Monday 9 June 2014

I cannot Brain this


Selain daripada van sapu dan bas awam… kapal terbang juga adalah salah satu transportation utama ketika aku masih menjadi student di  UITM Sarawak dulu..

Memandangkan dulu takde la banyak sangat pilihan macam sekarang.. sebab takde lagi Airasia, Firefly mahu pun Malindo.. maka MAS  merupakan antara airlines pilihan dan pujaan terpopular di kalangan pelajar pelajar untuk balik ke kampung halaman mereka terutamanya untuk pelajar-pelajar dari semenanjung mahupun Sabah. 
Bes oo naik Mas.. makan sedap.. tido nyenyak.. bantal jangan cakap la.. bes sangat macam tido atas dunlop pillow.. stewards n stewardes nya plak sudah termaktub sememangnya semua ensem ensem dan cung cung belaka sahaja..

Dan dalam banyak2 time aku fly naik turun naik turun flight Kuching – JB time tu.. ada lah satu time tu yang ceritanyer harus aku ingat sampai bila-bila..

Hari tu macam biasa aku lambat sampai ke airport.. namun itu adalah perkara biasa kerana kelambatan dan aku sememangnya berpisah tiada.. 
Memandangkan sipi jer lagi kaunter penerbangan untuk ke Jb akan di tutup..  maka sebaik sahaja terjun dari teksi.. aku dan PA aku si Izra Inna pun terus menekan minyak gear 5 dan membuat larian paling laju dalam dunia dan terus ke kaunter penerbangan  dengan harapan semoga tak lah  terlepas flight hari tu.. 
Sebab mak aku ada berpesan dahulu.. terlepas perahu boleh di undur.. tetapi terlepas flight buruk padahnya.. 

Alhamdulillah.. walaupun sipi sipi jer nak terlepas.. tapi tak lepas pung sebenarnya.. tak sia-sia aku dan Izra Inna gigih berlatih membuat pecutan larian marathon untuk ke kelas setiap pagi.. rupanya berguna juga latihan itu akhirnya time nih..

Jadi dengan kelegaan yang teramat sangat.. aku dan Izra Inna pun berlenggang lenggang kangkung pula ke kaunter passport.. almaklumlah aku nih kan pelajar dari seberang lautan. Ewah.. maka passport bagi aku adalah wajib di sisi undang undeng Malaysia..

Namun, kelegaan itu rupanya hanya sementara..  bila abang kastam tu mintak passport masa tu.. baru aku teringat time tgh huru hara nak cepat tadi.. passport aku tu aku dah masukkan dalam poket beg hitam yang jugak dah selamat boarding dalam perut kapal terbang..

Maka nak tak nak.. terpaksa aku declare yang passport tu dah ada dalam perut aku.. eh bukan.. passport tu dah ada dalam perut kapal sebenarnya.. sedeh jangan ckp lar ok.. 
Kalau ikut kan ati.. Nak je aku pura-pura inesen time tu n buat citer yang ada seekor kucing yang telah mencuri passport aku ketika dalam perjalan aku ke airport..  
sempat aku dengar abg kastam ckp yg kalau takde passport maka xde harapan la aku nak balik ari tu.. kensel nak makan nasi lemak sedap ngn air fresh orange kat atas kapal terbang..

Dan dalam sedeh sedeh tu.. aku nampak abang kastam tu dok call sana sini… ramai pulak yg datang soal siasat aku ngan PA aku lepas tu.. sampai takde can daku nak mengeskpresikan kesedehan yang hampir2 nak kono tinggal flight tuh.. namun last2 ada sorang abang kastam tegur aku.. dan bagitau yang aku dan Izra Inna akan di bawa masuk ke perut kapal untuk misi mencari beg bertuah aku tu..

Walaupun aku selalu berangan nak p jenjalan.. tapi jenjalan ke dalam perut kapal terbang memang tak pernah plak aku terpikir sebelum nih… rasa takjub pulak kepada diri sendiri…

Maka dengan menaiki buggy.. aku ngan Izra Inna di bawak terus ke dalam perut kapal terbang yang penuh dengan beratus ratus beg yang nampak lebih kurang sama jek.. harhar.. 
TETAPI  itu tak jadi masalah kerana dengan menggunakan mata Ultra Ungu X-ray si Izra Inna tuh.. kami akhirnya berjaya menjejaki beg bertuah itu dalam beberapa saat sahaja… Yay! 
kalau nak harapkan mata aku nak cari beg tuh.. mau makan tahun baru jumpa agaknya..  harus beruban la sume orang yang dok tunggu aku time tuh.. Tapi itu tidak akan terjadi jika Izra Inna ada bersama anda...kerana aku sebenarnya memang dah suspek sangat sangat dah dari dulu yang Izra Inna ni memang ada gene superhero.. dah la lari laju… mata terang.. hidung mancung plak tu..  pendek kata memang sangat super la si Izra Inna nih.. 
agaknya kalo tampar orang pun..  aku rasa orang yang ditampar itu pasti akan bertukar menjadi buaya..   


Jadi berbalik pada citer aku tadi.. bila dah jumpa passport bertuah tu.. kami pun di bawak balik n bergegas la aku dan Izra Inna ni berjalan menuju ke kapal terbang yang telah berjaya di-delayed kan itu… sobs! maapla sangat sangat sangat wahai rakyat-rakyat jelata kapal terbang sekalian….

Rupanya lama jugak la kapal terbang tu tunggu.. kru kapal siap buat announcement yang kapal terbang ni sebenarnya sedang menunggu dua budak bertuah tak reti bahasa yang sedang dalam perjalanan untuk mendapatkan passport mereka  yang telah terlepas dalam perut kapal.. 
memang mengada sungguh budak dua org itu.. kalau aku kapten kapal time tu.. dah lama aku soh budak duaorang tu berdiri atas kerusi sepanjang penerbangan..

Tapi MasyaAllah... perkara yang memang aku tak expect lansung boleh la plak berlaku lepas tu..

Time dalam perjalanan menuju masuk ke dalam kapal terbang dengan penuh rasa bersalah di dada... aku perasan yang pilot kapal terbang dari luar tingkap cockpit itu sebenarnya sedang mengangkat tangan dan membuat isyarat thumbs up sambil tersenyum penuh mesra 1Malaysia dekat aku dan Izra Inna time tuh ..

and I really  cannot brain this sebab sebelum nih tak pernah pulak seumur hidup  pilot dari cockpit angkat tangan n nak fren fren time nak naik flight.. Tapi hari ni.. bila aku lambat... kapal terbang dah delay.. aku pon dah dah diselubungi rasa penuh dosa...tibatiba dapat pulak senyuman mesra siap angkat tangan lagi dari kapten kapal..
Dan walaupun I say I cannot brain this tapi dengan penuh keseganan dan malu2 kucing  sebab dah menyusahkan seluruh kru kapal terbang dan rombongan Cik Kiah tadi, aku dan PA aku tetap membalas dengan penuh lambaian ratu.. eceh..

sempat juga daku terasa terawang awangan di angkasa sebentar..

