Monday 9 June 2014

I cannot Brain this


Selain daripada van sapu dan bas awam… kapal terbang juga adalah salah satu transportation utama ketika aku masih menjadi student di  UITM Sarawak dulu..

Memandangkan dulu takde la banyak sangat pilihan macam sekarang.. sebab takde lagi Airasia, Firefly mahu pun Malindo.. maka MAS  merupakan antara airlines pilihan dan pujaan terpopular di kalangan pelajar pelajar untuk balik ke kampung halaman mereka terutamanya untuk pelajar-pelajar dari semenanjung mahupun Sabah. 
Bes oo naik Mas.. makan sedap.. tido nyenyak.. bantal jangan cakap la.. bes sangat macam tido atas dunlop pillow.. stewards n stewardes nya plak sudah termaktub sememangnya semua ensem ensem dan cung cung belaka sahaja..

Dan dalam banyak2 time aku fly naik turun naik turun flight Kuching – JB time tu.. ada lah satu time tu yang ceritanyer harus aku ingat sampai bila-bila..

Hari tu macam biasa aku lambat sampai ke airport.. namun itu adalah perkara biasa kerana kelambatan dan aku sememangnya berpisah tiada.. 
Memandangkan sipi jer lagi kaunter penerbangan untuk ke Jb akan di tutup..  maka sebaik sahaja terjun dari teksi.. aku dan PA aku si Izra Inna pun terus menekan minyak gear 5 dan membuat larian paling laju dalam dunia dan terus ke kaunter penerbangan  dengan harapan semoga tak lah  terlepas flight hari tu.. 
Sebab mak aku ada berpesan dahulu.. terlepas perahu boleh di undur.. tetapi terlepas flight buruk padahnya.. 

Alhamdulillah.. walaupun sipi sipi jer nak terlepas.. tapi tak lepas pung sebenarnya.. tak sia-sia aku dan Izra Inna gigih berlatih membuat pecutan larian marathon untuk ke kelas setiap pagi.. rupanya berguna juga latihan itu akhirnya time nih..

Jadi dengan kelegaan yang teramat sangat.. aku dan Izra Inna pun berlenggang lenggang kangkung pula ke kaunter passport.. almaklumlah aku nih kan pelajar dari seberang lautan. Ewah.. maka passport bagi aku adalah wajib di sisi undang undeng Malaysia..

Namun, kelegaan itu rupanya hanya sementara..  bila abang kastam tu mintak passport masa tu.. baru aku teringat time tgh huru hara nak cepat tadi.. passport aku tu aku dah masukkan dalam poket beg hitam yang jugak dah selamat boarding dalam perut kapal terbang..

Maka nak tak nak.. terpaksa aku declare yang passport tu dah ada dalam perut aku.. eh bukan.. passport tu dah ada dalam perut kapal sebenarnya.. sedeh jangan ckp lar ok.. 
Kalau ikut kan ati.. Nak je aku pura-pura inesen time tu n buat citer yang ada seekor kucing yang telah mencuri passport aku ketika dalam perjalan aku ke airport..  
sempat aku dengar abg kastam ckp yg kalau takde passport maka xde harapan la aku nak balik ari tu.. kensel nak makan nasi lemak sedap ngn air fresh orange kat atas kapal terbang..

Dan dalam sedeh sedeh tu.. aku nampak abang kastam tu dok call sana sini… ramai pulak yg datang soal siasat aku ngan PA aku lepas tu.. sampai takde can daku nak mengeskpresikan kesedehan yang hampir2 nak kono tinggal flight tuh.. namun last2 ada sorang abang kastam tegur aku.. dan bagitau yang aku dan Izra Inna akan di bawa masuk ke perut kapal untuk misi mencari beg bertuah aku tu..

