Assalamualaikum..
Back to zaman lampau di suatu
malam di bulan puasa yang gelap kerana blackout.. aku dan umiena yang merangkap sahabat baik aku tu dan merangkap PA dan merangkap pengakap sedang bersiap sedia untuk
menunaikan solat terawikh di dalam bilik. Walopon time tu pun dah agak lewat..
dah pukul 11 lebih dah pun.. tetapi seperti yang selalu di ingatkan oleh
ustadku di sekolah dulu..fadhilat solat terawikh haruslah di kejar kerana ia
hanya datang selama sebulan dalam
setahun iaitu hanya ada di bulan ramadhan yang mulia sahaja wahai rakyat2
jelataku sekalian.. eceh
Hari tu weekends jadi keadaan
kampus malam tu pung agak2 sepi dan lengang sebab ramai students yang balik berbuka
puasa di umah saja… yang tinggal pun mostly hanyalah students yang sebatang kara
yang mana ayahanda bonda serta haiwan ternakan adalah berada jauh di
perantauan ..
sobs! tsk.. sedeh ok.
.. Dan aku masih ingat suasana sememangnya
agak suram malam itu..
Di sebabkan blackout malam tu.. maka adalah lebih afdhal untuk aku bukak jer la tingkap bilik
yang menghala ke hutan hujan tropika kat belakang blok 4 aku tuh supaya cahaya
bulan penuh malam tu masuk terus ke bilik..
sapa yang masih belum mengenali tempat belajar aku dulu dengan dekat boleh la tekan kek bawah nih.
Sebelum start solat.. seperti biasa soalan wajib untuk aku tanya dekat member
sebelah saf time tu ialah samaada rambut aku ada yg terkeluar dari telekung ataupun tak..
maybe time tu tengah perasan yang remos aku macam remos Elvis Prestley
maybe time tu tengah perasan yang remos aku macam remos Elvis Prestley
Walaubagaimanapun.. malam tu x
lah seperti biasa…
soalan feveret yang aku slalu tanya tiba2 jer hari ni tiada balasan yang aku dapat.. memang xde respon lansung dari kawan aku nih yang berdiri tegak macam tiang letrik dekat sebelah aku nih. Bukan kata xde respon maupun mengeluarkan sebijik perkataan.. pandang aku pung tak.. Memang senyap dan sunyi.
soalan feveret yang aku slalu tanya tiba2 jer hari ni tiada balasan yang aku dapat.. memang xde respon lansung dari kawan aku nih yang berdiri tegak macam tiang letrik dekat sebelah aku nih. Bukan kata xde respon maupun mengeluarkan sebijik perkataan.. pandang aku pung tak.. Memang senyap dan sunyi.
Memandangkan soalan aku tadi tu tak di jawab jadi
aku pun ulang balik.. “ada, nampak rambut x?
Dan aku pun dah start merasa
kompius sebab masih xde respon lansung..
kawan aku nih masih berdiri tegak sambil kepala tunduk ke lantai..
suram ok malam tu.. dah la bilik
gelap.. dari luar tingkap boleh nampak cahaya bulan dari celah –celah pokok kek
hutan belantara hutan hujan tropika belakang bilik.. Suasana bilik memang
senyap xda bunyi.. Tambah suspen ada
pulak sorang pompuan berdiri tegak pakai telekung putih dok senyap keras macam tu. Tolongla merasa suspen seperti yang aku rasa
time tu..
Jadi untuk menghilangkan rasa
suspen yang mula menguasai aku.. aku pon berani berani ayam untuk tanya lagi untuk kali ke tiga..
‘er.. Nampak rambut x..?
Sememangnya dah xde soalan lain
yang aku boleh compute bila dah start keadaan suspen macam ni.. nak tanya pasal
keadaan cuaca ker.. masalah ekonomi ker.. masalah harga ayam naik ker.. sume
dah xde dalam pemikiran aku time tu.. maka pasai nampak remos elvis presley jer
la soalan yang paling relevan yang dapat
aku pikirkan ketika berada dalam keadaan yang segenting itu.
susah ok nak mereka soalan
dalam keadaan suspen.