Dan bila tersedar dari perasaan yang perasan itu.. baru lah aku noticed yang rupanya para stewards n stewardes yang ensem ensem dan cung cung belaka itu juga sedang berdiri berbaris dan kemudiannya menjemput aku dan si Izra Inna yang sedang malu-malu kucing tu untuk masuk ke dalam kapal.. huahua…

Yang lagi menambahkan keseganan dan kekucingan ialah.. sambil aku ngan si Izra Inna nih berjalan masuk.. boleh la plak semua stewards n stewardes yang ensem ensem dan cung cung belaka itu bersepakat untuk berdiri dan menepuk tangan tanda sokongan yang tidak borbolah bagi kerana aku dan si Izra Inna nih telah berjaya mengharumkan nama negara sebentar tadi..  dan yang lebih mengharukan sampai rasa nak menangis tengok.. penumpang penumpang rombongan Cik Kiah tersebut pun turut bertepuk tangan jugak.. 
walaupun sebenarnya pegi perut kapal terbang jer.. tu pun sebab tertinggal passport..
tapi perasaan time tuh sebijik rasa macam angkasawan yang baru balik dari angkasa lepas setelah berbulan bulan lamanya dok kat angkasa..  harhar. I really really really cannot brain this ok..  .

dan ada jugak yang tepuk2 bahu aku masa aku lalu nak ke seat.. Seriyes ok, rasa macam dah buat jasa yang tiada tolok bandingnya kepada nusa dan bangsa jer tadi.... maka haruslah aku sedang ke-blushing-an dan keseganan tak tau nak kata.. tunggu masa jer nak nyorok bawah kerusi..

haha.. tak penah dalam hidup aku orang tepuk tangan dengan penuh gemuruh ramai ramai macam tu ok.. macam bes sangat lah aku nih .. ngahngah.. tiba-tiba hari tu boleh plak seluruh warga kapal terbang bersatu tenaga memberikan tepukan yang tak berbolah bagi plak dekat aku dan si Izra Inna tuh.. sampai ke pilot2 sekali membuat kejutan..

Dan sepanjang balik hari tu..  banyak kali aku pikir.. Eh bukan aku ke yang lambat… tak paham betul aku.. harhar..  Yelah time kita rasa memang kita dah kompem kompem nak kono lepuk sorang2… haruslah mak terkesima sekejap bila tiba tiba jer bertukar menjadi pujaan topten anugerah bintang popular berita Harian.. Hidup nih sememangnya penuh kekeliruan… hik

Apapun.. Plan aku nak makan sedap.. tdo nyenyak.. pakai bantal Dunlop pillow hari tu memang tercapai.. Alhamdulillah.. 
dan drama tak pasal pasal jadi fame fofular Rich n Famous sekejap tu kira bonus la hari tu..

Sampai airport JB.. mak n ayah aku pun dah lama tunggu..
sempat la aku citer kat mak aku lebih kurang pasal dua orang budak bertuah mana ntah yang buat kapal terbang delayed ari tu… hik..
aku angguk jer bila mak aku bagi nasihat supaya aku pun kena hati-hati.. ye lah kang jadi macam budak dua orang bertuah tu kan dah susah seluruh negara…  

…… J





Citer ni terinspirasi sebab hari tu pi airport nak jumpa kawan pi US.. tapi terlepas…. 
melepas peluang nak jumpa n hug hug.. sobs..






















 Muka duaorang budak bertuah  tuh adalah lebih kurang iras iras  macam nih la jugak ... 

 



 






Macam wa jer  yang nak p fly US.. Eceh! 




Sempat Qaleef mendoakan kesejahteraan dan keselamatan semua penumpang..










Ok
Thanks for reading ya to all my sayangs..

Tuesday 3 June 2014

Tips menangani Kesedihan dan Stress..

Emosi adalah ibarat langit.. sekejap hujan…  panas.. . taufan..

Sama jugak dengan manusia.. Kejap sedeh.. kejap hepi.. pastu sedeh balik… pastu hepi balik..

Dan ada jugak yg sedeh..  tapi tak hepi2 balik pulak lepas tu.. 
Jadi kalau ini berlaku kepada anda…  anda boleh lah mengikut beberapa tips di bawah yang sudah di jamin keberkesanannya oleh Lever Brothers.

Kawan aku kata antara cara menangani  rasa sedeh adalah dengan menonton wayang..  setelah ketawa berguling2 sambil makan sebungkus pop corn ketika menonton  wayang cerita komedi.. ada kemungkinan kesedehan itu akan berlalu pergi bersama pop corn yang  anda telan tadi.. Tapi kalau masih tak berkesan.. jangan putus asa.. beli lagi pop corn dan makan.. 



  
‘Bwahaha… This movie is soo the  kelakar!   mana pop corn aku weyh!  Wahaha..'
 kata Elizabeth tanpa merasa segan silu..                                        
 # seriyes, memang tak boleh buat  calon menantu si Elizebeth nih… kata seorang makcik di kerusi belakang.



Kalau rasa jejak langkah si Elizabeth ni kurang berkesan dan tak wajar di contohi oleh para belia 4B di kampung anda..  maka, ada  jugak yang kata dengan menjerit dengan kuat  juga antara satu cara untuk mengubat kekecewaan yang sedang bersarang di hati..

Caranya adalah dengan  menjerit di kawasan lapang dengan sekuat hati dan tenaga …  kemudian lontarkan suara itu sejauh yang mungkin… dan lontaran suara itu juga haruslah  kluar dari perut dan hati sanubari anda… barulah masalah2 anda dan segala kekecewaan anda akan hilang seperti mana suara anda yang akan  hilang itu..

Selain menjerit di kawasan lapang..  Jeritan itu juga boleh di lakukan di tepi laut.. atau pun di atas bukit.. tapi jika anda mahu masukkan sikit unsur budaya di Kawasan utara bolliwood .. setelah anda menjerit boleh la terus berguling2 dari atas bukit tersebut dan kemudian melompat terus ke atas keretapi dan nyanyi la sebuah atau dua buah lagu bersama2 segerombolan orang kampung..

                           



                     
Ha.. macam nih… tapi sebelum tu sila pastikan anda memang ensem berbanding yang lain untuk mengetuai tarian tersebut .. kalo rasa  tak ensem sila duduk di barisan belakang..          
                   

Tetapi kalau anda merasa langkah di atas kurang urban dan tidak ada ciri-ciri Eropah lansung..  anda boleh juga mencontohi  bagaimana  Julia Robert  mengatasi kedukaan hatinya seperti di dalam citer Eat. Pray .Love  pula..  Iaitu jika anda berasa sedeh.. pergilah dikau merantau melihat dunia ini…

 Macam Julia Robert nih.. mula2 dia pergi Italy dan makan sedap2 tiap2 hari sehingga bertukar saiz jean beliau kepada satu nombor ke hadapan..    

                      

                       
Ewah.. makan saja yer ko Julia Robert..  Mai sepinggan..


 lepas tu Julia Robert nih terbang ke India pula untuk belajar bertenang dan bersatu dengan alam.   Setelah kenyang dan bertenang.. maka singgah pula si Julia ini ke salah sebuah tempat popular di Asia Tenggara  iaitu Bali Indonesia. Di sini Julia Robert telah jatuh cinta pula dengan tempatnya yang indah subhanallah cantik tak terkira bumi ciptaan Allah.  

