Monday 28 January 2013

Hikmah ketika Sakit...

Assalamualaikum semua..
'Sabda nabi Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara…. . sihat sebelum sakit... muda sebelum tua... kaya sebelum miskin... lapang sebelum sempit... hidup sebelum mati…'

Baru-baru ni keluarga aku mengalami tragedi sakit berturut turutan… mula dari si kecik Qaleef yang sakit.. lepas baik jer si kecik dia pass plak baton kat umiena merangkap bespren aku merangkap PA aku serta merangkap ahli pengakap kat sekolah dia dulu.. pastu tanpa segan segan umiena pass pulak baton kat aku.. hazab ok sakit kali nih.. rasa insaf sehingga ke jiwa kelbu… x abis insaf aku.. aku pas plak baton kat abg apiz…. Dan akhir sekali baton dapat kat daddy apiz untuk melengkapkan putaran ganas yang sangat menginsafkan dan memberikan pengajaran.
Pengajaran yang mahal harganya sebab silibus nya xde pun dalam mana 2 sistem kbsr atau kbsm atau di cover di mana2 pusat taska, tadika, sekolah rendah sekolah menengah ataupun mana2 pesantren universitas sekali pun.…
  • Pengajaran nombot 1   Antara pengajaran yang paling penting aku belajar kali ni ialah… janganlah memandai mandai untuk menjadi pandai apa yang kita x berapa pandai… huish.. pandai betul aku buat ayat..  ini adalah kerana antara sebab aku sakit teruk hari tu ialah  bila aku pandai2 jer prescribe ubat aku sendirik.

  1. Ni sume happen bila badan dah start rasa demam sakit suam suam kuku sebab sibuk jaga banyak patient kat umah.. aku pun mula lah buat buat pandai aku jer mencilok teh detox bespren aka cik PA  yang tertinggal kat atas meja kat umah aku dengan niat konon2 nya untuk aku menyah segala toksin dalam badan..
    konon konon nyer kalo minum teh ni maka segala tok nenek  syaitonn toksin akan ternyah dari badan aku dan aku pung akan kembali  sihat trang tang tang seperti sedia kala semudah A,B,C gamaknyer..  walhal ubat teh detox tu cik bespren aka cik PA pun x try lagi.. aku lak yang pandai2 try dulu…. ini lah yang di katakan harapkan pandai..rupanyer x ler pandai sangat…. Eh bukan.. harapkan  pagar pagar makan padi…
    ok baru betul.. sekarang baru terasa sedikit pandai…

    Pagi esok nyer bila rasa xder apa2 happen.. aku tambah plak 1 sachet susu kambing dengan konpiden dan tanpa was was..  ensem ok gambar kambing depan kotak tu… tu yg aku berkobar kobar nak minum tuh…         
    Namun walopon  ensem mana gambar kambing kat depan kotak susu kambing tu tapi itu x bermakna yang aku akan terlepas dari racun dan keracunan lagi meracunkan perut dan segala sistem penghadamanku..
    rupa-rupanya X lama lepas tu bermula lah kejadian vicious cycle yang sgt memilukan… dan segala-galanya berubah dengan hanya sekelip mata.. ewah

    Pakej Marathon back to back 4 dalam 1 termasuk diarrhea, muntah non-stop sampai abis satu napas  dan perut cramp sampai guling2 serta gastric n demam panas cukup la buat aku tumbang sekejap …  keadaan time tu mak ai memang lah memilukan ngan x glamer lansung sebab muka manjang dalam besen.. terima kasih lah kepada suamiku yang banyak membantu menyediakan  pelbagai variasi besen  baldi  berbagai  kaler dan size kerana dengan tenaga yang tinggal seciput itu mmg  adalah x wajar sungguh untuk aku membuat marathon mahupung  berlari lari anak untuk ke toilet.. tapi kalau sempat lari  pegi toilet pung memang kemudiannya akan tersadai di tepi toilet bowl jua akhirnya.. sob! Sob!
    Ni kalo Badang tgk keadaan aku time muntah tu pun kompen dia pun turut berasa belas dan pilu dgn aku….

