Assalamualaikum..
Semalam sempat menonton Majalah 3 mengenai Pahlawan Terbilang Melayu Mat Kilau. Terharu sungguh bila mengenangkan semangat dan perjuangan orang-orang hebat Melayu dahulu yang berjuang mempertahankan maruah bangsa dan agama dari di pijak penjajah.
Nama
nama hebat pejuang-pejuang dulu macam Mat Kilau, Tok Gajah, Dato Bahaman di Pahang,
Penghulu Dol Said di Naning, Tok Janggut
di Kelantan serta Datuk
Maharajalela di Perak semamangnya banyak kali di sebut dalam subjek sejarah masa sekolah menengah
dulu.
Mat Kilau ni pun bukan calang-calang keturunannya kerana ayahandanya sendiri
adalah salah seorang pejuang menentang penjajah ketika itu iatu Imam Rasu bin
Shahrum, berpangkat Orang Kaya Raja iaitu setaraf dengan Orang Besar Empat di
Pahang iaitu Tok Gajah sendiri. Dan Perjuangan Mat Kilau ni sebenarnya bukan
saja setakat berjuang menentang British di negeri kelahiran beliau saja tapi
melewati Terengganu dan Kelantan. Di ceritakan kehebatan Mat Kilau ketika bertempur dengan penjajah British dahulu.. bahawa hanya dengan sekali libasannya sahaja.. boleh mengorbankan 9 nyawa di hujung parangnya itu. Wallahualam.
Alkisah, Kemunculan semula legenda
itu pada 26 Disember 1969 menggemparkan tanah air setelah di kabarkan meninggal dunia ketika menentang penjajah dahulu. Pada tarikh tersebut setelah 74 tahun di percayai telah terkorban pada tahun 1895, bersama
kuburnya yang terletak di Kelantan, Mat Kilau sekali lagi muncul dan kembali ke kampung halamannya di Kampung Masjid Pulau Tawar. Cerita kepulangan Mat Kilau di kabarkan telah bertukar dari mulut ke mulut
dan pada hari bersejarah tersebut di ceritakan hampir 15 ribu orang telah
menunggu kedatangan beliau di perkarangan
masjid. Semua yang hadir pada masa tu sememangnya menunggu-nunggu pengakuan lelaki
tua misteri yang hanya di kenali dengan nama samaran Mat Siam dan bekerja di
feri di Gambang Pahang .
Sekembalinya beliau ke kampungnya, Mat kilau bersembahyang
jumaat bersama jemaah yang lain dan selesai solat, beliau membaca Al Quran dan selepas itu beliau akhirnya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau pahlawan terbilang Melayu yang melawan British suatu masa dahulu. Orang ramai yang menunggu dari pagi pada hari tersebut
menyambut berita itu dengan gembira dan linangan
air mata akan kembalinya hero bangsa ke kampung halaman mereka.. Di ceritakan ramai
yang mengambil kesempatan untuk bersalaman dan mencium tangan insan yang besar
jasanya itu.
Pahlawan Mat Kilau di bawa ke Masjid untuk pengakuan terbuka dirinya sebenar.
Dan pengistiharan ini memanglah
meggemparkan seluruh Negara sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan Jawatan Kuasa
pada 8 Januari 1970 untuk menyiasat kesahihan kebenaran cerita tersebut.
Alhamdulllah 8 bulan selepas membuat kajian rapi lelaki misteri yang hanya di
kenali Mat Siam akhirnya di sahkan sebagai Mat Kilau oleh
Menteri Besar Pahang.
Namun Allah lebih menyayangi insan yang
berjasa besar ini, 4 hari selepas pengistiharan oleh menteri Besar tersebut,
beliau akhirnya di jemput kembali menemui Pencipta di usia 123 tahun.
Menariknya, anak angkat Mat Kilau Abu
Bakar Awang yang akhirnya menjadi menantunya juga tidak tahu bahawa lelaki
yang selalu bersamanya dahulu itu adalah merupakan pahlawan besar Negara Mat Kilau kerana beliau selalu berdalih-dalih bila di tanya
mengenai asal usulnya. Namun cerita cerita megenai
perjuangan pahlawan terbilang dahulu seperti kisah Mat Kilau, Tok Bahaman
sering di ceritakan dengan kemas. Malah sebagai
insan yang rapat di tahun-tahun akhir hayat Mat Kilau, beliau telah diwarisi seni silat Tapak Setia Suci yang terkenal sebagai silat bertempur, daripada
Mat Kilau sendiri.
Cerita beliau, Mat Kilau antara
orang paling gembira menunggu pengishtiharan kemerdekaan. Beliau masih ingat,
ketika itu, walaupun umurnya sudah melewati 100 tahun namun semangat dan keghairahan Mat Kilau sememangnya luar biasa untuk bersama-sama menyertai sambutan
upacara bersejarah tersebut. Maka pagi-pagi
31 Ogos 1957 hari itu, selepas solat
subuh mereka berdua terus ke Bandar Kuantan untuk sama-sama menyertai upacara
sambutan kemerdekaan peringkat negeri.
Menurut Abu Bakar lagi, di dalam ribuan
orang ramai di upacara bersejarah tersebut bapa angkatnya itu ada berkata
dengan penuh makna “Tengok, siapa sangka aku juga sempat melihat (negara)
merdeka". Tanpa di sangka bahawa beliau sedang memberi bayangan
yang beliau adalah pejuang besar negara Mat Kilau yang bermati
matian menentang British pada tahun 1880-an dan 1890-an dulu.
Namun ironinya, tiada seorang pun
tahu pada hari berkenaan di kalangan puluhan ribuan manusia yang berkumpul di
Padang Masjid Negeri Kuantan, ada terselit seorang tua yang berusia lebih 100 tahun
yang berpeluang melaungkan ungkapan keramat “Merdeka!” hasil pengorbanan beliau sendiri dan rakan-rakan yang mempertaruhkan hidup dan darah untuk mempertahankan agama
dan tanah air suatu masa dahulu.
Dialah Mat Kilau, anak pejuang Imam
Perang Rasu bin Shahrum iaitu Tok Gajah. Yang mana telah di pilih Allah untuk mewakili
rakan rakan seperjuangan sezamannya yang telah tiada seperti Datuk Bahaman,
Tok Gajah, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Maharaja
Lela dan Dol Said untuk menyaksikan hari bersejarah Tanah Melayu merdeka
dan bebas dari penjajah.
Mat Kilau di akhir usianya.
Beliau
tidak meninggalkan apa-apa harta pusaka kecuali meminjamkan semangat perjuangan
dan keberanian beliau untuk diwarisi generasi akan datang agar kita tidak
kembali dijajah
Al –fatihah untuk semua perjuang Negara.
Hanya tuhan yang dapat membalas jasa
mereka.
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke -56 semua!
semoga kita merdeka dari segala bentuk penjajahan, kezaliman atau penindasan...
Thank u for reading!
:)
No comments:
Post a Comment