Dan jatuh cinta kepada alam sekitar  ini pula datang sekali dengan pakej 2 dalam 1 iaitu termasuklah terjatuh cinta sekali dengan orang di situ… Maka di pendekkan cerita, setelah berjalan beratus ratus kilometrico.. dan makan berpinggan2 pasta.. dan  menambah berkilokilo gram lemak dan sparetyre kemudiaan  bercinta pula di bawah sinaran  lampu minyak tanah  akhirnya Julia Robert tidak lagi berasa sedeh..

Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang suka berjalan dan berkelana.. dan dalam masa yang sama anda mahu melupakan kegusaran di hati..  anda di nasihati untuk menggunakan alternatif ini. Yang penting .. jangan lupa untuk bersolat jamak dan qasar untuk memudahkan perjalan anda itu je.

Tapi kalau anda berasa anda tak perlu pegi jejauh kalo setakat nak makan pizza..  Apa kata anda menggunakan cara ini yg  kompem jiran sebelah rumah anda akan merasa takjub dengan anda dan tentu akan merasakan yang  deep down in your heart anda ini adalah sangat unik dan rare rupanya.. Cara ini adalah di adaptasi dari cerita sebenar Benjamin Mae yang mana  dia telah mengubati kesedehan hati yang kehilangan isteri tercinta dengan membeli sebuah Zoo.  
Huish.. memang rare sungguh.. bila rasa sedeh beli zoo..

Jadi kalau anda adalah seorang yang rare dan sukakan adventure.. dan amat menggemari binatang buas seperti harimau.. singa.. zirafah dan lain2.. maka cara inilah yang paling sesuai untuk anda. Yang penting di sini ialah anda hanya perlu pastikan yang anda punyai keberanian.. dan amalan yang cukup. Dan jangan lupa juga untuk mengucap setiap kali anda ke kandang rimau.

                                     


Uish terer  betul budak kecik nih dok sebelah rimau..


Bagi yang merasakan cara menghilangkan kesedihan  Benjamin Mae ni agak costly, dan anda pula hanya  ada duaposen jer dalam poket. Dan tidak menggemari binatang binatang buas pulak tu..
 jangan lah anda merasa bimbang, ada jugak yang menggunakan metod yang lebih  murah dan santai seperti cara yang berikutnya…  iaitu dengan mengikuti cara bawang merah  menangani rasa sedehnya dalam citer Bawang Putih dan Bawang Merah dengan bercakap dengan ikan kaloi…

 Metod ini nampak seperti berkesan, kerana berjaya membuatkan Bawang Merah lupa akan kesedihannya  setelah  didera fizikal dan emosi  oleh ibu tirinya. Jadi, sekiranya anda merupakan peminat ikan dan ada membela  ikan di rumah seperti ikan mas.. ikan kap.. ikan puyu.. ikan sepat.. ikan  bilis..ataupun ikan jaws.. maka anda boleh la menggunakan mengambil kesempatan dengan berbual bual dengan ikan anda ketika anda  sedang berada dalam kesedihan.. Cuba beritahu akan segala masalah yang mengusuti jiwa dan sanubari anda ketika itu. Mana tahu mereka dapat membantu.

Kalo ikut Shah Rukh Khan plak.. kekecewaan boleh di atasi dengan menangis sepenuh hati  bersama ahli keluarga terdekat. Mengikut cerita Kuch Kuch Hota Hai (1997), kalo anda merasa sedeh kerana gelpren anda di rampas orang.. maka anda boleh lah pergi ke rumah gelpren anda di hari perkahwinannya..dan menangis sepenuh perasaan sehingga org lain yg melihat terjangkit sama utk merasa hiba.. dan akhirnya perkahwinan tersebut akan di kensel dan anda pulak yang kawin di kenduri tersebut.. yang paling bes kalau anda menggunakan cara ini.. kesedihan itu akan bertukar menjadi kegembiraan yang teramat sangat sehingga semua org akan menari kegirangan termasuk lah pengantin lelaki yang anda sudah potong jalannya tadi…


Tapi  ini sume tak boleh lawan dengan teori yang di perkenalkan oleh P.Ramlee.. Kalo ikut P.Ramlee dalam citer Ibu Mertuaku.. antara cara menangani rasa kecewa yang teramat sangat adalah dengan mengorek matanya sendirik dengan menggunakan garfu.. Perlakuan melampau ini di buat setelah dia mendapat tau yang  bini dokte Ismadi yang  sebijik muka Sabariah merangkap isteri dan kekasih hatinya yang di katakan mati ketika melahirkan anaknya  itu adalah rupanya2 memang si Sabariah tersebut. Sabar jer aku.. 

 Boleh plak si Sabariah ni.. dengan Dokte Ismadi dan Nyonya Meneer tu bersepakat tidak membawa berkat untuk menipu P.Ramlee ni hidup2 macam tu..  kalo ikut hati dan perasaan aku.. nak jer aku lempang sorang sedas..   yang mana aku rasa ia lebih  lebih afdhal dari menggunakan method mencucuk mata sendiri dengan garfu unuk menangani kekecewaan..  

 Jadi, bagi yg sedang kecewa  sila jauhi diri anda dengan garfu ok. gergaji pon sila letak jejauh sikit.. 
Tapi kalau nak buat jugak. ah suka hati lah... bukan mata aku pung.. harhar..

Itu zaman P.Ramlee la.. kalo zaman lebih purba dari P.Ramlee.. lagi sadis caranya.. kalo sedeh jer sumpah orang jadi batu..  tak pun p dok dekat tepi batu.. n biarkan diri anda dimakan hidup2 dengan batu belah batu bertangkup.. tak sangka ganas juga manusia purba ini mengatasi rasa stress dan sedeh mereka.. tapi untuk zaman di ultra moden ini.. menyumpah orang menjadi batu ketika sedeh atau stress adalah amat tidak di galakkan.. kerana ia tidak menyumbangkan kepada perpaduan masyarakat setempat..

Anak aku pulak kata kalau anda rasa sedeh tepuk tangan..  siap nyanyi2 lagi sambil tepuk tangan..

eh  ye ker..  aku pon dah kompius.. kalo rasa sedeh ker kalo rasa gembira yg kena tepuk tangan nih.. ah tak kisah la.. janji kono tepuk tangan…  

Akhir sekali, ada juga orang yang menangani masalah kekecewaan dan stress dengan menulis sesukati hati mereka saja tanpa ujung pangkal.. tulisan tersebut boleh lah berkisarkan apa2 sahaja dan anda  hantam sajalah menulis sampai anda sendiri pon merasa pening2 lalat lalu berasa mengantuk dan akhirmya mengambil keputusan untuk tdo sahaja. Apabila anda sudah tdo pasti kekecewaan dan stress anda juga turut juga akan hilang…


Eh mengantuk pula.. Ok nak tdo.

zzzz



Friday 18 April 2014

Bulan emosi

Assalamualaikum...