    Memandangkan keadaan yang kritikal dan tenaga yang dah jatuh ke paras negative dan tinggal nyawanyawa ikan keli jer maka incik bos xde pilihan lain melainkan mengangkut  aku dgn paksa rela  ke klinik berhampiran pada pukul 4 pagi…

    Bila dokte tengok jer muka aku yang pucat dan berpenyakit  tu.. maka dokte pun  x cakap banyak terus cucuk  pastu drip ntah bape gelen pain air n drip masuk ubat sekali… merasa la tdo sat kat klinik depan umah..  makseh dokte.. dengan ini saya berjanji akan cuba bersungguh sungguh untuk menjadi lebih pandai selepas ini…

    Sampai umah .boleh plak sambung balik  drama diarrhea, muntah diarrhea, muntah pastu perut cramp, pastu gastric pastu demam panas lagi se round…sob!

    itu lah pengajarannyer rakyat2 jelata sekelian.. ini lah akibatnyer kalau buat2 pandai suka ati aku jer prescribe ubat sendirik…  dari sakit sengal demam manja2 jer jadi sakit sengal demam x manja lansung….
    .Dan pengajaran lain yang aku dapat time sakit nih ialah walopun ensem mana pun gambar kambing yang di paparkan di kotak tapi kalau dah di campur dengan ubat ubatan lain yang x tontu hala mungkin akan menjadi racun di perut dan amat parah akibatnya…

  • Pengajaran nombot 2
    • Time sakit ni jugak lah teringat segala nikmat yang Allah dah beri sebelum ni.. nikmat minum air.. nikmat makan.. nikmat ketawa guling2 ngn anak.. nikmat tengok tv… nikmat solat berdiri…

  • Time sakit nilah nak makan x dapat.. tdo x lena.. mandi x basah..  minum x dapat… asal  minum jer.. kluar balik..  asal minum jer.. kluar balik..sampai kering giler rasa tekak ..  sore pun dah jadi macam ala2 sore yusni jaafar tertelan jagung dalam citer 'Baik Punyer Gila' time dia cakap.. ‘baru balik mid…?’ kat Hamid Gurkha time abg Hamid balik keje n lalu dopan umah Yusni Jaafar.. ha gitu lah kritikalnya keadaan sore aku… insaf ok..

    ..dan time  awal2 demam suam2 kuku tuh… masih lah boleh berdiri tegak nak solat.. tapi bila dah start masuk demam sakit pakej 4 dalam 1 tuh terus x dapat berdiri tegak lansung n terpaksa lah solat duduk jer.. solat duduk pun dah tukar 2 kali stail position sebab gastrik teruk n buat perut pun makin lama2 makin cramp x leh sujud.. dan bila tenaga dah jatuh ke paras sifar n jatuh lagi n jatuh lagi sampai ke paras negative terpaksa lah tukar stail solat baring pulak… wah sgt insaf rasa kek hati.. terasa agak2 aku nih  dah nak pi kot… huhuk… 
    padahal tuhan baru uji sakit pakej 4 dalam 1.. tu pun dah nak black out jer rasa macam nyawa nak melayang  keluar setiap kali bermuntah muntahan…

    Dan mmg ader hikmahnya Allah mengupgrade incik bos dari size S ke size Arnold Schwarzenegger  itu… kerana dalam kes2 genting mcm ni kekuatan dan keenseman seperti Arnold Schwarzenegger  memang lah amatlah di perlukan. 
    Selain dari membantu menjadi nurse tiap kali aku muntah, dan membasuh besen2 itu kembali.. incik Arnold juga lah yang membantu memapah pegi toilet time aku nak ambik air semayang…. Terima kasih incik Arnold Schwarzenegger  … Saya doakan encik Arnold di berikan rahmat kesihatan yang baik selalu….

  • Pengajaran nombot 3
    • Memang benar lah sangat2 kata nabi S.A.W bahawa antara punca kesejahteraan seseorang insan adalah dengan mempunyai jiran yang baik….
    Memang itulah antara doa aku siang malam selain untuk mendapat sahabat2 yang baik berjiwa seri murni  dan sebersih sunlight.. jiran yang baik adalah antara apa yang aku doakan juga



    Sabda Nabi:
                     مِنْ سَعَادَةِ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ الْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ وَالْجَارُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيُّ

    Ertinya : Antara sumber kebahagian dan kesejahteraan seseorang Muslim, adalah mendapat rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa 
     (Riwayat Ahmad, At-Tabrani & Ibn Hibban ; Ibn Hibban, Albani menilainya sebagai sohih )- credit Zaharuddin.



    Terima kasihlah x terhingga di ucapkan kepada jiran aku yang kebetulan merangkap bespren aku jugak dan merangkap pengakap kek atas tu tadi…. Disebabkan mummy bizi dengan urusan muntah permuntahan mummy jadi terpaksa lah mummy mengimport jiran sebelah utk menjaga hafidz n qaleef n tdo dengan 2 hero mummy nih …

    Alhamdulillah… cantik betul perancangan tuhan untuk kita…. 
    Masa awal2 aku kawan dengan pengakap sekolah nih memang kitaorang ada macam2 impian.. impian yang mulanyer cakap2 kosong jer time malam2 mengadap bintang time nak tdo kek hostel dulu… yang akhirnyer dari impian cakap2 kosong jadi impian cakap betul2…. impian nak berjiran… impian nak bisnes sama..  impian keja sama…. Jenjalan sama… dan macam2 lagi impian jangka panjang jangka pendek jangka xbape panjang pendek semua lah…. Syukran to Allah… selagi niat kita baik…. Bukan untuk memberikan kemusnahan kepada bangsa dan Negara… huihihui.. insyaAllah tuhan akan permudahkan untuk merealisasikan impian2 kita… kalau x tertunai pun… mesti ada yang lebih baik insya Allah… terima kasih wahai jiran...