Walaupun aku selalu berangan nak p jenjalan.. tapi jenjalan ke dalam perut kapal terbang memang tak pernah plak aku terpikir sebelum nih… rasa takjub pulak kepada diri sendiri…

Maka dengan menaiki buggy.. aku ngan Izra Inna di bawak terus ke dalam perut kapal terbang yang penuh dengan beratus ratus beg yang nampak lebih kurang sama jek.. harhar.. 
TETAPI  itu tak jadi masalah kerana dengan menggunakan mata Ultra Ungu X-ray si Izra Inna tuh.. kami akhirnya berjaya menjejaki beg bertuah itu dalam beberapa saat sahaja… Yay! 
kalau nak harapkan mata aku nak cari beg tuh.. mau makan tahun baru jumpa agaknya..  harus beruban la sume orang yang dok tunggu aku time tuh.. Tapi itu tidak akan terjadi jika Izra Inna ada bersama anda...kerana aku sebenarnya memang dah suspek sangat sangat dah dari dulu yang Izra Inna ni memang ada gene superhero.. dah la lari laju… mata terang.. hidung mancung plak tu..  pendek kata memang sangat super la si Izra Inna nih.. 
agaknya kalo tampar orang pun..  aku rasa orang yang ditampar itu pasti akan bertukar menjadi buaya..   


Jadi berbalik pada citer aku tadi.. bila dah jumpa passport bertuah tu.. kami pun di bawak balik n bergegas la aku dan Izra Inna ni berjalan menuju ke kapal terbang yang telah berjaya di-delayed kan itu… sobs! maapla sangat sangat sangat wahai rakyat-rakyat jelata kapal terbang sekalian….

Rupanya lama jugak la kapal terbang tu tunggu.. kru kapal siap buat announcement yang kapal terbang ni sebenarnya sedang menunggu dua budak bertuah tak reti bahasa yang sedang dalam perjalanan untuk mendapatkan passport mereka  yang telah terlepas dalam perut kapal.. 
memang mengada sungguh budak dua org itu.. kalau aku kapten kapal time tu.. dah lama aku soh budak duaorang tu berdiri atas kerusi sepanjang penerbangan..

Tapi MasyaAllah... perkara yang memang aku tak expect lansung boleh la plak berlaku lepas tu..

Time dalam perjalanan menuju masuk ke dalam kapal terbang dengan penuh rasa bersalah di dada... aku perasan yang pilot kapal terbang dari luar tingkap cockpit itu sebenarnya sedang mengangkat tangan dan membuat isyarat thumbs up sambil tersenyum penuh mesra 1Malaysia dekat aku dan Izra Inna time tuh ..

and I really  cannot brain this sebab sebelum nih tak pernah pulak seumur hidup  pilot dari cockpit angkat tangan n nak fren fren time nak naik flight.. Tapi hari ni.. bila aku lambat... kapal terbang dah delay.. aku pon dah dah diselubungi rasa penuh dosa...tibatiba dapat pulak senyuman mesra siap angkat tangan lagi dari kapten kapal..
Dan walaupun I say I cannot brain this tapi dengan penuh keseganan dan malu2 kucing  sebab dah menyusahkan seluruh kru kapal terbang dan rombongan Cik Kiah tadi, aku dan PA aku tetap membalas dengan penuh lambaian ratu.. eceh..

sempat juga daku terasa terawang awangan di angkasa sebentar..

Dan bila tersedar dari perasaan yang perasan itu.. baru lah aku noticed yang rupanya para stewards n stewardes yang ensem ensem dan cung cung belaka itu juga sedang berdiri berbaris dan kemudiannya menjemput aku dan si Izra Inna yang sedang malu-malu kucing tu untuk masuk ke dalam kapal.. huahua…

Yang lagi menambahkan keseganan dan kekucingan ialah.. sambil aku ngan si Izra Inna nih berjalan masuk.. boleh la plak semua stewards n stewardes yang ensem ensem dan cung cung belaka itu bersepakat untuk berdiri dan menepuk tangan tanda sokongan yang tidak borbolah bagi kerana aku dan si Izra Inna nih telah berjaya mengharumkan nama negara sebentar tadi..  dan yang lebih mengharukan sampai rasa nak menangis tengok.. penumpang penumpang rombongan Cik Kiah tersebut pun turut bertepuk tangan jugak.. 
walaupun sebenarnya pegi perut kapal terbang jer.. tu pun sebab tertinggal passport..
tapi perasaan time tuh sebijik rasa macam angkasawan yang baru balik dari angkasa lepas setelah berbulan bulan lamanya dok kat angkasa..  harhar. I really really really cannot brain this ok..  .

dan ada jugak yang tepuk2 bahu aku masa aku lalu nak ke seat.. Seriyes ok, rasa macam dah buat jasa yang tiada tolok bandingnya kepada nusa dan bangsa jer tadi.... maka haruslah aku sedang ke-blushing-an dan keseganan tak tau nak kata.. tunggu masa jer nak nyorok bawah kerusi..

haha.. tak penah dalam hidup aku orang tepuk tangan dengan penuh gemuruh ramai ramai macam tu ok.. macam bes sangat lah aku nih .. ngahngah.. tiba-tiba hari tu boleh plak seluruh warga kapal terbang bersatu tenaga memberikan tepukan yang tak berbolah bagi plak dekat aku dan si Izra Inna tuh.. sampai ke pilot2 sekali membuat kejutan..