Rasa sedih pulak dua tiga menjak nih…

Mungkin disebabkan dengan keadaan cuaca yg tak menentu dua tiga menjak ni sampai mempengaruhi pulak emosi aku nih.. or mungkin jugak sebab air takde dah berapa hari ni pun boleh jadi penyebab kepada kesedehan aku nih agaknya .. sedeh ok air takde..

atau mungkin jugak sebab hari tu time nak pegi keje.. contact lens jatuh dan ghaib hilang terus dari alam yang fana nih.. terpaksa stop kete n teraba2 carik kedai jual contact lens dalam keadaan kerabunan yang teramat sangat.. masuk kete baru notice yang contact lens tu terbalik la pulak .... jadi, terpaksala sekali lagi teraba2 masuk balik kat dalam sebesar besar Giant carik solution contact lens... sobs..

sedeh ok jalan teraba2 berakali- kali nih.. adalah jugak rasa macam Kassim Selamat time tuh.. agaknya ter over fefeeling kassim selamat kot tu yang sampai sedeh patah hati sampai hari ni tuh..

atau mungkin jugak rasa sedeh nih sebab baju yang aku pakai cun2 nak p class hari tu boleh pulak terkoyak time nak ambik barang kat seat belakang kete.. terkoyak time x sampai beberapa minit lagi nak sampai opis pulak tuh…
sedeh ok pegi mengajar depan students pakai baju koyak.. terjejas reputasi aku sebagai pensyarah pujaan murid2..

or mungkin jugak sedeh nih sebab hari tu time masak minyak panas tu pandai pulak melompat kluar dari kuali jatuh terus kat tangan… sedeh jangan cakap lah.. bercucuran air mata menahan kesedehan.. nasib baik kena kat tangan.. kalo kena kat muka.. harus aku bersedeh selama sepuluh tahun..

atau mungkin sedeh nih sebab perut aku nih manjang rasa sakit… hari isnin sakit perut.. hari selasa sakit perut.. hari rabu.. khamis.. jumaat.. wahid.. isnani… salasatun.. arba’atun.. Homsatun.. Sittatun.. Sab’atun.. Samaniatun.. Tis’atun.. Ashrun.. kira jer la berapa lama aku dah sakit perut nih… sedeh tau…

atau mungkin aku sedeh nih sebab progress research tesis aku nih memang tahap lembap kalah siput.. kena pulak malam nih bukak email supervisor bagi sepatah dua kata… walaupung hanya sepatah dua kata tapi memang makan dalam.. sampai rasa nak nyorok dalam almari tak nak kluar2 selama seminggu… tu baru sound sepatah dua kata.. kalo dia sound barang separagraph atau dua paragraph.. mesti aku dah cucuk mata dengan garpu macam citer kassim Selamat tu..

Panjang pulak status time sedeh nih..
Jadi sebagai insan yang sedang bersedeh.. aku menyeru (time sedeh2 nih pun.. ada gak terasa macam YB..) sesapalah sahaja yang sesedeh aku mari lah kita berdoa dan meng-aminkan doa kita bersama2 secara virtual di alam maya ini semoga kita akan lebih ceria dan segala kerja kita kembali berada diatas paksinya..

mungkin ini jugak tandanya aku kena buat lebih banyak solat taubat.. sobs! atau mungkin jugak masa kecik2 dulu suka sangat makan maggie.. inilah balasannnya..

dan untuk sesapa yang sedang happy... gembira.. riang ria.. ataupun kanak2 alam ria cuti sekolah pula alhamdulillah syukur.. tapi jangan dok rapat sangat dgn org bersedeh nih … kerana kesedehan itu adalah penyakit berjangkit harap maklum..

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."
YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan.



Thanx for reading ya to all my sayangs..
nitey nite..

Tuesday 11 February 2014

Edisi Cerita Takut: Siri 1

Assalamualaikum

Genre Cerita        : Edisi Cerita Benar siri Menakutkan
Waktu Kejadian   : Di Malam yang gelap
Zaman kejadian    : Zaman lampau, time belajar kat  UITM Sarawak
Lokasi Kejadian   : Sebelah jambatan
Daerah kejadian   : Kuching

Pelakon utama      : Aku
Pelakon Tempelan: Izra Inna (merangkap P.A)
Stuntman              : Izra Inna
Suara latar            : Izra Inna (eh sapa yg tempelan nih.. ngahngah)
Hantu kejadian     : rahsia



Cerita ni sebenarnya adalah antara cerita takut yang paling aku takut dalam banyak2 koleksi kisah takut2 aku yang lain..

Seperti yang aku nyatakan di atas, kisah ni berlaku time aku belajar di uitm Sarawak dulu.. Berlaku di hari terakhir mid-term break untuk semester tu.

Memandangkan cuti seminggu jer.. jadi aku dan PA aku, Izra Inna membuat keputusan untuk stay jer dekat  umah lecturer kat Kg. Gita yang terletak dekat outskirt of Kuching. Lecturer aku tu pulak time tu dah fly bersama anaknya untuk berjumpa husband di Miri 2 hari sebelum kejadian penuh ketakutan tu berlaku.  Jadi di sebabkan tuan rumah dah takde…maka haruslah  umah tu aku yang punya.. di ulangi aku yang punya… wuuhuu yabadabbedu..

ok.. tak yabbadabbedu pung sebenarnya… memandangkan ini adalah cerita versi takut. Maka yabbadabeddu adalah perkataan yg di larang keras untuk di mention sama sekali.

Cerita ini bermula pada petang hari terakhir itu semester break tu.. time aku dan Izra Inna merangkap PA aku sedang mempacking barang untuk pulang ke hostel esoknya..  tiba2 jer  baru aku teringat yang aku harus membeli barang keperluan belajar.  Jadi tanpa berpikir panjang.. aku dan Izra Inna pun ambik keputusan untuk keluar sahaja..  lalu bersiap siap lah aku dan PA aku dengan girangnya.

Pada hari kejadi jadian tersebut, aku dan Izra Inna kluar naik bas awam saje.. memandangkan time tu lesen basikal pun aku takde.  Malangnya tunggu punya tunggu.. tak datang datang jugak bas bertuah itu rupanya..  dah hampir senja baru la bas datang.. tapi itu tidak menghentikan kegirangan  aku dan PA aku untuk terus berasa girang... yer girang la sangat..  sesungguhnya aku tidak tahu bahawa aku dan sahabatku bakal  menempuhi satu perjalanan yg panjang dan penuh misteri…………. Ewah.

Perjalanan ke Parkson pun  rasa tak lama mana almaklumlah girang sangat berbual ..tengok2 jer  dah sampai pun parkson.  Lepas solat maghrib yang sipi2 nak abis tu .. (pinjam surau dekat Hilton).. aku pun cepat-cepat ke Parkson untuk membeli barang keperluan belajar.

baru jer nak girang gumbira.. dah nak tutup plak Parkson nih.. dan jam dah menunjukkan pukul 9 lebih.. aku dan Izra inna pun kluarlah dari shopping Complex dengan perasaan tak habis girang lagi dan menunggu bas bertuah untuk pulang ke rumah pulak.

Dan tunggu punya tunggu punya tunggu lagi… hampir  pukul 10 lebih.. baru lah aku tau yang aku sebenarnya telah ketinggalan  bas..  sedeh ok.. lagi sedeh sebab dah takde lagi bas yang akan lalu untuk ke Kg.Gita dan kampung2 yang sewaktu dengannya pada malam tu..

