Monday 25 November 2013

Semangat Mummy!

Assalamualaikum

Soalan yang agak popular masa kecik dulu yang mana sume orang nak tanya tak kira ibu bapa, guru, datuk nenek, pakcik makcik dan termasuklah jiran sebelah rumah ialah mengenai cita-cita. 

Seingat-ingat aku cita-cita pertama aku ialah menjadi seorang polis. That was wayy before aku masuk sekolah tadika.. Sebab utama aku berangan nak jadi polis time tu adalah kerana aku sangatlah  teruja dengan kasut hitam polis sampai aku pun memasang angan-angan satu hari nanti aku akan menjadi polis supaya dapat memakai kasut dasat macha kaler hitam itu tiap-tiap hari. 
Disebabkan ayah aku pun ada kasut kaler hitam macha serupa macam kasut polis time tu.. maka  aku pung ingat ayah aku jugak adalah seorang polis memandangkan kasut pun dah sama. Ok memang tak pun sebenarnya.
sobs! kecewa sangat ok.
Tapi nasib baik ayah aku ada kasut kaler hitam time tu.. so aku ingat dia adalah polis.. kalo dia ada kasut kaler grey.. mesti aku ingat yang dia adalah seorang Ultraman. 
mesti kekecewaan aku adalah lebih dahsat lagi..

Bila obsession aku dengan kasut macha kaler hitam macam kasut polis tu berakhir. Aku bercita-cita pulak untuk menjadi seorang  Pam attandan ataupun senang cite keje dekat stesen minyak. Memang tulus sungguh sume cita2 aku dulu.  Sebab musabab nak jadi pam attandan ni plak adalah kerana time aku kecik aku suka sangat main dengan kunci kete pastu cucuk kunci kat kerusi rotan pastu berangan masukkan minyak.
Huish..  Bes oo..  kalah main masak2 ngan jiran depan umah yang asik nak nangis jer time tu. hik

Lepas aku masuk darjah 1.. biasalah sume orang nak jadik cikgu termasuklah aku.. Tapi aku ingat lagi time tu aku nak jadik cikgu sebab aku suka sangat  main dengan kapur dengan blackboard.. sangat kool ok bermain tulis2 dengan menggunakan kapur dan blackboard lepas tu denda orang berdiri atas kerusi.

Dan cita-cita aku waktu kecik  sentiasa jer berubah rubah mengikut season.. kadang2 aku rasa nak jadi mata2 gelap.. .  kadang2 aku rasa nak jadi Macgyver..kahkahkah.. ok tak kelakar pun. kadangkadang nak jadik hakim.. kadang2 nak jadik lawyer.. kadang2 nak jadi  ustazah.. kadang2 nak jadik sailormoon.. 
Bila dah besar sikit baru lah konsisten sikit cita2 aku tu..

Dan, bila aku dah ada  anak.. aku pun tanya la soalan yang sama dekat anak aku Hafidz. 
Ha jawab cepat.. dikau ingat senang mummy nak jawab time mummy kecik2 kiut2 dulu tu ha.. 

Amazingly, Masa dia umur 4 tahun dia jawab.. 'I wanna be an Astronout..' 
Wah!..  memang advanced budak2 kecik zaman teknologi nih.. 
rasa masa aku umur 4 tahun kecik Hafidz ni dulu.. Memang takde la lansung astronout ni dalam vocabulary cita-cita aku.. mungkin jugak time tu aku ingat astronout itu adalah sejenis kuih yang di makan ketika minum petang.. 

Then, sekarang dah 6 tahun dia kata 'mummy can i add one more.. selain astronout Hafidz wanna be an architect.. boleh ker mummy?

what shall i say... 

alhamdulillah... amin.. 

aku pun sebenarnya tak kisah pun apa cita-cita anak2 aku nanti... yang penting anak2 berjaya dunia akhirat.. nak jadi astronout ke.. nak jadi architect ke.. nak jadi engineer ke.. nak jadi cikgu ke.. tak kisah lah.. Apa-apa pun yang penting haruslah memilih jalan yang betul di dunia ni dan semoga berjaya dunia dan akhirat.. itu pun aku dah syukur sangat. and after all the ultimate objektive kita di dunia ni pun adalah untuk mempersiapkan diri untuk berjumpa yang maha Pencipta.. 

Dan yang penting asalkan dia tak de la ada cita-cita yang bukan-bukan.. ye lah  mana tau tiba2 dia kata bercita cita nak jadik ikan paus ke.. nak jadik pokok ke.. nak jadik kapal selam.. haruslah time tu aku akan menentang habis habisan. 



