Assalamualaikum....
Sesungguhnya saat ini tika ini kita semua sedang berperang….
Buka sahaja tv.. berita… internet… FB… surat kabar.. radio.. semua orang sedang sibuk bercerita
tentang perang…
Ada yang berperang kerana agama… ada yang berperang kerana
kuasa….
Ada yang berperang memperjuangkan tanah… ada yang berperang
kerana berlainan ideologi.. berlainan fahaman.. berlainan kepercayaan …
berlainan mazhab…
Ada yang berperang kerana lapar.. ada yang berperang kerana
terlalu kenyang dan mahu kenyang lagi…
Ada yang berperang kerana cinta.. ada yang berperang kerana
benci.. ada yang berperang kerana terpaksa.. ada yang keluar berperang tapi x
tau kenapa…
Ada orang berperang untuk Negara… ada berperang sesama
bangsa.. ada org perang saudara…
ada orang berperang dengan jiran sebelah… ada orang
berperang dengan bos.. dengan isteri.. dengan suami.. dengan mak bapak.. dengan
anak anak…
Ada orang berperang dengan diri sendiri… berperang dengan akal.. berperang dengan
nafsu… berperang dengan syaitan beraja di hati…
ada yang berperang guna mesingan.. ada yang guna senapang..
ada yang guna kapak.. ada yang perang guna saraf… ada jugak yang perang pakai mulut.. ada orang berperang duduk atas meja saja ketuk keyboard… kita bertembak menembak
di alam maya… ko tembak sekali.. aku tembak sekali..
..tapi tembak berdas das badan
steady x lut senjata… luka satu pun
xde.. tapi dekat hati ada yang cedera parah luka teruk abis berdarah… dan ada yang
parut luka x sembuh2 sampai bila2…
Tiap2 hari tiap2 saat kita berperang kita berjuang… berperang atas jalan nak pegi keja sbb jem.. balik keja perang lagi… berperang
dengan perasaan nak makan tapi on diet… ada yang berperang nak dapat parking….
Ada yang berperang sbb poket kosong.. ada yang berperang dengan boss soh naik gaji.. bos
berperang takmo bagi.. ada yang
berperang dengan lecturer nape bagi markah sikit je… ada yang berperang dengan member baju sapa paling
santek… ada yang berperang dengan jiran
anak sapa paling terer.. kuih sapa yang
paling sedap.. umah sapa yang paling bersih..
. ada yang berperang dengan nyamuk (aku lah itu)… kadang2 kita menang… kadang2 nyamuk yang menang ( itu juga aku)
Ada yang berperang
dengan rasa marah… dan ada yang berperang untuk tidak marah….
bangun pagi solat subuh di waktu cuti.. bangun malam solat sunat.. juga adalah satu perang...
Apaapa pun perang kita…
Biar kita menang….
Biar jatuh… bangun balik… angkat senjata terus berperang…..
…. Dan Ustad aku kata…. Senjata terbaik untuk orang orang
mukmin adalah DOA….
Selawat/ doa ini maksudnya terbuka menjadi lapang.. Jika di
amalkan dapat membantukan ketika dalam kesempitan dan kebuntuan dalam
menyelesaikan apa-apa masalah
kredit: blog ustazah azimah
Untuk saudara2ku yang sedang berperang berjuang di Gaza, di Syria..
Untuk pahlawan ku yang mempertahankan negara di Sabah...
dan juga kepada semua jiwa2 yang
sedang berperang….
Teruskan perjuangan… kerana setiap saat adalah peperangan
dan perjuangan…
Semoga kalian semua akan menang dalam peperangan anda…. Pastikan menang….Menang di akhirat nanti….
Peperangan datang dari mana2 arah atas bawah depan belakang...
pastikan angkat dua tangan… pandang ke atas… dan aim ‘senjata’…. Kerana kita semua sedang berperang.
Tenkiu for reading…
Betul lah saudari Ma Hamzah... Hari-hari kita berperang... setiap saat kita berperang... perang ngn jiwa yg tak habis-habis... Selamat berperang!
ReplyDelete