Memandangkan poket aku dan PA  aku sebagai  seorang pelajar marhaen yang ketika itu takde la terlalu cemerlang.. jadi untuk mencharter teksi adalah satu option yang terakhir bagi aku. masa tu aku pikir adalah lebih afdhal untuk aku beli berpuluh puluh bungkus nasi lemak dari makcik kafe kedai last tu pastu buat kenduri panggil satu warga wing hostel yang manjang kelaparan itu daripada membayar berpuluh puluh enget untuk mencharter teksi sahaja.  

Ya .. walopon agak tulus  niat aku tu.. tapi bukan untuk malam tu.. Memang silap keputusan aku malam tu.

Maka dengan kegirangan yang masih bersisa.. aku dan Izra Inna ambik keputusan untuk berjalan kaki sahaja pulang ke rumah..  ni lah di katakan membuat keputusan secara  dan sesuka hati tanpa memikirkan akan kesan jangka pendek dan jangka panjang.  

Perjalanan  dari shoping Complex Parkson  ke Kg.Gita tu adalah teramat amat  la jauh sebenarnya.. 5 hari 5 malam pun belum tentu sampai la rasa aku  untuk seekor siput.  

manakala untuk warga manusia seperti aku yang menggunakan kaedah berjalan secara berlenggang lenggang kangkung  sememangnya pun akan mengambil masa berjam2 jugaklah untuk sampai ke lokasi. Dan selain faktor jauh..  aku juga lupa yang  aku hanya berdua ketika itu.. dan malam juga semakin gelap… 
  
Memandangkan  jalan yang jauh lagi berliku2  untuk sampai ke umah..maka banyak jugaklah aktiviti yang aku dan PA aku buat sepanjang jalan tersobut..  abis sume lagu aku kasi up lepas satu satu.. dari lagu sekolah.. lagu kanak2..  lagu raya.. lagu pop. Lagu melayu.. lagu omputeh.. sume aku dan PA aku kasi nyanyi hantam sahajalah.. ada yang aku duet.. ada yang lead solo… pastu duet lagi.. pastu solo balik.. sat aku nyanyi.. sat si Izra Inna ni yang nyanyi pulak.. ada yg makai A minor.. ada yang makai D major.. ada yg aku kasi soprano.. vibrato..  sore tinggi.. sore rendah..  sore perut.. sore tengkuk.. sume lah  lengkap aku kasi up tapi yang penting tak sampai sampai jugak umah..  wahaha..

dan di sebabkan nyanyi non-stop.. tekak pun terasa perit.. nasib baik nampak ada pasar malam dekat area satok yang sipi2 nak tutup.. memandangkan perjalanan jauh lagi.. lagu pun banyak belum nyanyi lagi.. maka aku dan PA aku ambik keputusan untuk  stop jap dekat gerai ABC yang memang dah 90 peratus dah nak tutup .. sempat pekena ABC semangkuk.. ngada sangat tau..

Dan malam makin pekat.. aku dan Izra Inna merangkap PA aku tu kembali meneruskan perjalanan.. dari nyanyi dengan girang.. jadi macam nyanyi sorang2 pulak.. tune pun dah lari abis.. badan pun dah letih..  tiba2 si Izra Inna bagi aku satu idea.. sambil dia tunjuk kearah jambatan.. PA aku nih tiba2 jer  bagi idea untuk guna saja jambatan tu sebagai jalan short cut.. lagi pun  kata PA aku..aku penah kata yang aku teringin nak naik jambatan tu masa the first day aku sampai di  bumi sarawak ni.. PA aku kata  baru la adventure kalo jalan atas jambatan pulak.. ni manjang jalan atas jalan raya..

Dan tuhan memang mengabulkan permintaan hambanya.. ko kata nak adventure.. memang dapat adventure jap jer lagi..

 Jambatan tu sebenarnya iconic untuk penduduk kuching. Dah lama pun jambatan ni.. dah kira tahap legend dah.. gambar jambatan ni pun ada kat atas postcard. Masa aku first fly pegi Sarawak.. jambatan ni la first yang aku spot.. dan walaupun aku ni tergolong dalam golongan orang orang yang anti kepada  ketinggian dan juga anti jambatan.. tapi  jambatan ni macam memanggil manggil pulak jiwa kalbu ku untuk mendekatinya.. ewah. Jadi aku setuju jer dengan cadangan PA aku tu…

So, memandangkan jambatan  tu agak jauh terperosok di bawah dari jalan raya.. maka aku dan PA aku harus menuruni bukit yang memisahkan jalan raya dan kawasan jambatan itu.. dekat situ hanya ada satu lampu jalan yang menerangi kawasan kecik tu. Bila sampai di bawah..  baru la perasan yang jambatan tu terletak agak jauh terperosok sebenarnya  dan gelap mak datuk jangan cakap la dan takde lampu lansung yang menerangi. Maka aku dan PA aku ni pun dah cuak pulak.

Dan dalam keadaan cuak nak pegi tak pegi nak pegi tak pegi.. tiba-tiba baru aku perasan yang ada terowong tak jauh di sebelah kiri aku..

Dalam terowong tu aku nampak pulak adalah dalam 10 orang lelaki  kat situ.. dan kesemua lelaki kat situ berambut panjang yag pakai jari pun tak boleh lurus jugak ..sedang minum tak tau la air apa sambil ketawa tanpa usul pereksa dan mengelilingi unggun api yang ada  kat situ. Dalam cahaya unggun api tu, aku boleh nampak macam-macam contengan dekat dinding terowong tersebut.. kalau aku cikgu disiplin kat situ time tu mesti aku dah denda sorang2 sebab menconteng dinding dengan ejaan yang salah.. Mendengar akan ketawa mereka yang tak berhenti henti macam pakai bateri energizer  tersebut sememangnya mematikan terus jiwa ku yang girang dari petang tadi itu.

Dalam hati terus aku menyumpah nyumpah sendirian, kenapa la aku kluar petang tu..  kenapa la aku nak jugak tunggu bas.. kenapa la aku tak naik jer teksi tadi .. kenapa la aku dermawan sangat nak buat kenduri nasi lemak..  kenapa la ABC tadi sedap sangat..dan kenapa la aku boleh terima  pakai untuk pakai jambatan tu konon nak adventure la sangat  padahal selama hidup aku sememangnya aku  adalah manusia yang amat seram dengan segala jenis jambatan. . kenapa? Kenapa? Porquay? Porquay ce qui se passe por moi? 

Keterperanjatan aku melihat manusia2 yang agak agak dah hilang pertimbangan dalam terowong tuh menyebabkan aku hilang kata-kata.. nasib baik si Izra Inna ni sempat menekup mulut aku dengan tangan  dia.. kalau tak mesti dah makan nyamuk aedes aku malam tu.. sambil menunjukkan sign jangan bersuara apa2 dia juga menunjukkan sign supaya bergerak perlahan2 untuk pergi dari situ tanpa di sedari oleh lelaki lelaki seram dalam terowong tu .. Maka dengan gerakan yang sangat sangat sangat perlahan aku dan PA aku, cuba mengambil satu langkah ke belakang.. dan satu lagi langkah ke belakang.. dan satu lagi langkah ke belakang.. kalau orang tak tau mesti diorang saspek aku dengan PA aku nih tengah tiru maikel jaksen menari moon walking tak tentu hala di bawah lampu jalan di malam yang gelap ketika itu..

