Selain daripada van sapu dan bas
awam… kapal terbang juga adalah salah satu transportation utama ketika aku
masih menjadi student di UITM Sarawak dulu..
Memandangkan dulu takde la banyak sangat pilihan macam sekarang.. sebab
takde lagi Airasia, Firefly mahu pun Malindo.. maka MAS merupakan
antara airlines pilihan dan pujaan terpopular di kalangan pelajar pelajar untuk balik ke
kampung halaman mereka terutamanya untuk pelajar-pelajar dari semenanjung
mahupun Sabah.
Bes oo naik Mas.. makan sedap.. tido nyenyak.. bantal jangan
cakap la.. bes sangat macam tido atas dunlop pillow.. stewards n stewardes nya plak sudah termaktub sememangnya semua ensem ensem dan cung cung belaka sahaja..
Dan dalam banyak2 time aku fly
naik turun naik turun flight Kuching – JB time tu.. ada lah satu time tu yang ceritanyer harus aku ingat sampai bila-bila..
Hari tu macam biasa aku lambat sampai ke airport.. namun itu adalah perkara biasa kerana kelambatan dan aku sememangnya berpisah tiada..
Memandangkan sipi jer lagi kaunter penerbangan untuk ke Jb akan di tutup.. maka sebaik sahaja terjun dari teksi.. aku dan PA aku si Izra Inna pun terus menekan minyak gear 5 dan membuat larian paling laju
dalam dunia dan terus ke kaunter penerbangan dengan harapan semoga tak lah terlepas flight hari
tu..
Sebab mak aku ada berpesan dahulu.. terlepas perahu boleh di undur..
tetapi terlepas flight buruk padahnya..
Jadi dengan kelegaan yang teramat
sangat.. aku dan Izra Inna pun berlenggang lenggang kangkung pula ke kaunter
passport.. almaklumlah aku nih kan pelajar dari seberang lautan. Ewah.. maka
passport bagi aku adalah wajib di sisi undang undeng Malaysia..
Namun, kelegaan itu rupanya hanya
sementara.. bila abang kastam tu mintak
passport masa tu.. baru aku teringat time tgh huru hara nak cepat tadi..
passport aku tu aku dah masukkan dalam poket beg hitam yang jugak dah selamat
boarding dalam perut kapal terbang..
Maka nak tak nak.. terpaksa aku
declare yang passport tu dah ada dalam perut aku.. eh bukan.. passport tu dah ada
dalam perut kapal sebenarnya.. sedeh jangan ckp lar ok..
Kalau ikut kan ati.. Nak je aku pura-pura
inesen time tu n buat citer yang ada seekor kucing yang telah mencuri passport
aku ketika dalam perjalan aku ke airport..
sempat
aku dengar abg kastam ckp yg kalau takde passport maka xde harapan la aku nak
balik ari tu.. kensel nak makan nasi lemak sedap ngn air fresh orange kat atas
kapal terbang..
Dan dalam sedeh sedeh tu.. aku nampak
abang kastam tu dok call sana sini… ramai pulak yg datang soal siasat aku ngan
PA aku lepas tu.. sampai takde can daku nak mengeskpresikan kesedehan yang hampir2 nak kono
tinggal flight tuh.. namun last2 ada sorang abang kastam tegur aku.. dan bagitau yang aku
dan Izra Inna akan di bawa masuk ke perut kapal untuk misi mencari beg bertuah
aku tu..
Walaupun aku selalu berangan nak p jenjalan..
tapi jenjalan ke dalam perut kapal terbang memang tak pernah plak aku terpikir
sebelum nih… rasa takjub pulak kepada diri sendiri…
Maka dengan menaiki buggy.. aku
ngan Izra Inna di bawak terus ke dalam perut kapal terbang yang penuh dengan beratus
ratus beg yang nampak lebih kurang sama jek.. harhar..
TETAPI itu tak jadi masalah kerana dengan menggunakan
mata Ultra Ungu X-ray si Izra Inna tuh.. kami akhirnya berjaya menjejaki beg
bertuah itu dalam beberapa saat sahaja… Yay!
kalau nak harapkan mata aku nak cari beg tuh.. mau makan
tahun baru jumpa agaknya.. harus beruban la
sume orang yang dok tunggu aku time tuh.. Tapi itu tidak akan terjadi jika Izra Inna ada bersama anda...kerana aku sebenarnya memang dah suspek sangat sangat dah dari
dulu yang Izra Inna ni memang ada gene superhero.. dah la lari laju… mata terang.. hidung mancung plak tu.. pendek
kata memang sangat super la si Izra Inna nih..
agaknya kalo tampar orang pun.. aku rasa orang yang
ditampar itu pasti akan bertukar menjadi buaya..
Jadi berbalik pada citer aku tadi.. bila dah jumpa passport bertuah tu.. kami pun di bawak balik n bergegas la aku dan Izra Inna ni berjalan menuju ke kapal terbang
yang telah berjaya di-delayed kan
itu… sobs! maapla sangat sangat sangat wahai rakyat-rakyat
jelata kapal terbang sekalian….
