pun masih belum tahu nasib kita di mana.  


Tidak lupa doa dan solidariti untuk rakyat mesir yang sedang berjuang untuk hak mereka yang telah di nafikan.  Semoga perjuangan Dr. Muhammad Mursi tidak sia-sia dan menjadi titik tolak untuk melahirkan lebih ramai Muhammad Mursi di masa akan datang.

Untuk saudara saudara kita our bothers and sisters di Gaza , Syria mahupun  Myanmar dan semua pejuang di seluruh dunia , semoga di berikan kekuatan dan kesabaran untuk terus berjuang di bulan puasa bulan ramadhan dan bulan yang penuh dugaan ini.


Dan semoga kita semua termasuk antara mereka2 yang mendapat kebaikan di bulan ramadhan yang mulia ini. :)





walopon raya lambat lagi menjelma nak jugak kluarkan gambar raya..



   
Rakan-rakan seperantauan dahulu..
 yang tepi sekali yang pakai baju melayu kaler cekelet tu haruslah Presiden Kolej. 
walopon kecik tapi jiwa besar.
Cuba teka mana satu Yak... 




Yak wer raa yuu?




Alhamdulillah menerima kunjungan sahabat-sahabat yang datang bawak rezeki..
 wer ra yuu Yak?




ada kah Yak di sini?




 atau di sini?





Yay! at last..
inilah mangsa kejadian pada malam torsobut.
alolo tomei2 Yak.. 
Walopon  sekarang dikau bertapa di tepi bunga gergasi ini.. Tapi ingat pesanan daku nih Yak..
Jangan lupa terawikh Yak..



Ok
Selamat menggandakan usaha untuk mencari keredhaanNya di akhir bulan ramadhan ini...
Selamat berjaya!



Tenkiyu for reading
I lepiyu..
Tata!