Monday 23 December 2013

Popcorn dan Filem

Assalamualaikum..

Filem filem bergenre seram sememangnya takde la dalam senarai topten pujaan filem tontonan aku. 


Tapi entah macam mana jiwa aku macam terpanggil-panggil pulak untuk menonton filem Penanggal  masa filem ni di tayangkan di pawagam  baru baru nih... Dan bila aku baca preview filem ni boleh pulak sume orang seperti berpakat membawa berkat saje dengan memberikan ulasan yang good2 sahaja tentang filem nih.. dan itu menambahkan lagi keinginan aku untuk menghayati seni hasil tangan pertama Elly Suriati ini.







Kebetulan siang tu incik bos telah pergi bergumbira sempena Hari keluarga di Desa Waterpark bersama Hafidz.. dan aku pulak ditugaskan menjaga Qaleef di rumah sebab Qaleef kurang sihat. maka bila Incik bos balik malam tu.. aku pulak tukar shift kluar bersama PA merangkap jiran sebelah umah untuk ke Setia Alam Mall dengan niat membeli barang keperluan kerja. Sampai sana boleh pulak terjeling citer Filem Penanggal kat dinding.. dan sekali lagi aku seperti terpanggil panggil untuk menonton filem nih... tapi yang x besnya hanya tinggal tayangan midnite sahaja.. so di pendekkan cerite.. setelah mendapat persetujuan dari incik bos maka sampai jugak hajat aku untuk menonton citer berunsurkan seram seram sejuk nih.. 

Dipendekkan cerita lagi..
Filem ni bermula dengan starting yang bagus. Menyingkap kepada persoalan bagaimana Murni lakonan Ummi Nazeera mewarisi belaan syaitan dari neneknya.

Dan seperti biasa baru jer nak feel keseraman filem nih.. boleh plak aku terperanjat dulu dengan jeritan jiran sebelah kerusi merangkap PA aku tu sampai daku hampir-hampir nak terbalik dari kerusi sebab terkezut tahap boleh tercabut jantung dengan jeritan mu itu .. dan hampir hampir juga aku mengalami sesak napas sebab tangan mu itu boleh pulak hinggap kat muka nih sampai abis tertutup segala sistem pernafasan daku dan kabur terus penglihatan aku untuk seketika..
ces!..
wa baru nak feel tengok antu yg tiba tiba keluar buat Cak Wa! kat tepi perigi time fasha sandha nak mandi malam2 buta.... 

Dah la hampir hampir tercabut jantung.. muka pulak kena tekup dengan tangan..  pop corn kat tangan dikau tu pung abis tercampak lalu berteraburanlah dengan gerak perlahan jatuh ke atas kepala ku.. muka.. dan seterusnya baju ku itew.. 
apa la dosa aku malam tu... 

nasib baik ko pegang pop corn izra inna .. kalo ko pegang air kopi panas ke.. ko pegang durian ke.. ko pegang pokok kaktus ke..  ada jugak aku kena sambung tengok cite penanggal nih dalam ambulance..

Tapi walau apa pun yang terjadi.. despite of segala tragedi pada malam itu.. aku sangat-sangat lah berpuas hati dengan hasil kerja Elly Suriati nih. Kredit dan pujian harus di berikan kepada cinematography  yang sangat artistik dan indah. Setiap sudut, mainan cahaya dan warna punya bicara yang sendiri.. even air mata yang mengalir dari hujung mata Murni (Ummi Nazeera) di bawah sinaran cahaya bulan di realisasikan dengan penuh jiwa dan tanpa sedari jiwa aku pun turut sama merasai kesepian dan kesengsaraan Murni sebagai pewaris 'harta' yang tidak pernah di impi kan nya itu.. 
lupa sekejap daku pada pop corn yang berteraburan di atas kepala ku tadi.. 

Pemilihan lokasi dan props filem nih pun sangat lah sesuai dengan tema genre seram untuk setting tahun 1930. dan thumbs up untuk efek make up antu yang cemerlang. Memandangkan yang aku nih memang tak la minat sangat  dengan cite2 berunsurkan seram sabtu ke.. seram jumaat kliwon ker.. seram raya ke.. maka citer nih aku tengok dalam sudut arts- nya.. tapi kalo nak tanya jugak seram tak citer nih.. haruslah aku kata seram..

