Emosi adalah ibarat langit.. sekejap hujan… panas.. . taufan..
Sama jugak dengan manusia.. Kejap sedeh.. kejap hepi.. pastu sedeh balik… pastu hepi balik..
Dan ada jugak yg sedeh.. tapi tak hepi2 balik pulak lepas tu..
Jadi kalau ini berlaku kepada anda… anda boleh lah mengikut beberapa tips di bawah yang sudah di jamin keberkesanannya oleh Lever Brothers.
Kawan aku kata antara cara menangani rasa sedeh adalah dengan menonton wayang.. setelah ketawa berguling2 sambil makan sebungkus pop corn ketika menonton wayang cerita komedi.. ada kemungkinan kesedehan itu akan berlalu pergi bersama pop corn yang anda telan tadi.. Tapi kalau masih tak berkesan.. jangan putus asa.. beli lagi pop corn dan makan..
‘Bwahaha… This movie is soo the kelakar! mana pop corn aku weyh! Wahaha..'
kata Elizabeth tanpa merasa segan silu..
# seriyes, memang tak boleh buat calon menantu si Elizebeth nih… kata seorang makcik di kerusi belakang.
Kalau rasa jejak langkah si Elizabeth ni kurang berkesan dan tak wajar di contohi oleh para belia 4B di kampung anda.. maka, ada jugak yang kata dengan menjerit dengan kuat juga antara satu cara untuk mengubat kekecewaan yang sedang bersarang di hati..
Caranya adalah dengan menjerit di kawasan lapang dengan sekuat hati dan tenaga … kemudian lontarkan suara itu sejauh yang mungkin… dan lontaran suara itu juga haruslah kluar dari perut dan hati sanubari anda… barulah masalah2 anda dan segala kekecewaan anda akan hilang seperti mana suara anda yang akan hilang itu..
Selain menjerit di kawasan lapang.. Jeritan itu juga boleh di lakukan di tepi laut.. atau pun di atas bukit.. tapi jika anda mahu masukkan sikit unsur budaya di Kawasan utara bolliwood .. setelah anda menjerit boleh la terus berguling2 dari atas bukit tersebut dan kemudian melompat terus ke atas keretapi dan nyanyi la sebuah atau dua buah lagu bersama2 segerombolan orang kampung..
Ha.. macam nih… tapi sebelum tu sila pastikan anda memang ensem berbanding yang lain untuk mengetuai tarian tersebut .. kalo rasa tak ensem sila duduk di barisan belakang..
Tetapi kalau anda merasa langkah di atas kurang urban dan tidak ada ciri-ciri Eropah lansung.. anda boleh juga mencontohi bagaimana Julia Robert mengatasi kedukaan hatinya seperti di dalam citer Eat. Pray .Love pula.. Iaitu jika anda berasa sedeh.. pergilah dikau merantau melihat dunia ini…
Macam Julia Robert nih.. mula2 dia pergi Italy dan makan sedap2 tiap2 hari sehingga bertukar saiz jean beliau kepada satu nombor ke hadapan..
Ewah.. makan saja yer ko Julia Robert.. Mai sepinggan..
lepas tu Julia Robert nih terbang ke India pula untuk belajar bertenang dan bersatu dengan alam. Setelah kenyang dan bertenang.. maka singgah pula si Julia ini ke salah sebuah tempat popular di Asia Tenggara iaitu Bali Indonesia. Di sini Julia Robert telah jatuh cinta pula dengan tempatnya yang indah subhanallah cantik tak terkira bumi ciptaan Allah.
Dan jatuh cinta kepada alam sekitar ini pula datang sekali dengan pakej 2 dalam 1 iaitu termasuklah terjatuh cinta sekali dengan orang di situ… Maka di pendekkan cerita, setelah berjalan beratus ratus kilometrico.. dan makan berpinggan2 pasta.. dan menambah berkilokilo gram lemak dan sparetyre kemudiaan bercinta pula di bawah sinaran lampu minyak tanah akhirnya Julia Robert tidak lagi berasa sedeh..
Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang suka berjalan dan berkelana.. dan dalam masa yang sama anda mahu melupakan kegusaran di hati.. anda di nasihati untuk menggunakan alternatif ini. Yang penting .. jangan lupa untuk bersolat jamak dan qasar untuk memudahkan perjalan anda itu je.
Tapi kalau anda berasa anda tak perlu pegi jejauh kalo setakat nak makan pizza.. Apa kata anda menggunakan cara ini yg kompem jiran sebelah rumah anda akan merasa takjub dengan anda dan tentu akan merasakan yang deep down in your heart anda ini adalah sangat unik dan rare rupanya.. Cara ini adalah di adaptasi dari cerita sebenar Benjamin Mae yang mana dia telah mengubati kesedehan hati yang kehilangan isteri tercinta dengan membeli sebuah Zoo.
Huish.. memang rare sungguh.. bila rasa sedeh beli zoo..
Jadi kalau anda adalah seorang yang rare dan sukakan adventure.. dan amat menggemari binatang buas seperti harimau.. singa.. zirafah dan lain2.. maka cara inilah yang paling sesuai untuk anda. Yang penting di sini ialah anda hanya perlu pastikan yang anda punyai keberanian.. dan amalan yang cukup. Dan jangan lupa juga untuk mengucap setiap kali anda ke kandang rimau.