Dan sepanjang balik hari tu..  banyak kali aku pikir.. Eh bukan aku ke yang lambat… tak paham betul aku.. harhar..  Yelah time kita rasa memang kita dah kompem kompem nak kono lepuk sorang2… haruslah mak terkesima sekejap bila tiba tiba jer bertukar menjadi pujaan topten anugerah bintang popular berita Harian.. Hidup nih sememangnya penuh kekeliruan… hik

Apapun.. Plan aku nak makan sedap.. tdo nyenyak.. pakai bantal Dunlop pillow hari tu memang tercapai.. Alhamdulillah.. 
dan drama tak pasal pasal jadi fame fofular Rich n Famous sekejap tu kira bonus la hari tu..

Sampai airport JB.. mak n ayah aku pun dah lama tunggu..
sempat la aku citer kat mak aku lebih kurang pasal dua orang budak bertuah mana ntah yang buat kapal terbang delayed ari tu… hik..
aku angguk jer bila mak aku bagi nasihat supaya aku pun kena hati-hati.. ye lah kang jadi macam budak dua orang bertuah tu kan dah susah seluruh negara…  

…… J





Citer ni terinspirasi sebab hari tu pi airport nak jumpa kawan pi US.. tapi terlepas…. 
melepas peluang nak jumpa n hug hug.. sobs..






















 Muka duaorang budak bertuah  tuh adalah lebih kurang iras iras  macam nih la jugak ... 

 



 






Macam wa jer  yang nak p fly US.. Eceh! 




Sempat Qaleef mendoakan kesejahteraan dan keselamatan semua penumpang..










Ok
Thanks for reading ya to all my sayangs..

Tuesday 3 June 2014

Tips menangani Kesedihan dan Stress..

Emosi adalah ibarat langit.. sekejap hujan…  panas.. . taufan..

Sama jugak dengan manusia.. Kejap sedeh.. kejap hepi.. pastu sedeh balik… pastu hepi balik..

Dan ada jugak yg sedeh..  tapi tak hepi2 balik pulak lepas tu.. 
Jadi kalau ini berlaku kepada anda…  anda boleh lah mengikut beberapa tips di bawah yang sudah di jamin keberkesanannya oleh Lever Brothers.

Kawan aku kata antara cara menangani  rasa sedeh adalah dengan menonton wayang..  setelah ketawa berguling2 sambil makan sebungkus pop corn ketika menonton  wayang cerita komedi.. ada kemungkinan kesedehan itu akan berlalu pergi bersama pop corn yang  anda telan tadi.. Tapi kalau masih tak berkesan.. jangan putus asa.. beli lagi pop corn dan makan.. 



  
‘Bwahaha… This movie is soo the  kelakar!   mana pop corn aku weyh!  Wahaha..'
 kata Elizabeth tanpa merasa segan silu..                                        
 # seriyes, memang tak boleh buat  calon menantu si Elizebeth nih… kata seorang makcik di kerusi belakang.



Kalau rasa jejak langkah si Elizabeth ni kurang berkesan dan tak wajar di contohi oleh para belia 4B di kampung anda..  maka, ada  jugak yang kata dengan menjerit dengan kuat  juga antara satu cara untuk mengubat kekecewaan yang sedang bersarang di hati..

Caranya adalah dengan  menjerit di kawasan lapang dengan sekuat hati dan tenaga …  kemudian lontarkan suara itu sejauh yang mungkin… dan lontaran suara itu juga haruslah  kluar dari perut dan hati sanubari anda… barulah masalah2 anda dan segala kekecewaan anda akan hilang seperti mana suara anda yang akan  hilang itu..