Di sebabkan soalan aku yang kali
ketiga itu pun masih jugak xde respon lansung dari pompuan bertelekung putih
depan aku nih. Dok keras macam tu jer...sambil dok pandang bawah lantai dari tadi..
Jadi untuk mengawal keadaan yang sudah pun tak tenang.. Aku pun apa lagi terus
pegang dua2 lengan badan sahabat aku tuh yang merangkap PA dan merangkap pengakap dan merangkap perempuan telekung putih yang dok berdiri keras depan aku tu sambil menggoncang2 badan dan memanggil nama dikau
sekuat hati supaya dikau kembali ke alam nyata yang fana ini dan pulang ke pangkal jalan.
Namun perbuatan aku tu hanya menyebabkan perempuan keras telekung putih ni tiba2 jer bergerak dan slow
slow mengalihkan pandangan dari bawah
dan dengan penuh slow dan stail.. pandangan itu berhenti terus ke muka daku
sambil tangan pun secara slow motion dok letak kat leher aku nih..
uish seram
dan stail sungguh.
Cemas ko jangan citer la time
tu.. wa rasa nak terkucil jer. Boleh pulak ada perempuan keras telekung putih nak cekik orang bulan2 posa nih.. memang ngada-ngada betul la.. macam la xde bulan lain nak buat aktiviti seram macam nih.. Dan memandangkan kegelabahan aku yang
dah melebihi tahap normal.. nak lari
pung dah xde can dah.. sebab leher dah tersekat kat tengah2 tangan perempuan keras telekung putih nih.. maka apa yang aku dapat
buat time tu apalagi haruslah aku mengambil langkah yang paling drastik sekali
iaitu menjerit sekuat hati..
AHHHHHHHH….ahhhhhhhh…ahhhhhhhh…ahhhhhh
.. arr lebih kurang macam tu lah
jeritan daku pada malam tersebut.. yang mana superman kalo dengar pun kompem
cuak nak pegi rescue.. thehehe..
Di sebabkan jeritan yang sekuat hati tu.. baru
lah perempuan keras telekung putih ni
insap sikit.. rupa-rupanya sajer jer dikau plan nak buat wa cemas malam tuh ..
almaklumlah orang jiwa sepi jauh dari ayahanda bonda serta
haiwan ternakan ni memang suka buat pekara-pekara yang menyalahi
undang2 untuk mengisi masa lapang..
Namun di sebabkan jeritan daku
yang padu itu telah menyebabkan perempuan keras
telekung putih tu pulak yang panik.. dan dalam banyak2 pekara relevan
yang dia boleh kaitkan dengan jeritan aku nih.. boleh pulak dia suspek akan
kewujudan antu sedang berdiri kat belakang dia yang mungkin aku dah nampak sampai menyebabkan aku
menjerit sakan macam tu sekali..
hoh..?
hoh..?
Maka untuk memeriahkan suasana..
kawan aku merangkap perempuan keras
telekung putih tu pun join sekaki
menjerit secara berjemaah dengan aku sekali.. sebab dia pulak ingat ada antu yang tunggu masa jer nak ngap dari
belakang.. eii kamon la.
Dan sambil menjerit boleh pulak
ko lupa yang tangan dikau masih di leher daku..
dan bila dah kono sampuk macam tuh.. haruslah semakin kuat dikau mencekik..
sikit lagi aku nak menjadi mangsa korban kezaliman malam tu.. memang sedeh arr macam nih.. ni lah yang di
katakan harapkan pagar pagar makan padi.. ha macam ni lah.
Dan disebabkan daku dah kena
cekik secara zalim.. jadi nak tak nak makin
kuat lah aku jerit…
Ahhhhhhhhh…ahhhhhhhhh…ahhhhhhhhh.. nasib baik suara aku sedap
Dan ditambah..
Warghhhhhh…Warghhhhhhh…Warghhhhhhh… sore dari perempuan keras telekung putih pulak yang x berapa nak soprano
tuh.