Sekitar Ihtifal day - 16 Nov hari tu..
















 Few minutes sebelum masuk hall untuk recitation ayat Quran








Recitation ayat Kursi dah ayat dari Surah Yassin 1-8









 Ahhhh.. indahnya zaman kecik..  











  Pure smiles.. n Pure Heart..









 Nasib baik YB datang melawat..



 Performance tarian.. Alolo nomei nomei sangat semuanya tau.. 





























 Yippie!!





Alhamdulillah.. 
Seems like it was just yesterday i was holding you in my arms n proudly welcome u to the world.  Thank u Hafidz sebab jadi anak mummy yang baik.. yang selalu tolong mummy.. yang selalu ceriakan mummy n family.. 

Thank u Hafidz sebab selalu aminkan doa mummy.. selalu pinjamkan bahu n hugs me bila mummy needs it.. semoga syurga buatmu anakku..

Bila aku miscarriage dulu.. he was the very first person yg datang n hug me without saying any words n then the next day he told me to be happy because "adik is in heaven now.." 
ahh  my heart melted when I heard those precious words...  

Kadang-kadang budak2 kecik ni selalu buat.. pikir.. cakap.. beyond our expectation. 
sebenarnya banyak la perkara yang Hafidz selalu jer buat aku amazed. 

Masa aku tanya pendapat Hafidz ok tak kalau kita stop buying and eating McDonalds sebagai tanda protest dengan Yahudi yang manjang nak menindas sedara2 seislam kita di Palestine.. Alhamdulillah.. untuk budak kecik umur 5 tahun time tu Hafidz memang mendapat standing ovation aku sebab tanpa cakap banyak dia menyokong penuh dengan keputusan aku tu.. Till now dah almost dua tahun.. Hafidz lah yang berdiri teguh di belakang aku dan yang selalu je ingatkan semua ahli famili tentang kesepakatan mengenai McDonalds dan tentang penderitaan sedara2 kita dekat Palestine tu.. 
Thank u Hafidz sebab menjadikan keje mummy tersangatlah mudah.. 

Terima kasih jugak la Hafidz sebab rajin tolong mummy sopping barang-barang rumah.. Sebab selalu jer ingatkan mummy untuk cek ada logo halal ke tak.. aku kadang2 amazed betul dengan apa yang budak2 sekarang2 achieved. Masa aku lebih kurang baya Hafidz tak de lah seingat ingat aku nak remind mak aku soh berhati-hati beli barang ke.. cek logo Halal ke hapa... insaf ok soping dengan Hafidz nih...

Sebenarnya aku tak sangka banyak betul stok air mata ni kena ada bila dah jadi ibu especially kalo ibu yang congek macam aku nih.. tengok anak sukan pun nak nangis.. tengok anak baca buku nangis.. tengok anak orang lain baca pun nangis.. tengok anak masuk spital nangis.. tengok anak abis belajar sekolah tadika pun nak nangis walopon belum sampai part kena nangis lagi.. tu blm masuk bab tengok masterchef.. pon nak nangis...  ngada sangat tau mummy nih..

To my Hafidz.. mummy doakan semoga berjaya dunia akhirat.. dan semoga dikurniakan  masa depan yang cemerlang.. di berikan akhlak yng mulia.. semoga dipermudahkan untuk belajar.. mendapat sahabat2 yang baik insyaAllah.. 
dan kepada daddy, atok nenek pak nek mak nek..all aunties uncles di sana di sini dan di sinun semua.. guru2 yang banyak berjasa.. umina yang baik hati.. mak tiri bawang merah bawang putih pun dia jugak.. Ibu Dah..  jiran2.. thank u thank u sebab selalu mendoakan Hafidz..

ha.. tu baru ucapan graduate kindergarten.. kalo graduate Universiti ke pesantren ke.. mau satu kampung wa sebut..


Dan yang paling penting ucapan syukur ku yang tak terhingga kepada yang mengurniakan segalanya.. Thank u Allah! Syukur alhamdulillah..


Ok.. Thank u for reading ya to all my sayangs!

1 comment:

  1. Congratulations Ma Hamzah.. and to your son on this great accomplishment! It must be a very proud moment for you Ma Hamzah to have such a quality son!.. I love how you worded everything.. It is amazing how we don't expect that children are growing..mentally and physically.. May Allah bless you and your family..Ameen..

    ReplyDelete