Namun, tiba-tiba aku dengar ada suara dari arah terowong yang mengejutkan kawan2 yang lain akan kehadiran aku dan Izra Inna yang sedang buat tarian moon walking tersebut. Dan sekelip mata.. suasana sepi malam tiba tiba jer bergegar abis dengan bunyi  bingit preng preng motorsikal.. tak sampai 60 saat hampir 10 orang lelaki  bermotor dan berambut panjang  guna jari pung tak lurus tu mengelilingi aku dan Izra Inna merangkap PA aku  dalam satu bulatan sambil ketawa berdekah2 tak ingat dunia .

 huwaaaaaaa… !! memang panik di tahap maksimum.

Kat tengah2 bulatan tuh.. sempat jugak  la aku usha sorang2 mamat atas motor tu.. boleh di katakan sume pakai baju kaler hitam.. kira memang bersepakat sungguh ..  inilah yang di katakan sepakat yang tak membawa berkat.. kat Tshirt sorang2 ada pulak gambar hantu.. segala jenis mak datuk antu jembalang tengkorak sume ada... dan dengan tshirt penuh saka tu..  rambut panjang.. ketawa pulak macam tu..  motor preng preng.. apa lah beza diaorang nih dengan hantu..

Dalam sekejap tu sempat  jugak otak aku nih pikir macam2.. macam mana nak lari.. macam mana nak mintak tolong.. dan memandangkan diaorang nih pun dah tergolong seperti hantu.. maka abis macam2 ayat aku baca time tuh.. dari ayat surah al-mulk yang aku terhegeh2 nak hafal  berhari hari sebelum tuh pung  terus jadik  clear hafal lancar abis..  haha..

Dan tiba2 memandangkan mereka2 ini adalah dalam keadaan kurang kewarasan.. mungkin di sebabkan minuman ntah apa yang mereka minum tadi.. jadi aku boleh nampak gap antara satu motor ke satu motor yang lagi satu… dan tak sia-sia aku melantik Izra Inna di jadi PA aku.. memang boleh di harap sangat di tahap genting seperti ini..  dengan sepantas kilat, Izra Inna ni menarik tangan aku melalui celah gap antara motor tadi dan lariiiiiiiiiiiii…

laju mak ai ko jangan pertikaikan lah.. mahu mencapai kelajuan speedy gonzales dalam citer katun beep beep kat tv2 masa aku kecik2 dulu..  Dan aku terus di tarik oleh si Izra Inna ni  ber lari ikut jalan short cut  naik bukit.. sampai kaki aku tersangkut  masuk lubang penuh lecah pun tak di hiraukan si Izra Inna ni dan  masih bersemangat menyeret  aku non-stop di atas kelajuan yang sama berkilokilometrico jauhnya menuju ke arah  main road.. tinggal tak terbang jer si Izra Inna ni.. aku tunggu jer dia tibatiba tukar uniform jadi kluangman time tu.. melepas wa nak terbang ok.

masyaAllah.. sememangnya sangat  sipi2 jer  nasib aku dan Izra Inna malam tu dengan hantu2 terowong limau Purut tu..

memandangkan aku lari ikut bukit.. dan motor d.orang tak la seterer mana nak naik bukit  condong 180 darjah tu.. maka diaorang pun take time la jugak untuk sampai ke jalan utama sebab kena pusing ikut jalan jauh.. dan yang penting motor d.orang pun tak dapat menandingi kelajuan larian juara olimpik PA aku tuh.. Alhamdulillah.. syukur aku panjatkan kepada Ilahi kerana dengan izin Nya aku dan sahabat aku masih bernafas hari ini..

 Dah sampai jalan besar.. banyak kete.. antu2 limau purut tadi patah balik dan pulang ke sarang terowong tadi.. aku rasa diaorang nih pun spesis tak boleh kena matahari kot…

Di pendekkan cerita, malam itu memang malam yang panjang… aku sampai jugak rumah dalam pukul 3 pagi.. itu pun selepas adegan di ngorat polis dan juga  di kejar anjing yang mak datuk besarnya.. .. complete malam aku hari tu.. dari kena jalan kaki bertapak tapak jauh.. pastu kena  kejar hantu limau purut  atas motor..  jatuh lubang.. kena ngorat  ngan abg polis.. kena kejar ngn anjing plak tuh… adventure apa lagi yang ko nak..

Sampai umah… cuci kaki.. ambik wuduk.. solat isyak.. pastu.. zzzzzzzzzzzzzzz… penat woo.. sakit sume tulang belulang dan saluran esophagus aku .. terganggu  emosi  ok  malam tu manjang berlari bersepah sana sini sinun.. bukan  lari dari manusia ngan antu preng preng atas motor jer..  dengan anjing2 skali pung ambik kesempatan nakkk  jugak kejar aku malam tu.. sobs.


Takut tak citer aku.
Tolonglah kata takut.




Macam ni la lebih kurang rupa penunggu gua yang dok keliling pakai motor preng preng pada malam kejadian tersobut. Ko bayangkan lah .. lebih ramai dari ni. tiba2 kluar dari terowong.. dengan ketawa tak hengat.. tengah malam buta pulak tuh... 
Mau tak gigil kepala lutut  ingat jembalang puaka dari gua mana ntah yg datang  menyerang bumi...  




ok.
Sweet dream.. nitey nite..

Thanx for reading ya to all my sayangs.. 

Monday 23 December 2013

Popcorn dan Filem

Assalamualaikum..

Filem filem bergenre seram sememangnya takde la dalam senarai topten pujaan filem tontonan aku. 


Tapi entah macam mana jiwa aku macam terpanggil-panggil pulak untuk menonton filem Penanggal  masa filem ni di tayangkan di pawagam  baru baru nih... Dan bila aku baca preview filem ni boleh pulak sume orang seperti berpakat membawa berkat saje dengan memberikan ulasan yang good2 sahaja tentang filem nih.. dan itu menambahkan lagi keinginan aku untuk menghayati seni hasil tangan pertama Elly Suriati ini.







Kebetulan siang tu incik bos telah pergi bergumbira sempena Hari keluarga di Desa Waterpark bersama Hafidz.. dan aku pulak ditugaskan menjaga Qaleef di rumah sebab Qaleef kurang sihat. maka bila Incik bos balik malam tu.. aku pulak tukar shift kluar bersama PA merangkap jiran sebelah umah untuk ke Setia Alam Mall dengan niat membeli barang keperluan kerja. Sampai sana boleh pulak terjeling citer Filem Penanggal kat dinding.. dan sekali lagi aku seperti terpanggil panggil untuk menonton filem nih... tapi yang x besnya hanya tinggal tayangan midnite sahaja.. so di pendekkan cerite.. setelah mendapat persetujuan dari incik bos maka sampai jugak hajat aku untuk menonton citer berunsurkan seram seram sejuk nih.. 

Dipendekkan cerita lagi..
Filem ni bermula dengan starting yang bagus. Menyingkap kepada persoalan bagaimana Murni lakonan Ummi Nazeera mewarisi belaan syaitan dari neneknya.