Sangatlah memecahkan kebuntuan malam yang sepi ok. Hihik. Memang kekurangan kasih sayang la aku rasa depa duaorang nih
Di pendekkan citer… Aku dan kawan
aku ni akhirnya tersedar sendiri setelah menjerit untuk seberapa ketika tanpa
sebab. Dan bila saja aku dan kawan aku ni berhenti menjerit .. boleh plak kwn
aku ni tanya aku nape lar aku menjerit
tadi..
Aik.. dah la dikau yg membuat
roleplay seram sebabak tadi.. pastu boleh ada plak scene cekik cekik leher orang.. lagi mau
tanya nape aku menjerit…
Try ko letak orang cekik dikau di malam malam buta dengan berkain putih di bawah bulan purnama.. tgk macam mana ko menjerit ke tak….. hei la kalau x di ikutkan aku yang berada di dalam bulan remadhan yg mulia.. mau jer aku piat telinga dikau laju2..
Try ko letak orang cekik dikau di malam malam buta dengan berkain putih di bawah bulan purnama.. tgk macam mana ko menjerit ke tak….. hei la kalau x di ikutkan aku yang berada di dalam bulan remadhan yg mulia.. mau jer aku piat telinga dikau laju2..
.. Dan bila aku plak tanya naper
plak dia menjerit.. dia kata dia ingat aku jerit kat antu belakang dia dan rasa
dah xde can dah untuk dia nak lari nyorok bawah katil.
Itulah kan wa dah kata.. What you give u get back...
Itulah kan wa dah kata.. What you give u get back...
Di pendekkan lagi cerita yang x
berapa senonoh ni.. aku dan kawan aku yang bertuah teramat amat tu pun terus
dok melepak sekejap kat atas katil berhampiran.. penat weyh menjerit x tontu
pasal nih.. haruslah kono cari tenaga balik nak start balik ke tujuan asal nak
buat solat terawikh tadi tuh.. memang suci niat asal tu..
Tiba2 dalam sayup2 baru aku
perasan.. ada pulak suara orang menangis dekat dalam sudut katil tuh..
Dalam gelap2.. mak ai baru aku
teringat.. sebelum aku nak solat tadi.. member daku yang tomei2 tiyut2 slim2 dari blok 2 yg aku panggil Yak ada datang ke bilik.. Disebabkan
aku baru jer nak solat.. aku soh dia lepak atas katil dulu sambil tunggu aku
abis menunaikan solat terawikh…
Dan paling aku simpati..
thehehe..
Yak ni adalah sesungguhnya sorang insan yang sangat berjiwa murni dan amat sensitip dengan citer citer berunsurkan seram.. jadi time dia dok tunggu dengan aman atas katil tersebut maka terdengarlah dia sume scene2 seram menjerit x tontu hala dari aku dan kawan aku tadi tuh..
Yak ni adalah sesungguhnya sorang insan yang sangat berjiwa murni dan amat sensitip dengan citer citer berunsurkan seram.. jadi time dia dok tunggu dengan aman atas katil tersebut maka terdengarlah dia sume scene2 seram menjerit x tontu hala dari aku dan kawan aku tadi tuh..
Jadi memandangkan aku baru
teringat kawan aku si yak nih.. maka di malam yang gelap.. haruslah aku meraba
sajer untuk mencari yak dia atas katil itu.. bayangkan jer lah 2 orang
bertelekung putih sedang merangkak perlahan2 diatas katil.. JU-on pun x lah
seseram seperti scene di atas ini ok.
Dalam gelap2 tu akhirnya dapatlah
aku terpegang kaki si yak nih.. maka apalagi si Yak nih pulak menjerit macam x
ingat suruh aku lepaskan dia.. har har.. tulunglah bayangkan situasi pelik ini
di minda sekarang. Memang sebijik terasa macam penunggu gua bila orang dah
menjerit macam tu skali mintak aku lepaskan kaki dia… ngahngahngah
Malam tu.. di akhiri dengan
yak demam… thehehe..
sian yak.. memang la trauma kalo aku kat tempat dia... :) kalo aku jumpa balik 2 orang nih.. memang aku piat piat telinga biar insap seumur hidup.. thehehe.. i lepiyu Yak!
sian yak.. memang la trauma kalo aku kat tempat dia... :) kalo aku jumpa balik 2 orang nih.. memang aku piat piat telinga biar insap seumur hidup.. thehehe.. i lepiyu Yak!