Bila citer abis.. jam dah menunjukkan pukul 2.30 pagi.. aku sempat pesan kat PA aku supaya jangan jalan ikut short cut.. pakai jalan biasa.. memandangkan jalan shortcut tu akan lalu kawasan kampung.. dan ada satu part di jalan tu agak sunyi keadaannya..  maka akan agak2 seram la untuk melalui jalan tersebut di waktu jam 2.30 pagi.. berdua pulak tu.. dah la lepas menonton cite antu penanggal pulak.. menonton citer antu tadi pun tak la seseram memandu di kawasan itu pada waktu tersebut aku rasa..

Tapi macam biasa.. PA aku nih memang degil orangnya... aku kata jangan jalan shortcut pakai jalan biasa.. dia dengar aku suruh dia pakai jalan biasa iaitu jalan shortcut.. sabar jer lah mak. 
time tu aircond kat kete pun macam dah tak rasa.. berpeluh pulak rasanya sepanjang perjalanan.. hihik.. dengan takde lampu jalan..di tambah dengan kawasan jalan kampung pukul 2.30 pagi.
mak ai  seram pulak rasanya.. 

Jadi untuk menghilangkan rasa seram seram sejuk aku tu maka aku pun bawak2 lah bercerite.. macam2 story aku bukak.. dari pasal isu semasa.. cerita pasal arts .. citer pasal filem lord of the rings.. citer pasal tajuk tesis PHD pon ado ..

tapi akhirnya TETAP gagal kerana PA aku ni nak jugak mengulas akan keseraman citer antu tadi tu.. ada ka patut time tengah kat jalan kosong.. hanya lalang tinggi yang dok bergerak2.. sunyi dan gelap pulak tuh.. time tu lar dikau dengan penuh curiosity bertanya kenapa antu penanggal tu nak makan baby dalam citer tu.. kenapa perempuan bersalin tuh menjerit.. dan kenapa suami dia keluar tinggalkan wife dia kan dah kena makan ngan antu.. ah macam tu lah lebih kurang soalan yang bertalu2 di malam yang sunyi di tepi jalan yang gelap pukul 2.30 pagi ketika daku baru sahaja menonton cerita Filem antu bertajuk penanggal.. kalo boleh aku jawab segala soalan itu dengan bagi sedas atau selepuk. nak jugak aku buat.. tapi memandangkan aku hanya ada dikau sahaja buat peneman aku yang keseraman tika itu..  maka aku relakan jer la.. 

Dan penat jugak sebenarnya aku buat signal suruh stop dari terus bercakap pasal antu2 nih dari awal perjalanan balik.. nak tukar citer lain pun tak dapat jugak.. siap buat signal rolling mata sampai nak terkeluar bijik mata daku pung dikau tak paham2 jugak..  tengkuk pung dah start meremang.. tapi dikau masih jugak nak bercakap dan membuat ulasan seram dikau tuh..
 apa la dosa aku malam tuh sehingga aku di perlakukan sebegitu roper...

Alhamdulillah sampai jugak aku ke rumah malam tuh.. 
Esok pagi pandai pulak dikau mengadu yang sepanjang perjalanan dalam kete tu rupa rupanya dikau tidak henti2 meremang bulu roma dan berdebar debar n berasa penuh kerseraman sepanjang masa.. 
malas pulak aku nak bagi komen time tuh.. mata  berpinar buat rolling mata bagi signal tak jadi malam tadi pung tak abis lagi..

Ok abis citer aku.. sapa-sapa yang belum tengok citer nih.. dan ada astro kat umah.. atau kat umah jiran sebelah.. boleh la menonton citer nih kat Astro first.. dan sapa-sapa ada bespren macam bespren merangkap PA aku nih plak.. jangan bawak bespren anda itu untuk tengok midnite movie citer seram.. kalo bawak pun jangan sesekali beli kan  pop corn.. Ingat pesanan aku nih.




Visual efek yang sangat berseni.