Dan seperti biasa baru jer nak feel keseraman filem nih.. boleh plak aku terperanjat dulu dengan jeritan jiran sebelah kerusi merangkap PA aku tu sampai daku hampir-hampir nak terbalik dari kerusi sebab terkezut tahap boleh tercabut jantung dengan jeritan mu itu .. dan hampir hampir juga aku mengalami sesak napas sebab tangan mu itu boleh pulak hinggap kat muka nih sampai abis tertutup segala sistem pernafasan daku dan kabur terus penglihatan aku untuk seketika..
ces!..
wa baru nak feel tengok antu yg tiba tiba keluar buat Cak Wa! kat tepi perigi time fasha sandha nak mandi malam2 buta.... 

Dah la hampir hampir tercabut jantung.. muka pulak kena tekup dengan tangan..  pop corn kat tangan dikau tu pung abis tercampak lalu berteraburanlah dengan gerak perlahan jatuh ke atas kepala ku.. muka.. dan seterusnya baju ku itew.. 
apa la dosa aku malam tu... 

nasib baik ko pegang pop corn izra inna .. kalo ko pegang air kopi panas ke.. ko pegang durian ke.. ko pegang pokok kaktus ke..  ada jugak aku kena sambung tengok cite penanggal nih dalam ambulance..

Tapi walau apa pun yang terjadi.. despite of segala tragedi pada malam itu.. aku sangat-sangat lah berpuas hati dengan hasil kerja Elly Suriati nih. Kredit dan pujian harus di berikan kepada cinematography  yang sangat artistik dan indah. Setiap sudut, mainan cahaya dan warna punya bicara yang sendiri.. even air mata yang mengalir dari hujung mata Murni (Ummi Nazeera) di bawah sinaran cahaya bulan di realisasikan dengan penuh jiwa dan tanpa sedari jiwa aku pun turut sama merasai kesepian dan kesengsaraan Murni sebagai pewaris 'harta' yang tidak pernah di impi kan nya itu.. 
lupa sekejap daku pada pop corn yang berteraburan di atas kepala ku tadi.. 

Pemilihan lokasi dan props filem nih pun sangat lah sesuai dengan tema genre seram untuk setting tahun 1930. dan thumbs up untuk efek make up antu yang cemerlang. Memandangkan yang aku nih memang tak la minat sangat  dengan cite2 berunsurkan seram sabtu ke.. seram jumaat kliwon ker.. seram raya ke.. maka citer nih aku tengok dalam sudut arts- nya.. tapi kalo nak tanya jugak seram tak citer nih.. haruslah aku kata seram..

Bila citer abis.. jam dah menunjukkan pukul 2.30 pagi.. aku sempat pesan kat PA aku supaya jangan jalan ikut short cut.. pakai jalan biasa.. memandangkan jalan shortcut tu akan lalu kawasan kampung.. dan ada satu part di jalan tu agak sunyi keadaannya..  maka akan agak2 seram la untuk melalui jalan tersebut di waktu jam 2.30 pagi.. berdua pulak tu.. dah la lepas menonton cite antu penanggal pulak.. menonton citer antu tadi pun tak la seseram memandu di kawasan itu pada waktu tersebut aku rasa..

Tapi macam biasa.. PA aku nih memang degil orangnya... aku kata jangan jalan shortcut pakai jalan biasa.. dia dengar aku suruh dia pakai jalan biasa iaitu jalan shortcut.. sabar jer lah mak. 
time tu aircond kat kete pun macam dah tak rasa.. berpeluh pulak rasanya sepanjang perjalanan.. hihik.. dengan takde lampu jalan..di tambah dengan kawasan jalan kampung pukul 2.30 pagi.
mak ai  seram pulak rasanya.. 

Jadi untuk menghilangkan rasa seram seram sejuk aku tu maka aku pun bawak2 lah bercerite.. macam2 story aku bukak.. dari pasal isu semasa.. cerita pasal arts .. citer pasal filem lord of the rings.. citer pasal tajuk tesis PHD pon ado ..

tapi akhirnya TETAP gagal kerana PA aku ni nak jugak mengulas akan keseraman citer antu tadi tu.. ada ka patut time tengah kat jalan kosong.. hanya lalang tinggi yang dok bergerak2.. sunyi dan gelap pulak tuh.. time tu lar dikau dengan penuh curiosity bertanya kenapa antu penanggal tu nak makan baby dalam citer tu.. kenapa perempuan bersalin tuh menjerit.. dan kenapa suami dia keluar tinggalkan wife dia kan dah kena makan ngan antu.. ah macam tu lah lebih kurang soalan yang bertalu2 di malam yang sunyi di tepi jalan yang gelap pukul 2.30 pagi ketika daku baru sahaja menonton cerita Filem antu bertajuk penanggal.. kalo boleh aku jawab segala soalan itu dengan bagi sedas atau selepuk. nak jugak aku buat.. tapi memandangkan aku hanya ada dikau sahaja buat peneman aku yang keseraman tika itu..  maka aku relakan jer la.. 

Dan penat jugak sebenarnya aku buat signal suruh stop dari terus bercakap pasal antu2 nih dari awal perjalanan balik.. nak tukar citer lain pun tak dapat jugak.. siap buat signal rolling mata sampai nak terkeluar bijik mata daku pung dikau tak paham2 jugak..  tengkuk pung dah start meremang.. tapi dikau masih jugak nak bercakap dan membuat ulasan seram dikau tuh..
 apa la dosa aku malam tuh sehingga aku di perlakukan sebegitu roper...

Alhamdulillah sampai jugak aku ke rumah malam tuh.. 
Esok pagi pandai pulak dikau mengadu yang sepanjang perjalanan dalam kete tu rupa rupanya dikau tidak henti2 meremang bulu roma dan berdebar debar n berasa penuh kerseraman sepanjang masa.. 
malas pulak aku nak bagi komen time tuh.. mata  berpinar buat rolling mata bagi signal tak jadi malam tadi pung tak abis lagi..

Ok abis citer aku.. sapa-sapa yang belum tengok citer nih.. dan ada astro kat umah.. atau kat umah jiran sebelah.. boleh la menonton citer nih kat Astro first.. dan sapa-sapa ada bespren macam bespren merangkap PA aku nih plak.. jangan bawak bespren anda itu untuk tengok midnite movie citer seram.. kalo bawak pun jangan sesekali beli kan  pop corn.. Ingat pesanan aku nih.




Visual efek yang sangat berseni.



Finzham itu ante funye kerita vuleh kah ente? 
ana mau bawak yalan yalan itu sekitar kuala lumfur lah.. 
kata ku kefada Syed Yusof..




Tenkiu for reading ya to all my sayangs!

Tuesday 17 December 2013

Sweet November


Assalamualaikum..

Dalam banyak-banyak bulan mengikut kalendar Gregorian.. bulan November adalah bulan yang paling aku suka.. 

Bulan November bagi aku adalah bulan berlakunya banyak momen yang bes bes dan indah-indah belaka.. 

Walaupun keje-keje aku masih banyak dan botingkek tingkek di bulan November... 
dan sume jalanraya di kolumpo nih masih lagi sesak seperti biasa.. 
dan Federal Highway.. Duke..NKVE  pun masih juga tak insaf-insaf dengan jem manjang .... 
dan askar-askar mummy Hafidz n Qaleef masih jugak tak abis-abis bersatu hati dan tenaga untuk memporak perandakan rumah sesepahsepahsepahnya... 
dan duit kat bank pun masih juga seperti bulan2 sebelumnya..belum cukup sejuta lagi..