Itu lah antara pengalaman daku yang paling pelik, aneh dan x senonoh sekali ketika di bulan remdan.. Citer pelik tapi benar yang terjadi ketika bulan puasa antara aku.. sahabat aku yg merangkap PA dan merangkap pengakap dan juga sahabatku syg Yak yang x pasal2 menjadi mangsa kejadian…
Besar la harapan aku supaya kes2
ganjil macam ni tak lah akan berlaku lagi di masa akan datang kerana ia bukan
sahaja menyusahkan jiran tetangga tapi ia juga adalah aktiviti yang sangatlah tak mendatangkan faedah
untuk di lakukan di bulan puasa yang mulia ini. Ye lah orang suruh pegi solat secara berjemaah yang aku pegi menjerit secara berjemaah memanglah sangat bertindak tidak mengikut arahan.. Apa-apa pun mintak maap la banyak2 kepada sahabatku Yak yang secara tanpa di sengajakan menjadi mangsa keadaan di malam ramadhan itu. :)
*****************************************************************************
*****************************************************************************
.. Dan sempena bulan ramadhan yang hanya
tinggal berapa hari lagi. And we are already in our last 10 ramadhan.. Aku doakan semoga
kita semua dapat mempertingkatkan amalan.. dan menjadikan ramadhan ini yang
terbaik yang dapat kita lakukan.. Dan semoga terhindar dari perkara2 yang tidak senonoh seperti di atas..
Kepada ibu Norzatusy
Hazwa Abdul Rahim takziah di ucapkan. Semoga kuat dalam mengharungi ujian Allah ini
dan sesunguhnya anda tidak berkeseorangan kerana ramai insan insan yang dekat dan jauh walau yang tidak anda kenali berada di belakang
mu berkongsi rasa sedih dan menadah
tangan untuk mu memohon supaya anda
sentiasa kuat dan tabah.
Syukur.. anak itu sudah terpilih untuk ke syurga dan kita pula yang masih hidup pun masih belum tahu nasib kita di mana.
Syukur.. anak itu sudah terpilih untuk ke syurga dan kita pula yang masih hidup pun masih belum tahu nasib kita di mana.
Tidak lupa doa dan solidariti untuk
rakyat mesir yang sedang berjuang untuk hak mereka yang telah di nafikan. Semoga perjuangan Dr. Muhammad Mursi tidak
sia-sia dan menjadi titik tolak untuk melahirkan lebih ramai Muhammad Mursi di
masa akan datang.
Untuk saudara saudara kita our bothers and sisters di Gaza ,
Syria mahupun Myanmar dan semua pejuang di seluruh dunia , semoga di berikan
kekuatan dan kesabaran untuk terus berjuang di bulan puasa bulan ramadhan dan
bulan yang penuh dugaan ini.
Dan semoga kita semua termasuk antara
mereka2 yang mendapat kebaikan di bulan ramadhan yang mulia ini. :)
walopon raya lambat lagi menjelma nak jugak kluarkan gambar raya..
Rakan-rakan seperantauan dahulu..
yang tepi sekali yang pakai baju melayu kaler cekelet tu haruslah Presiden Kolej.
walopon kecik tapi jiwa besar.
Cuba teka mana satu Yak...
Yak wer raa yuu?
Alhamdulillah menerima kunjungan sahabat-sahabat yang datang bawak rezeki..
wer ra yuu Yak?
ada kah Yak di sini?
atau di sini?
Yay! at last..
inilah mangsa kejadian pada malam torsobut.
alolo tomei2 Yak..
Walopon sekarang dikau bertapa di tepi bunga gergasi ini.. Tapi ingat pesanan daku nih Yak..
Jangan lupa terawikh Yak..
Ok
Selamat menggandakan usaha untuk mencari keredhaanNya di akhir bulan ramadhan ini...
Selamat berjaya!
Selamat berjaya!
Tenkiyu for reading
I lepiyu..
Tata!
Tata!