  • Pengajaran nombot 4 : Time musim sakit-sakit nih.. sume perkara rasa menginsafkan…. Tengok citer  fear factor pon rasa insaf tobat xmo nak buat dosa lagi hatta nak mengspray lipas pun rasa aku sudah mengorbankan satu nyawa…. Huihuihi..

  • Citer fear factor yg di tonton ketika badan n perut masih berbaki sakit n sengal2 tu memang lah menguji emosi…. Pulak bila salah satu task abang aaron bagi pada sume mangsa kejadian fear factor tersubut  ialah dok dendiam dalam kotak sebijik macam keranda pastu keranda tu pulak masuk dalam tanah..  then untuk menambahkan kengerian mangsa kejadian yang dok dalam keranda sempit n gelap bawah tanah tu.. mangsa2 ini akan di temani dengan CIK TI saiz reksakse yang berekoq ekoq banyaknyer …  wah ini dah kira takut giler melangkaui tahap kengerian menonton citer sundel bolong di waktu malam jumaat keliwon…. 
    aku nih la plak mmg la dah tahap phobia giler boleh pengsan dengan binatang berhati binatang bernama cik ti nih… sajer jer abg aaron nih nak bagi wa cemas …
    Time tengok citer nih.. xtau lah kejap tutup mata ngan tangan… kejap tekup muka ngan bantal sampai x leh napas.. kejap nyorok bawah kusyen.. menandakan aku mmg xde tokoh lansung untuk masuk  bertanding sekali dalam program fear factor untuk musim yang akan datang..  

    Dan yang buat aku rasa insaf sangat bila aku bayangkan kalau lah tuhan mencabut nyawa aku time sakit2 nih… begitu lah jugak lebih kurang keadaannya dengan aku… akan ke tanah jua akhirnya…  dok dalam tempat sempit dan gelap dan x tau la bintang apa lagi yang ada di bawah itu.. ya Allah adakah aku sudah bersedia.. cukupke amalan ku ya Allah untuk aku bawa temani di dalam dunia yang di bawah tanah itu.. series menggelatar jiwa dan kelbu ok….. sampai la ni time dok taip ni pun bila ingat2 balik rasa dup dap dup dap jer jantung aku nih.. …. wei insaf wei tengok citer fear factor nih..

  • Pengajaran nombot 5 :Seperkara yang para para sakura dan para para sahabat sekelian tidak ketahui.. salah satu cara incik bos menenangkan aku bila aku kesedihan atau menahan sakit ialah dengan bercerita pasai cerita2 indah dengan aku.. begitu lah juga yang incik bos buat ketika aku kehilangan baby akibat keguguran dulu supaya aku menerima segala2 seadanya.. selain dari itu time aku menahan sakit time bersalin pun incik bos guna jugak formula yang sama ni.. walopung sebenarnya aku pun x tau berkesan ke x nak guna  formula incik bos ni bila time dah  rasa sakit yang amat nak bersalin.. sebab time tuh cuma ingat nak melepuk orang jer..
    Jadik bila sakit  x berdaya kali nih hati pun turut menjadi gundah gulana … incik bos pon mula lah bercerita ngan aku… citer dia kali ini ialah perancangan dan persiapan untuk kami sekeluarga sehingga 30 tahun akan datang…. Huish lamanyer incik bos..

    Citer incik bos kali nih mmg sangat lar  indah sampai aku pun dah boleh start tersonyum sonyum time sakit sakit tuh especially bila incik bos bayangkan aku dah jadi nenek bila dah masuk tahun ke 20 yang akan datang… tapi sedeh la pulak bila incik bos citer bab2 berjauhan dengan anak bila anak2 dah besar n sambung belajar nanti… citer time dorang dapat licence kete… licence motor.. x termasuk licence kapal terbang dan licence kapal selam… citer time anak nak ambik ijazah.. time diorang kawin.. time diaorang  dapat anak pulak….  Macam2 lah..