Finzham itu ante funye kerita vuleh kah ente? 
ana mau bawak yalan yalan itu sekitar kuala lumfur lah.. 
kata ku kefada Syed Yusof..




Tenkiu for reading ya to all my sayangs!

Tuesday 17 December 2013

Sweet November


Assalamualaikum..

Dalam banyak-banyak bulan mengikut kalendar Gregorian.. bulan November adalah bulan yang paling aku suka.. 

Bulan November bagi aku adalah bulan berlakunya banyak momen yang bes bes dan indah-indah belaka.. 

Walaupun keje-keje aku masih banyak dan botingkek tingkek di bulan November... 
dan sume jalanraya di kolumpo nih masih lagi sesak seperti biasa.. 
dan Federal Highway.. Duke..NKVE  pun masih juga tak insaf-insaf dengan jem manjang .... 
dan askar-askar mummy Hafidz n Qaleef masih jugak tak abis-abis bersatu hati dan tenaga untuk memporak perandakan rumah sesepahsepahsepahnya... 
dan duit kat bank pun masih juga seperti bulan2 sebelumnya..belum cukup sejuta lagi..

TAPI... 
Tapi ya tuan2 puan2.. 

Bila masuk bulan november jer.. sume bergerak perlahan sepoi sepoi bahasa dan indah jer bagi aku...  bunga bunga sakura pun (err mana datang sakura nih.. muahaha) macam jatuh perlahan lahan jer depan mata... angin bayu pun lembut jer mendamaikan hati sambil mengiringi alunan lagu si Christina Perry ni yang dah macam nyanyi Live ok siap dengan strings orchestra kat telinga nih... dan time November ni la kalo trap dalam jem beratus ratus kilometrico pun boleh senyum-senyum lagi sambil angkat kening kat kete sebelah... anak berperang buat sepah rumah pun rasa macam nak offer pulak bilik lain kasi diaorang  buat sepah sekali... bila November makan maggie pun rasa macam makan beefsteak..
ah indah betul November....

Bulan November sebenarnya adalah di mana aku akan menjamak kan semua birthday-birthday rakyat-rakyat jelata daku semua kerana November adalah bulan penutup untuk segala birthday birthday dalam family aku... 
Bermula dari August birthday Hafidz.. September Qaleef.. Oktober Daddy diaorang n November pulak adalah birthday aku.. yay!.. so kalo ada mana2 birthday yang tertinggal  di bulan2 tersebut jadik senang citer aku jamak kan jer lah time November nih... 
ini dinamakan ekonomik kata P.Ramlee.. ekonnomik tu sila buat dengung idgham maalghunnah sebab ada sabdu di situ.. 
dan bab bab ekonomik nih memang amat amat aku suka dan gemari...  

Paling bes tahun nih.. Di bulan November jugak.. Hafidz telah berjaya Yay! grad dari Pesantren Little Caliph after tiga tahun jadik pelajar yang berdedikasi siang malam tak tdo study baca buku di bawah sinaran lampu minyak tanah.. eceh.. 

Dan di bulan November jugak adalah bulan di mana incik bos telah berikrar dengan machanya dan dengan sekali nafas dan penuh keyakinan di depan ayah bonda..datuk.. pakcik.. makcik.. kakak.. abang.. bayi..sedara mara.. sahabat handai dan seluruh orang orang kampung pening lalat... dan tak lupa juga di hadapan tok kadi misai melintang yang garang jangan cakap la kalah cikgu matematik  time sekolah menengah dulu... untuk berjanji menjadi pemimpin aku insyaAllah dunia dan akhirat... (sila baca dengan sekali napas.. kalo gagal sila cuba lagi tahun hadapan..

Ahamdulillah tahun nih adalah tahun ke-7 perkahwinan..  yang indah perjalanannya.. walaupun ada ups n downs.. tapi sume tu aku jadikan sebagai pengalaman hidup yang mahal harganya yang tak boleh di tukar ganti dengan apa2 sekali pun.... 
Dan walaupun dah mencecah angka 7.. true colors incik bos sume pun dah dalam poket doeramon aku.. tapi banyak lagi perkara yang aku masih cuba memahami insan yang bernama incik bos ini merangkap suami dan merangkap ayah pada dua worang hero Hafidz n Qaleef..