Rupanya lama jugak la kapal
terbang tu tunggu.. kru kapal siap buat announcement yang kapal terbang ni sebenarnya
sedang menunggu dua budak bertuah tak reti bahasa yang sedang dalam perjalanan untuk mendapatkan
passport mereka yang telah terlepas dalam perut kapal..
memang mengada sungguh budak dua org itu.. kalau aku kapten kapal
time tu.. dah lama aku soh budak duaorang tu berdiri atas kerusi sepanjang
penerbangan..
Tapi MasyaAllah... perkara yang memang aku tak expect
lansung boleh la plak berlaku lepas tu..
Time dalam perjalanan menuju masuk ke
dalam kapal terbang dengan penuh rasa bersalah di dada... aku perasan yang pilot
kapal terbang dari luar tingkap cockpit itu sebenarnya sedang mengangkat tangan dan membuat isyarat
thumbs up sambil tersenyum penuh mesra 1Malaysia dekat aku dan Izra Inna time tuh ..
and I really cannot brain
this sebab sebelum nih tak pernah pulak seumur hidup pilot dari cockpit angkat tangan n nak fren fren time nak naik
flight.. Tapi hari ni.. bila aku lambat... kapal terbang dah delay.. aku pon dah dah diselubungi rasa penuh dosa...tibatiba dapat pulak senyuman mesra siap angkat tangan lagi dari kapten kapal..
Dan walaupun I say I cannot brain this tapi dengan penuh keseganan dan malu2 kucing sebab dah menyusahkan seluruh kru kapal
terbang dan rombongan Cik Kiah tadi, aku dan PA aku tetap membalas dengan penuh
lambaian ratu.. eceh..
sempat juga daku terasa terawang awangan
di angkasa sebentar..
Dan bila tersedar dari perasaan
yang perasan itu.. baru lah aku noticed yang rupanya para stewards n stewardes yang
ensem ensem dan cung cung belaka itu juga sedang berdiri berbaris dan kemudiannya menjemput aku dan si Izra Inna yang
sedang malu-malu kucing tu untuk masuk ke dalam kapal.. huahua…
Yang lagi menambahkan keseganan dan kekucingan
ialah.. sambil aku ngan si Izra Inna nih berjalan masuk.. boleh la plak semua stewards n stewardes yang ensem ensem dan cung cung belaka itu bersepakat untuk berdiri
dan menepuk tangan tanda sokongan yang tidak borbolah bagi kerana aku dan si
Izra Inna nih telah berjaya mengharumkan nama negara sebentar tadi.. dan yang lebih mengharukan sampai
rasa nak menangis tengok.. penumpang penumpang rombongan Cik Kiah tersebut pun turut bertepuk tangan jugak..
walaupun sebenarnya pegi perut kapal terbang jer.. tu pun sebab tertinggal passport..
tapi perasaan time tuh sebijik rasa macam angkasawan yang baru
balik dari angkasa lepas setelah berbulan bulan lamanya dok kat angkasa.. harhar. I really really really cannot brain this ok.. .
dan ada jugak yang tepuk2 bahu aku masa aku lalu nak ke seat.. Seriyes ok, rasa macam dah buat jasa yang tiada tolok bandingnya kepada nusa dan bangsa jer tadi.... maka haruslah aku sedang ke-blushing-an dan keseganan tak tau nak kata.. tunggu masa
jer nak nyorok bawah kerusi..
haha.. tak penah dalam hidup aku orang tepuk tangan dengan penuh gemuruh ramai
ramai macam tu ok.. macam bes sangat lah aku nih .. ngahngah.. tiba-tiba hari tu boleh
plak seluruh warga kapal terbang bersatu tenaga memberikan tepukan yang tak berbolah
bagi plak dekat aku dan si Izra Inna tuh.. sampai ke pilot2 sekali membuat kejutan..
Dan sepanjang balik hari tu.. banyak kali aku pikir.. Eh bukan aku ke yang
lambat… tak paham betul aku.. harhar.. Yelah time
kita rasa memang kita dah kompem kompem nak kono lepuk sorang2… haruslah mak terkesima sekejap bila tiba tiba jer bertukar menjadi
pujaan topten anugerah bintang popular berita Harian.. Hidup nih sememangnya
penuh kekeliruan… hik
Apapun.. Plan aku nak makan
sedap.. tdo nyenyak.. pakai bantal Dunlop pillow hari tu memang
tercapai.. Alhamdulillah..
dan drama tak pasal pasal jadi fame fofular Rich n Famous sekejap
tu kira bonus la hari tu..
Sampai airport JB.. mak n ayah aku
pun dah lama tunggu..
sempat la aku citer kat mak aku lebih kurang pasal dua orang budak bertuah mana ntah yang buat kapal terbang delayed ari tu… hik..
aku angguk jer bila mak aku bagi nasihat supaya aku pun kena hati-hati.. ye lah kang jadi macam budak dua orang bertuah tu kan
dah susah seluruh negara…
…… J
Citer ni terinspirasi sebab hari tu pi airport
nak jumpa kawan pi US.. tapi terlepas….
melepas peluang nak jumpa n hug hug.. sobs..
Muka duaorang budak bertuah tuh adalah lebih kurang iras iras macam nih la jugak ...
Macam wa jer yang nak p fly US.. Eceh!
Sempat Qaleef mendoakan kesejahteraan dan keselamatan semua penumpang..
Ok
Thanks for reading ya to all my sayangs..