Selain menjerit di kawasan lapang..  Jeritan itu juga boleh di lakukan di tepi laut.. atau pun di atas bukit.. tapi jika anda mahu masukkan sikit unsur budaya di Kawasan utara bolliwood .. setelah anda menjerit boleh la terus berguling2 dari atas bukit tersebut dan kemudian melompat terus ke atas keretapi dan nyanyi la sebuah atau dua buah lagu bersama2 segerombolan orang kampung..

                           



                     
Ha.. macam nih… tapi sebelum tu sila pastikan anda memang ensem berbanding yang lain untuk mengetuai tarian tersebut .. kalo rasa  tak ensem sila duduk di barisan belakang..          
                   

Tetapi kalau anda merasa langkah di atas kurang urban dan tidak ada ciri-ciri Eropah lansung..  anda boleh juga mencontohi  bagaimana  Julia Robert  mengatasi kedukaan hatinya seperti di dalam citer Eat. Pray .Love  pula..  Iaitu jika anda berasa sedeh.. pergilah dikau merantau melihat dunia ini…

 Macam Julia Robert nih.. mula2 dia pergi Italy dan makan sedap2 tiap2 hari sehingga bertukar saiz jean beliau kepada satu nombor ke hadapan..    

                      

                       
Ewah.. makan saja yer ko Julia Robert..  Mai sepinggan..


 lepas tu Julia Robert nih terbang ke India pula untuk belajar bertenang dan bersatu dengan alam.   Setelah kenyang dan bertenang.. maka singgah pula si Julia ini ke salah sebuah tempat popular di Asia Tenggara  iaitu Bali Indonesia. Di sini Julia Robert telah jatuh cinta pula dengan tempatnya yang indah subhanallah cantik tak terkira bumi ciptaan Allah.  

Dan jatuh cinta kepada alam sekitar  ini pula datang sekali dengan pakej 2 dalam 1 iaitu termasuklah terjatuh cinta sekali dengan orang di situ… Maka di pendekkan cerita, setelah berjalan beratus ratus kilometrico.. dan makan berpinggan2 pasta.. dan  menambah berkilokilo gram lemak dan sparetyre kemudiaan  bercinta pula di bawah sinaran  lampu minyak tanah  akhirnya Julia Robert tidak lagi berasa sedeh..

Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang suka berjalan dan berkelana.. dan dalam masa yang sama anda mahu melupakan kegusaran di hati..  anda di nasihati untuk menggunakan alternatif ini. Yang penting .. jangan lupa untuk bersolat jamak dan qasar untuk memudahkan perjalan anda itu je.

Tapi kalau anda berasa anda tak perlu pegi jejauh kalo setakat nak makan pizza..  Apa kata anda menggunakan cara ini yg  kompem jiran sebelah rumah anda akan merasa takjub dengan anda dan tentu akan merasakan yang  deep down in your heart anda ini adalah sangat unik dan rare rupanya.. Cara ini adalah di adaptasi dari cerita sebenar Benjamin Mae yang mana  dia telah mengubati kesedehan hati yang kehilangan isteri tercinta dengan membeli sebuah Zoo.  
Huish.. memang rare sungguh.. bila rasa sedeh beli zoo..

Jadi kalau anda adalah seorang yang rare dan sukakan adventure.. dan amat menggemari binatang buas seperti harimau.. singa.. zirafah dan lain2.. maka cara inilah yang paling sesuai untuk anda. Yang penting di sini ialah anda hanya perlu pastikan yang anda punyai keberanian.. dan amalan yang cukup. Dan jangan lupa juga untuk mengucap setiap kali anda ke kandang rimau.

                                     


Uish terer  betul budak kecik nih dok sebelah rimau..


Bagi yang merasakan cara menghilangkan kesedihan  Benjamin Mae ni agak costly, dan anda pula hanya  ada duaposen jer dalam poket. Dan tidak menggemari binatang binatang buas pulak tu..
 jangan lah anda merasa bimbang, ada jugak yang menggunakan metod yang lebih  murah dan santai seperti cara yang berikutnya…  iaitu dengan mengikuti cara bawang merah  menangani rasa sedehnya dalam citer Bawang Putih dan Bawang Merah dengan bercakap dengan ikan kaloi…

 Metod ini nampak seperti berkesan, kerana berjaya membuatkan Bawang Merah lupa akan kesedihannya  setelah  didera fizikal dan emosi  oleh ibu tirinya. Jadi, sekiranya anda merupakan peminat ikan dan ada membela  ikan di rumah seperti ikan mas.. ikan kap.. ikan puyu.. ikan sepat.. ikan  bilis..ataupun ikan jaws.. maka anda boleh la menggunakan mengambil kesempatan dengan berbual bual dengan ikan anda ketika anda  sedang berada dalam kesedihan.. Cuba beritahu akan segala masalah yang mengusuti jiwa dan sanubari anda ketika itu. Mana tahu mereka dapat membantu.