Dan incik bos tetap incik bos yg aku kenal dulu.. selalu layan aku dengan baik macam dari hari pertama aku kawin tak berubah sampai sekarang..
alhamdulillah...  Selama 7 tahun nih incik bos memang pandai ambik ati..  ader jer nak puji dengan macam2 perkataan yang manis manis belaka... nasib baik tak kena kencing manis... walaupung time tuh aku baru jer bangun tdo rambut mengerbang muka sembab saling tak tumpah macam kak Limah jiran sebelah umah awie.. tapi itu pon masih mendapat pujian jugak.. harhar... 
terima kasih la sygku.. kadang2 aku rasa incik bos ni dah rabun agaknya dan mungkin kata-kata itu adalah dusta semata2 dan sekadar mulut manis sajer.. 
tapi walaubagaimanapung.. mulut manis ker apa ker aku sebenarnya amat amat amat amat menghargai segala perbuatan dan kata2 manis itew.. ewah.. 



Di suatu hari di bulan November










Cak! 
kad birthday dari Hafidz.. Qaleef n Umiena.. untuk mummy
siap cover dengan shawl  nak kasi mummy terkezut ler tew..
alolo tweet sgt..








Uih limited edition nih.. 
gambar hero mummy pon ada kek kad saiz gergasi nih..
 takde di jual di mana2 kedai runcit harap maklum








Ok ketepi ketepi sum orang-orang kampung sekalian..
bagi can ketua kampung ngan  wifey pulak  nak posing..





Orang2 kampung tiba tiba menjadi naik hangin dan
 hampir hampir melakukan tunjuk perasaan
 kerana tidak di jemput untuk posing bersama



mak ai.. ini memang kemarahan yang teramat sangat nih..
 nasib baik ketua kampung sempat membawa wifey menyorok di bawah meja sambil makan nasi  beriani kambing ketika kekecohan berlaku..




Orang-orang kampung yang kemarahan sedang mencari ketua kampung dan wifey..
Uish nasib baik sempat menyorok..




Landing kejap...
 ketua kampung dan wifey masih tertrap di bawah meja...
kensel nak tambah sepinggan lagi nasi beriani..
sedeh arr mcm nih..



Cubaan orang kampung untuk pura pura tdo..
ala trick tu ketua kampung dah pakai dulu..
sila carik trick lain ok..
 kata ketua kampung dari bawah meja..



Sian Pak Kalip nih
 penat carik ketua kampung tak jumpa2..


Pak Mat pulak sempat azan sekali  dan Qamat sekali
untuk memberi keinsafan kepada ketua kampung yang menyorok dari tadi




akhirnya.. kemarahan orang-orang kampung reda setelah di sogok dengan galaxy note sebijik..






Yay.. birthday n anniversary cake mummy..
terkezut ok.. mihmihmih
 mummy balik toilet tgk sume dah kat meja...
tentiyu2





Birthday sapa nih...












Ok potong satu slice jer k... 
yang lain mummy nak awetkan pastu kasi masuk dalam frame..


nah makan ramai-ramai.. 
ingat orang somalia banyak yang tak dapat makan.. 


Can I have some more mummy? .. kata qaleef...




Nah makan ni jer... kata mummy..


ngan yang nih... 



Up sikit satu gambar family..







mummy memang suka tengok cite koboi dulu2..
tu yang manjang posing kluar pistol tuh..
sila paham perasaan mummy yang berkobar kobar ni yer rakyat2 jelata sekelian..


Tenkiu sahabatku merangkap PA merangkap Umiena for d cake.. 
for everything... 
May Allah bless u... :)




Alhamdulillah.. all end well for November.. semoga aku berkesempatan lagi di berikan nikmat umur oleh Allah taala untuk berjumpa lagi November tahun hadapan...
Terima Kasih ya Allah untuk pinjaman umur... rezeki mu... keluarga.. suami dan anak2 yang membahagikan hati.. dan di kurniakan sahabat sahabat yang baik... alhamdulillah...
Good bye November 2013! hope to see u Next year!
  






Thank u for reading to all my sayangs... Tata..!