Thursday 23 May 2013

Tips Parenting dan nilai keibubapaan di Universal Studio Singapore

Assalamualaikum..

Wah.. Poyo sangat ok tajuk entry kali nih... thehehe... Para ibu bapa di luar sana sila bawak bersabar... hihik

Sebenarnya aku baru jer balik dari Singapura last week dan stay kat sana lebih kurang dalam 4 hari. Tujuan utama ke Singapura adalah kerana memenuhi jemputan kahwin kazen di sana... Alhamdulillah majlis yang sangat indah dan meriah...

Alang-alang dah kat Singapore.. maka rugi lah kalo x menyelitkan sikit jadual merayap sana sini dan sinun dalam itinerary. Untuk mereka-mereka yang berjiwa kanak-kanak rebina... serta mempunyai sejarah bercakap dengan Elmo dan Big Bird sebelum titon time kecik2 dahulu... maka nya Universal Studio adalah destinasi wajib yang harus di tuju jika berada di kota singa ini.. Aumm...

Oh my imaginery prens... where have u been buddy? 
i miss u.... piyu.. piyu... 



maka nama pung dah sekampung datang.. jadi seharusnya sebagai ibu2 dan bapak2 komitmen dan kecekalan yang sangat tinggi adalah amat perlu untuk memastikan anak2 kecik geng bas sekolah ini dapat bergumbira di masa yang di tetapkan dan dalam masa yg sama faktor2 keselamatan tidak di lepas pandang. ecewah.. terasa macam ketua pramugari  ok time bagi instruction dalam plane.. thehehe

Bersama rombongan kiah sekampung iaitu- 

aku, incik bos, hafiz n Qaleef, PA aku merangkap pengakap cik umiena,
  family kakak bersama hubby n 4 org nieces n nephew..  dan my uncle Zul n Hazwan my kazen.. 




yang pakai skirt hijau tu memang nampak sangat bersungguh2 berposing 
 sebab x mo kalah dengan zirapah kat belakang.


Jadi murid2 sekelian.. kunci utama.. paling utama yer murid2 ketika di USS ini adalah disiplin ok disiplin...  kerana kalo tiada disiplin yang tinggi... bersama pulak 6 kanak2 riang sedunia.. plus bersama 7 ibu bapa dan dewasa yang berjiwa kanak2 yang terlebih riang dari kanak2 sendirik.. maka kebarangkalian untuk kehilangan anak atau kehilangan mak bapak di tengah2 ribuan rakyat jelata di kampung USS ini sememangnya teramatlah cerah..



tengok wong fei hung nih pung dah tau disiplin ke x.. malas mak nak cite.




naseb baik ada 2 ahli kumpulan yg paling berdisiplin nih.. 
Sila contohi ok 



Ok disiplin la sangat..
 Mak bapak pung lebih kurang 2x5 jer sebenarnya... 
weeeeeeeeeeeee...... 

  tepi2...  ketepi semua...
mummy nak posing nih...


So, sesiapa ibu bapa yang plan nak pegi USS atau yang nak pegi lagi dan lagi.. these are some tips yang ibu2 bapak2 boleh ambil untuk di jadikan sebagai pedoman hidup.. :)

Tip 1

kalo korang tiba2 terplan nak pegi ke USS membawa anak2 beryalan2 meluaskan pandangan di sana, maka perkara pertama sekali harus anda lakukan ialah bekerja dengan sekuat hati dan sepenuh perasaan siang dan malam hingga bos anda perasaan dan berasa bangga dan terharu lalu mengambil keputusan untuk memberikan anda bonus 8 bulan dan 2 tiket percuma ke USS.. ewah! 
maka duit 8 bulan bonus itu bolehlah di buat untuk bersoping sakan  di sana sepuas hati  kerana segala mak nenek souvernir dan merchandise di sana sememangnya sangatlah indah indah dan tomei tomei dan tiyut tiyut dan juga harganya turut membelah jiwa raga dan poket.. 

Namun bagi pelancong2 bajet .. wah felancong ok felancong.. ni yg terasa macam pelancong  kokesen mix Mat Saleh dari Bulgaria... harus lah sentiasa berpegang kepada motto berjimat cermat amalan mulia... thehehe

 Wah terasa seakan akan di kayangan ok


alolo tomei sgt Ginger bread soft toys nih.. 



 Bagi yang suka Fridge magnet.. macam2 koleksi boleh dapat kat sini.. order jer




Elmo dan baby di jual berasingan..



Tip 2

Tip kedua ialah pastikan baju anda dan anak2 anda adalah bersesuaian.. uniform torsobut juga haruslah selesa untuk di buat berlari pecut berganti ganti bila mengejar anak2 anda nanti. 

Dan disebab cuaca di USS di jangka panas sepanasnya .. jadi  ibu bapa sekelian, jikalau tidak mau anda dan anak2 anda bertukar satu tona gelap kebelakang maka sunblock SPF 100 mestilah bersiap sedia berada di dalam beg dan haruslah di apply sebanyak mungkin sehingga cahaya matahari xde can langsung untuk mengigit kulit anda dan anak anda.. ha macam tu.