TAPI... 
Tapi ya tuan2 puan2.. 

Bila masuk bulan november jer.. sume bergerak perlahan sepoi sepoi bahasa dan indah jer bagi aku...  bunga bunga sakura pun (err mana datang sakura nih.. muahaha) macam jatuh perlahan lahan jer depan mata... angin bayu pun lembut jer mendamaikan hati sambil mengiringi alunan lagu si Christina Perry ni yang dah macam nyanyi Live ok siap dengan strings orchestra kat telinga nih... dan time November ni la kalo trap dalam jem beratus ratus kilometrico pun boleh senyum-senyum lagi sambil angkat kening kat kete sebelah... anak berperang buat sepah rumah pun rasa macam nak offer pulak bilik lain kasi diaorang  buat sepah sekali... bila November makan maggie pun rasa macam makan beefsteak..
ah indah betul November....

Bulan November sebenarnya adalah di mana aku akan menjamak kan semua birthday-birthday rakyat-rakyat jelata daku semua kerana November adalah bulan penutup untuk segala birthday birthday dalam family aku... 
Bermula dari August birthday Hafidz.. September Qaleef.. Oktober Daddy diaorang n November pulak adalah birthday aku.. yay!.. so kalo ada mana2 birthday yang tertinggal  di bulan2 tersebut jadik senang citer aku jamak kan jer lah time November nih... 
ini dinamakan ekonomik kata P.Ramlee.. ekonnomik tu sila buat dengung idgham maalghunnah sebab ada sabdu di situ.. 
dan bab bab ekonomik nih memang amat amat aku suka dan gemari...  

Paling bes tahun nih.. Di bulan November jugak.. Hafidz telah berjaya Yay! grad dari Pesantren Little Caliph after tiga tahun jadik pelajar yang berdedikasi siang malam tak tdo study baca buku di bawah sinaran lampu minyak tanah.. eceh.. 

Dan di bulan November jugak adalah bulan di mana incik bos telah berikrar dengan machanya dan dengan sekali nafas dan penuh keyakinan di depan ayah bonda..datuk.. pakcik.. makcik.. kakak.. abang.. bayi..sedara mara.. sahabat handai dan seluruh orang orang kampung pening lalat... dan tak lupa juga di hadapan tok kadi misai melintang yang garang jangan cakap la kalah cikgu matematik  time sekolah menengah dulu... untuk berjanji menjadi pemimpin aku insyaAllah dunia dan akhirat... (sila baca dengan sekali napas.. kalo gagal sila cuba lagi tahun hadapan..

Ahamdulillah tahun nih adalah tahun ke-7 perkahwinan..  yang indah perjalanannya.. walaupun ada ups n downs.. tapi sume tu aku jadikan sebagai pengalaman hidup yang mahal harganya yang tak boleh di tukar ganti dengan apa2 sekali pun.... 
Dan walaupun dah mencecah angka 7.. true colors incik bos sume pun dah dalam poket doeramon aku.. tapi banyak lagi perkara yang aku masih cuba memahami insan yang bernama incik bos ini merangkap suami dan merangkap ayah pada dua worang hero Hafidz n Qaleef..

Dan incik bos tetap incik bos yg aku kenal dulu.. selalu layan aku dengan baik macam dari hari pertama aku kawin tak berubah sampai sekarang..
alhamdulillah...  Selama 7 tahun nih incik bos memang pandai ambik ati..  ader jer nak puji dengan macam2 perkataan yang manis manis belaka... nasib baik tak kena kencing manis... walaupung time tuh aku baru jer bangun tdo rambut mengerbang muka sembab saling tak tumpah macam kak Limah jiran sebelah umah awie.. tapi itu pon masih mendapat pujian jugak.. harhar... 
terima kasih la sygku.. kadang2 aku rasa incik bos ni dah rabun agaknya dan mungkin kata-kata itu adalah dusta semata2 dan sekadar mulut manis sajer.. 
tapi walaubagaimanapung.. mulut manis ker apa ker aku sebenarnya amat amat amat amat menghargai segala perbuatan dan kata2 manis itew.. ewah.. 



Di suatu hari di bulan November










Cak! 
kad birthday dari Hafidz.. Qaleef n Umiena.. untuk mummy
siap cover dengan shawl  nak kasi mummy terkezut ler tew..
alolo tweet sgt..








Uih limited edition nih.. 
gambar hero mummy pon ada kek kad saiz gergasi nih..
 takde di jual di mana2 kedai runcit harap maklum








Ok ketepi ketepi sum orang-orang kampung sekalian..
bagi can ketua kampung ngan  wifey pulak  nak posing..





Orang2 kampung tiba tiba menjadi naik hangin dan
 hampir hampir melakukan tunjuk perasaan
 kerana tidak di jemput untuk posing bersama



mak ai.. ini memang kemarahan yang teramat sangat nih..
 nasib baik ketua kampung sempat membawa wifey menyorok di bawah meja sambil makan nasi  beriani kambing ketika kekecohan berlaku..




Orang-orang kampung yang kemarahan sedang mencari ketua kampung dan wifey..
Uish nasib baik sempat menyorok..




Landing kejap...
 ketua kampung dan wifey masih tertrap di bawah meja...
kensel nak tambah sepinggan lagi nasi beriani..
sedeh arr mcm nih..



Cubaan orang kampung untuk pura pura tdo..
ala trick tu ketua kampung dah pakai dulu..
sila carik trick lain ok..
 kata ketua kampung dari bawah meja..



Sian Pak Kalip nih
 penat carik ketua kampung tak jumpa2..


Pak Mat pulak sempat azan sekali  dan Qamat sekali
untuk memberi keinsafan kepada ketua kampung yang menyorok dari tadi




akhirnya.. kemarahan orang-orang kampung reda setelah di sogok dengan galaxy note sebijik..






Yay.. birthday n anniversary cake mummy..
terkezut ok.. mihmihmih
 mummy balik toilet tgk sume dah kat meja...
tentiyu2





Birthday sapa nih...












Ok potong satu slice jer k... 
yang lain mummy nak awetkan pastu kasi masuk dalam frame..


nah makan ramai-ramai.. 
ingat orang somalia banyak yang tak dapat makan.. 


Can I have some more mummy? .. kata qaleef...




Nah makan ni jer... kata mummy..


ngan yang nih... 



Up sikit satu gambar family..







mummy memang suka tengok cite koboi dulu2..
tu yang manjang posing kluar pistol tuh..
sila paham perasaan mummy yang berkobar kobar ni yer rakyat2 jelata sekelian..


Tenkiu sahabatku merangkap PA merangkap Umiena for d cake.. 
for everything... 
May Allah bless u... :)




Alhamdulillah.. all end well for November.. semoga aku berkesempatan lagi di berikan nikmat umur oleh Allah taala untuk berjumpa lagi November tahun hadapan...
Terima Kasih ya Allah untuk pinjaman umur... rezeki mu... keluarga.. suami dan anak2 yang membahagikan hati.. dan di kurniakan sahabat sahabat yang baik... alhamdulillah...
Good bye November 2013! hope to see u Next year!
  






Thank u for reading to all my sayangs... Tata..!