Kalo ikut Shah Rukh Khan plak.. kekecewaan boleh di atasi dengan menangis sepenuh hati  bersama ahli keluarga terdekat. Mengikut cerita Kuch Kuch Hota Hai (1997), kalo anda merasa sedeh kerana gelpren anda di rampas orang.. maka anda boleh lah pergi ke rumah gelpren anda di hari perkahwinannya..dan menangis sepenuh perasaan sehingga org lain yg melihat terjangkit sama utk merasa hiba.. dan akhirnya perkahwinan tersebut akan di kensel dan anda pulak yang kawin di kenduri tersebut.. yang paling bes kalau anda menggunakan cara ini.. kesedihan itu akan bertukar menjadi kegembiraan yang teramat sangat sehingga semua org akan menari kegirangan termasuk lah pengantin lelaki yang anda sudah potong jalannya tadi…


Tapi  ini sume tak boleh lawan dengan teori yang di perkenalkan oleh P.Ramlee.. Kalo ikut P.Ramlee dalam citer Ibu Mertuaku.. antara cara menangani rasa kecewa yang teramat sangat adalah dengan mengorek matanya sendirik dengan menggunakan garfu.. Perlakuan melampau ini di buat setelah dia mendapat tau yang  bini dokte Ismadi yang  sebijik muka Sabariah merangkap isteri dan kekasih hatinya yang di katakan mati ketika melahirkan anaknya  itu adalah rupanya2 memang si Sabariah tersebut. Sabar jer aku.. 

 Boleh plak si Sabariah ni.. dengan Dokte Ismadi dan Nyonya Meneer tu bersepakat tidak membawa berkat untuk menipu P.Ramlee ni hidup2 macam tu..  kalo ikut hati dan perasaan aku.. nak jer aku lempang sorang sedas..   yang mana aku rasa ia lebih  lebih afdhal dari menggunakan method mencucuk mata sendiri dengan garfu unuk menangani kekecewaan..  

 Jadi, bagi yg sedang kecewa  sila jauhi diri anda dengan garfu ok. gergaji pon sila letak jejauh sikit.. 
Tapi kalau nak buat jugak. ah suka hati lah... bukan mata aku pung.. harhar..

Itu zaman P.Ramlee la.. kalo zaman lebih purba dari P.Ramlee.. lagi sadis caranya.. kalo sedeh jer sumpah orang jadi batu..  tak pun p dok dekat tepi batu.. n biarkan diri anda dimakan hidup2 dengan batu belah batu bertangkup.. tak sangka ganas juga manusia purba ini mengatasi rasa stress dan sedeh mereka.. tapi untuk zaman di ultra moden ini.. menyumpah orang menjadi batu ketika sedeh atau stress adalah amat tidak di galakkan.. kerana ia tidak menyumbangkan kepada perpaduan masyarakat setempat..

Anak aku pulak kata kalau anda rasa sedeh tepuk tangan..  siap nyanyi2 lagi sambil tepuk tangan..

eh  ye ker..  aku pon dah kompius.. kalo rasa sedeh ker kalo rasa gembira yg kena tepuk tangan nih.. ah tak kisah la.. janji kono tepuk tangan…  

Akhir sekali, ada juga orang yang menangani masalah kekecewaan dan stress dengan menulis sesukati hati mereka saja tanpa ujung pangkal.. tulisan tersebut boleh lah berkisarkan apa2 sahaja dan anda  hantam sajalah menulis sampai anda sendiri pon merasa pening2 lalat lalu berasa mengantuk dan akhirmya mengambil keputusan untuk tdo sahaja. Apabila anda sudah tdo pasti kekecewaan dan stress anda juga turut juga akan hilang…


Eh mengantuk pula.. Ok nak tdo.

zzzz