Namunbegitu walopung panas seperti di dalam sauna tapi jgn kau sangka panas hingga ke petang kerana rupanya hujan pulak di tengah jalan..  

Jadi  uniform anda juga haruslah yang bersesuaian untuk menyerap peluh kerana peluh yang menitik ko jangan cakaplah bergelen gelen banyaknya...  dan juga haruslah yang mudah kering sekiranya ia simbahi hujan pula.. membawa baju hujan dari rumah adalah amatlah di galakkan. 

Membawa baju lebih especially untuk anak2 memang di sarankan. kemungkinan seperti anak2 anda akan basah kuyup, terkencing dalam seluar, termuntah akibat pening2 lalat dan macam2 lagi kemungkinan yang pelik2 mungkin saja akan berlaku di sini, All mothers out there, u need to expect the unexpected
Ish.. terasa nak berperang lak..

Tapi memandangkan aku hari tu ada kenduri doa selamat to attend after berjimba-jimbaan di USS maka pakaian aku adalah sedikit  kudus dan tulus.


                                                   bersama uniform yang kudus dan tulus



                                      
    
Kalo malas nak bawak baju hujan. Baju hujan ada di jual di USS dengan harga S$3sahaja. 



Tip 3

Sila datang seawal mungkin dan balik selambat mungkin untuk memastikan anak2 anda berpeluang untuk try sebanyak mungkin rides dan attractions yang ada di sana. kalo nak try berkali kali pon boleh kalo anda kose sangat nak beratur berkali2. Jangan lupa top-up auto pass anda secukupnya sekiranya anda memandu kereta sendiri kerana parking fee di situ sememangnya berorientasikan sistem kapitalis.
Aku hari tu dari pukul 12-7pm total perlaburan untuk parking di situ adalah  S$26. Sila imagine dalam matawang Malaysia. 

Kalo x cukup value di autopass anda.. kad boleh lah di topup di Seven Eleven di luar entrance USS.

Dekat USS ni sebenarnya di bahagikan 7 zon. 
  1. Zon Hollywood 
  2. Zon New York
  3. Zon Sci-Fi
  4. Zon Ancient Egypt
  5. Zon Lost World
  6. Zon Far Far Away
  7. Zon Madagascar

1. ZON HOLLYWOOD

 Hollywood lane 



Abg Hapiz hampir2 menjadi mangsa korban abg Frankie. 
naseb baik mak sempat menyorok.


 Mel's Dinettes yang sangat energetic


Daddy O's. 
Cubo ekau nyanyi lagu nasyid Sepohon Pokok lak.. den nak donga..



Kak Marilyn Monroe yang bz all the time... Time ni skirt kak marilyn x kembang.. 
dia lupa nak on kipas aku rasa


Apo la nak jadi dongan ekau ni Marilyn.. kata abg Hapiz sebelum berlalu pergi..
thehehe...





2. ZON NEW YORK 



Percubaan menghalang lalu lintas..





aww.. my pebelet character.. abg Cookie monster..
abg Cookie jemput dtg umah den raya nanti hokey


Sempat abg Cookie menjemput pulak ke rumahnya kek hujung simpang 3 katanya..


Big Bird n prens tengah membuat show..  I lep them all... tsk!

 Sedih ok.. 
inilah kawan2 daku masa kecik dulu.. 
Tak besar besar rupanya... Tu lah dulu kecik2 xmo minum susu Dumex.. . 


Lights, Camera and Action ni hosted by Steven Spilberg.
Best giler. 

kira ni lah lebih kurang set pengambaran Pakcik Steven yg kita tengok kat dalam tv tuh..
Segala letupan Opocot Mak Kau.. hujan ribut taufan.. Tingkap pecah... bot masuk..  mmg osem giler

Mak cemas ok..
 bergegar semacam ingatkan abg King Kong yang nak terjah masuk set tadi... naseb bek tak...
 Phew! lega .. nyaris2 rasa nak terkorban kat situ.. 


Disaat  kejadian yang mencemaskan..



3. ZON SCI- FI

Dekat Zon ni of kos la yang paling glamer n outstanding ialah Transformer Ride dia.. Ride ni pung sgt mengujakan n bes bagi sapa2 yang berjiwa perang nih. Sebab anda konon2nyer jadi one of the fighter bersama Optimus Prime ngan Autobot berperang melawan penjahat Decepticon n the gangs.
Abg Hafiz n Daddy memang enjoy abis. Rasa hero la tu..

Untuk Ride ni aku bagi A+




 Dapat sebijik bes nih... boleh teman pegi pasar







4. ZON ANCIENT EGYPT

Kat sini ada Revenge of the Mummy and Treasure Hunters. Tapi kitaorg x sempat nak try apa2 rides or attractions yang diaorang ada kat sini... just lalu kat depan bangunan sebab time tu hujan turun lebat n perut pun dah berkeroncong..






5. ZON LOST WORLD




Dinasor ada di mana2.. gelabah mak ok... purba sangat binatang nih...





Water ride


lebih kurang macam ni lah journey dalam water ride tu.. 
gamba di cilok dari internet sbb x sempat nak ambik 
pasal  terlalu takjub dengan keadaan alam sekitar dan kebasahan yang di alami. 