Uish terer betul budak kecik nih dok sebelah rimau..
Bagi yang merasakan cara menghilangkan kesedihan Benjamin Mae ni agak costly, dan anda pula hanya ada duaposen jer dalam poket. Dan tidak menggemari binatang binatang buas pulak tu..
jangan lah anda merasa bimbang, ada jugak yang menggunakan metod yang lebih murah dan santai seperti cara yang berikutnya… iaitu dengan mengikuti cara bawang merah menangani rasa sedehnya dalam citer Bawang Putih dan Bawang Merah dengan bercakap dengan ikan kaloi…
Metod ini nampak seperti berkesan, kerana berjaya membuatkan Bawang Merah lupa akan kesedihannya setelah didera fizikal dan emosi oleh ibu tirinya. Jadi, sekiranya anda merupakan peminat ikan dan ada membela ikan di rumah seperti ikan mas.. ikan kap.. ikan puyu.. ikan sepat.. ikan bilis..ataupun ikan jaws.. maka anda boleh la menggunakan mengambil kesempatan dengan berbual bual dengan ikan anda ketika anda sedang berada dalam kesedihan.. Cuba beritahu akan segala masalah yang mengusuti jiwa dan sanubari anda ketika itu. Mana tahu mereka dapat membantu.
Kalo ikut Shah Rukh Khan plak.. kekecewaan boleh di atasi dengan menangis sepenuh hati bersama ahli keluarga terdekat. Mengikut cerita Kuch Kuch Hota Hai (1997), kalo anda merasa sedeh kerana gelpren anda di rampas orang.. maka anda boleh lah pergi ke rumah gelpren anda di hari perkahwinannya..dan menangis sepenuh perasaan sehingga org lain yg melihat terjangkit sama utk merasa hiba.. dan akhirnya perkahwinan tersebut akan di kensel dan anda pulak yang kawin di kenduri tersebut.. yang paling bes kalau anda menggunakan cara ini.. kesedihan itu akan bertukar menjadi kegembiraan yang teramat sangat sehingga semua org akan menari kegirangan termasuk lah pengantin lelaki yang anda sudah potong jalannya tadi…
Tapi ini sume tak boleh lawan dengan teori yang di perkenalkan oleh P.Ramlee.. Kalo ikut P.Ramlee dalam citer Ibu Mertuaku.. antara cara menangani rasa kecewa yang teramat sangat adalah dengan mengorek matanya sendirik dengan menggunakan garfu.. Perlakuan melampau ini di buat setelah dia mendapat tau yang bini dokte Ismadi yang sebijik muka Sabariah merangkap isteri dan kekasih hatinya yang di katakan mati ketika melahirkan anaknya itu adalah rupanya2 memang si Sabariah tersebut. Sabar jer aku..
Boleh plak si Sabariah ni.. dengan Dokte Ismadi dan Nyonya Meneer tu bersepakat tidak membawa berkat untuk menipu P.Ramlee ni hidup2 macam tu.. kalo ikut hati dan perasaan aku.. nak jer aku lempang sorang sedas.. yang mana aku rasa ia lebih lebih afdhal dari menggunakan method mencucuk mata sendiri dengan garfu unuk menangani kekecewaan..
Jadi, bagi yg sedang kecewa sila jauhi diri anda dengan garfu ok. gergaji pon sila letak jejauh sikit..
Tapi kalau nak buat jugak. ah suka hati lah... bukan mata aku pung.. harhar..
Itu zaman P.Ramlee la.. kalo zaman lebih purba dari P.Ramlee.. lagi sadis caranya.. kalo sedeh jer sumpah orang jadi batu.. tak pun p dok dekat tepi batu.. n biarkan diri anda dimakan hidup2 dengan batu belah batu bertangkup.. tak sangka ganas juga manusia purba ini mengatasi rasa stress dan sedeh mereka.. tapi untuk zaman di ultra moden ini.. menyumpah orang menjadi batu ketika sedeh atau stress adalah amat tidak di galakkan.. kerana ia tidak menyumbangkan kepada perpaduan masyarakat setempat..
Anak aku pulak kata kalau anda rasa sedeh tepuk tangan.. siap nyanyi2 lagi sambil tepuk tangan..
eh ye ker.. aku pon dah kompius.. kalo rasa sedeh ker kalo rasa gembira yg kena tepuk tangan nih.. ah tak kisah la.. janji kono tepuk tangan…
Akhir sekali, ada juga orang yang menangani masalah kekecewaan dan stress dengan menulis sesukati hati mereka saja tanpa ujung pangkal.. tulisan tersebut boleh lah berkisarkan apa2 sahaja dan anda hantam sajalah menulis sampai anda sendiri pon merasa pening2 lalat lalu berasa mengantuk dan akhirmya mengambil keputusan untuk tdo sahaja. Apabila anda sudah tdo pasti kekecewaan dan stress anda juga turut juga akan hilang…
Eh mengantuk pula.. Ok nak tdo.
zzzz
Saudari mempunyai jiwa lelucon yang teramat sgt... Happy baca entry saudari...
ReplyDelete