    Perasaan bercampur baur la plak dalam hati… hepi campur sedih… again, sudah sedia kah aku? Dan yang paling penting ada kah aku ada dalam semua moment penting  itu… huwaaaaaaaaaaa…..
    ya Allah panjang kan lah umur ku… berikan lah kesihatan kepada ku…  berilah aku peluang untuk aku melihat setiap saat progress pembesaran , jatuh bangun dan  kejayaan mereka….  Ya Allah plz have mercy on me…. Berikan lah aku peluang untuk berada di setiap momen itu..

  • Pengajaran nombot 6 Finally, apa yang aku belajar dari hikmah sakit nih… segala ubat tok nenek yang dokte berikan itu hanya sokongan sahaja.. tapi bila tengok senyuman orang2 yang aku sayang…. Ketawa anak2… bantuan sahabat…  doa suami… .. itu lah yg sebenarnya sebaik2 ubat untuk aku….  


antara mangsa kejadian tragedi sakit berturut turutan.


lagi imej mangsa kejadian tragedi sakit berturut turutan dari jarak atas helikopter


lagi imej mangsa kejadian tragedi sakit berturut turutan tukar posisi pulak



             mangsa kejadian tragedi sakit berturut turutan yang insaf lepas teman mummy tengok fear factor.



            mangsa kejadian abang adik tragedi sakit berturut turutan telah bersepakat membawa berkat    
                                         untuk berikrar bersama sama untuk sentiasa listen kepada mummy




             Selepas 2 jam mangsa kejadian abang adik tragedi sakit berturut turutan masih lagi x abis abis ikrar.  
                                                          Memang kompem panjang berjela jela ikrar..





                                                                     ubat paling mujarab....

                           saat2 bahagia ketika sihat walafiat walopon abang superman kat tepi  macam rupa x
                                                                              puas ati jer..





              Syukran ya Allah…..

Bila sakit2 ni teringat pulak mak bapak yang dah berumur di kampung….. Semoga Allah menjaga mereka… Ya Allah jaga lah mereka2 ini Ya Allah… ibu bapaku.. ibu bapa mertuaku.. ibu bapa angkatku.. ibu bapa sahabat sahabatku yang sedang membaca entry ini.. ibu bapa sahabat sekelian yang lain ..saudara mara kami… saudara mara seislam.. saudara saudara kami di Gaza, Syria.. Ya Allah selamatkan lah Dr. Aafia Siddiqui dan keluarganya yang dipenjara diseksa dan dipisah kan dengan anaknya bertahun2 lamanya.. yang kisah dia sempat aku baca  time aku sakit hari tu… Ya Allah berikanlah rahmat kesihatan dan keselamatan dan rezeki yang baik dan juga tenaga untuk kami terus berjuang di bumi mu ya Allah…..
Wasalam J





7 comments:

  1. Jd bingat2lh len kali agar x mudah or cepat mengambil jln mudah untuk cepat sembuh dgn mengambil mknn tanpa memeriksa apa khasiat yg ada pada mknn tambahan 2.... dan jgn lupa bbalik kpd makanan2 yg bkhasiat seperti yg ada tdpt d dlm al-quran sperti madu n byk lg.. tapi bukan madu yg biasa kt supermarket 2 yg RM 7mcm 2... p madu asli yg dr hutan tebal... krn d dlm tkumpul inti pati dr bmcm2 tumbuhan yg d sedut lebah yg mngandungibyk khasiat yg baik untuk kesihatan.... p klu nk lebih baik.... amalkan pengambilan nya sbagai mknn tambahan harian spy sentiasa sihat sll... :) insyaAllah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik... :)
      akan beringat ingat selepas ini... dan mencari madu asli... terima kasih :))

      Delete
  2. Ma......memang seorang pencerita yang hebat!! Insaf, sedih, tertawa semuanya dirangkum dalam satu cerita...Hamba pun idok sehebatmu. Ya!!!Bila Ma mula bicara...teruskan sahabat!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sahabatku syg....
      ambo pun biasa2 jer.. idok la jugak hebat mana pung.. cuma share citer2 biasa dlm dunia kecik ambo.. tenkiu atas sokongan ella ku... rasa terharu ler pulok... hihik...

      Delete
  3. Nikmat Allah & kasih sayang dari org tercinta adalah antibiotik setiap musibah yg ada..Terkadang seseorg tu susah meluah kasih sayang dengan madah manis yang sentiasa didengar di corong2 radio.. Tapi dengan perbuatan & pengorbanannya..

    ReplyDelete
  4. Insaf...Insaf... Memang kesihatan tak dapat dijual beli hatta dgn segunung emas... Terhibur dengan gambar anak2 cik ma....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulun la insaf....
      hihik...

      makseh cik ted.. eh cik pah.. eh cik din... eh x tau la cik sapa nih..

      thanx for reading..

      Delete