6. ZON FAR FAR AWAY




7. ZON MADAGASCAR







enjoy the ride! 


mak memang alergic sgt dengan Buaya darat nih... shuh shuh







Tip 4 

Untuk orang2 Islam maka solat itu wajib.
Maka tempat solat mungkin tidak akan anda jumpa walaupun menggunakan GPS, GPRS maupung GP Sports ataupun Moto GP sebab xde pun sign yang menunjukkan arah ke surau. Unless kalo anda tanya kepada staff yang berkenaan. Yang berkenaan ok.. jgn ko tanya kat staff yang x berkenaan pulak.. 

Surau di USS sebenarnya tersembunyi di belakang tempat simpanan barang/locker untuk visitors iaitu di sebelah bangunan The Mummies. Main sembunyik2 pulak dia.. Penat tau ai cari..



Shhhh,,, Dont tell mummy i am heiyeh hokeyh... 

Ingat surau adalah berhampiran bangunan The Mummies.. Jangan lupa buat solat jamak dan Qasar

.



Tip 5

Kepada ibu bapa yang dah plan nak soping sakan dan mengosongkan bank akaun anda di sini... make sure ibu2 dan bapak2 tukar lah duit anda ke matawang Sing$ sebelum anda menjejak kaki masuk ke USS ni.. sbb masa tukar kat shah alam dulu the rate ialah 0.42.. so kalo anda tukar seratus dapatlah dalam RM41 hengget..  n kalo konon nya anda nak tukar seribu maka kat tangan hanyalah dalam Sing $400  sajer..  Dua ribu hengget  dapatlah Sing $ 800.. Tiga ribu hengget.. ahh maleh pulak aku nak kira... 
Tapi kalo anda tukar di USS.. seratus tu akan menjadi lebih ciput dan kiyut kerana anda cuma dapat dalam 30 hengget lebih sajer.. darabla berapa anda nak tukar...

kepada pelancong2 yang bajet *aku ler tu... sila gunakan skill congak anda dan tajamkan skill matematik anda sebelum ke sana. 


Tip 6 

kalo anda malas nak bawak anak2 anda makan di restoran2 yang berada di USS kerana mungkin perasaan anda berbelah bagi kerana tidak sure akan ke halal-an toyyiban nya maka senang cite penuhkan jer lah beg anda dengan nasi lemak, roti canai, nasi dagang, kek lapis, air sirap bandung selasih sebagai bekalan di hari muka. Yang penting jangan lupa baca bismillah sebelum makan tu je. 




Sebenarnya banyak jer food kat sini... Nak tak nak jer... :)



Alhamdulillah... abis 1 ari aku kat USS nih... memang bes sangat... walopun ramai yang kata Transformer ride tadi tu was a superb experience... tapi bagi aku yang cintakan kedamaian.. ketenangan... keharmonian rumah tangga..  ewah! dan cintakan haiwan2 ternakan... haruslah aku pilih yg duduk bersenang lenang kat atas bot kat madagascar tu... bes ok tgk binatang2 buas buat kelakar...

Dan of kos la aku suka Elmo, Big bird n the prens sume tuh sbb diaorang lah peneman daku ketika daku kebosanan time aku masih kecik dan kiyut miyut suatu masa dahulu... Ye lah dulu mana ada Ben 10... balik2 cite Sesame's Street tu lar yg aku layan tiap2 ari..
kira aku ngn Qaleef sama naik la.. 2-2 hepi giler tengok Elmo... lupa plak akan disiplin yang mak uar2kan awal2 tadi... hihik...

Abg Hapiz n d cuzzins alhamdulillah sume hepi dan balik dongan senyuman.
Alhamdulillah.. Tenkiu Allah! Tenkiu Uncle yang mensponsor semuanya.. WAH! thehehe...




Okeh.. we gotta rush.. got Kenduri Doa Selamat to catch!!



Tada...
 gamba kerusi ini memberi signifikasi yang kitaorg dah sampai ke rumah perantin..



 Abaikan la muka aku yang keletihan, surnburn dan ketandusan air tu...
Sila fokus ke wajah pengantin soon-to-be yang santek berseri yang berdiri kat sebelah aku tuh saja



Berganding bahu menyiapkan potpori utk di berikan kepada para tetamu sambil bergossip gurls...


Ai nak makan pun susah hokey.. kata Syafiqah kepada paparazi





Ok to all my sayangs
Tenkiu for reading...! i lepiyu..

1 comment:

  1. Semoga entry pada kali ni..memberi info kepada ibubapa yg committed dgn anak2... Anak2 ni amanah Allah...

    Bagi diriku, pengembaraan bersama2 anak2 mmg penat giler.. kita tak mampu menerawangkan fikiran wlupn sesaat...kerna sesaat tu bleh jadi penyebab anak2 hilang entah ke mana....

    Bukan senang nk educate generasi Z ni (tak tau la klau ada generasi nama lain)...Namun satisfaction + tired = 110%... Mmg berbaloi2...

    Jom BerMusafir! / (Jom Jalan)

    Izra

    ReplyDelete